Wednesday , April 21 2021
Excella Chong, Celebrity; Khairul Husni bin Othman, President of (NGO) Pertubuhan 313 Realisasi Ekonomi Malaysia; Dato’ Seri Liow Soon Hee, Founder of Winner Dynasty Group; Chia Sang Sang, Deputy Chairman of School Management of SJK(C) Khen Chee; Dato’ Lee Kum Weng, CEO of Winner Dynasty Group; Jia Hui Tan, Partner of Winner Dynasty Group; Ben Tan, Partner of Winner Dynasty Group

1 Juta topeng diderma ke sekolah-sekolah dan rakyat Malaysia bagi mencegah COVID-19 oleh Winner Dynasty Group

Dato’ Seri Liow Soon Hee, Pengasas & Pengerusi Winner Dynasty Group pada sidang media hari ini, mengumumkan sumbangan 1 Juta topeng muka ke sekolah-sekolah awam di Malaysia dan juga kepada masyarakat Malaysia kerana beliau percaya bahawa ia adalah tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia untuk menyumbang kepada negaranya.

Puan Chia Sang Sang, Naik Pengerusi Lembaga Pengelola di SJK(C) Kheng Chee, Puchong, meminta bantuan daripada selebriti Excella Chong, pengurus atasan di Winner Dynasty Group, kerana sekolah tersebut memerlukan topeng muka tetapi harga untuk topeng muka adalah terlalu mahal untuk dibiayai oleh sekolahnya dan juga bekalan untuk topeng muka di pasaran adalah terlalu kurang. Selepas mendengar mengenai situasi ini, Dato ‘Seri Liow Soon Hee dengan murah hati menyumbang kepada SJK (C) Kheng Chee dengan jumlah 2,000 topeng, mencukupi untuk setiap pelajar. Dengan ini, risiko penjankitan virus Covid-19 oleh kanak-kanak di sekolah akan mengurang. Isu ini merupakan suatu isu yang amat serius kepada Dato’ Seri Liow Soon Hee dan beliau akan cuba mengurangkan risiko penjankitan dan penyebaran virus Covid-19 di Malaysia seberapa banyak yang dimampui.

Excella Chong, Celebrity; Khairul Husni bin Othman, President of (NGO) Pertubuhan 313 Realisasi Ekonomi Malaysia; Dato’ Seri Liow Soon Hee, Founder of Winner Dynasty Group; Chia Sang Sang, Deputy Chairman of School Management of SJK(C) Khen Chee; Dato’ Lee Kum Weng, CEO of Winner Dynasty Group; Jia Hui Tan, Partner of Winner Dynasty Group; Ben Tan, Partner of Winner Dynasty Group

Disebabkan isu coronavirus makin meningkat, Dato’ Seri Liow Soon Hee akan terus menyumbang kepada sekolah-sekolah dan juga ke masyarakat di seluruh Malaysia yang memerlukan topeng muka, bermula daripada kawasan-kawasan yang mempunyai laporan mengenai kes Covid-19. Dato’ Seri Liow Soon Hee juga hendak menyampaikan suatu lagi isu yang dihadapi apabila membuat pesanan 1 Juta topeng muka. Dalam penghantaran kumpulan pertama, beliau mendapat tahu bahawa pembekal topeng muka menjual topengnya untuk sebanyak RM1.70 sekeping, iaitu sebanyak dua kali lebih mahal daripada harga yang ditetapkan dan tidak mempunyai dokumentasi yang sah. Beliau tetap membeli topeng muka pada harga yang mahal itu kerana keprihatinannya terhadap penyebaran virus ini dan ingin melindunginya daripada pelajar sekolah terutamanya. Dato’ Seri Liow Soon Hee, mengatakan bahawa penggandaan harga untuk topeng muka dan penjualan topeng muka tanpa dokumentasi yang sah adalah tidak adil kepadanya dan juga kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, Dato’ Seri Liow Soon Hee meminta pembekal dengan dokumentasi yang sah dan harga yang munasabah untuk menhubungi pihak Winner Dynasty Group supaya beliau boleh mencapai matlamat 1 Juta dermaan topeng muka.

Laporan polis telahpun dibuat mengenai ketakadilan perkara ini, disebabkan Dato’ Seri Liow Soon Hee boleh menyumbangkan dua kali jumlahnya sekiranya pembekal menjual topeng di harga yang ditepapkan. Dato’ Seri Liow Soon Hee mengata, “Saya rasa ini adalah tanggungjawap saya sebagai rakyat Malaysia untuk memberi balik and menyokong negara saya dalam masa krisis ini. Saya merasa prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia dan berharap bahawa pembekal topeng tidak menaiki harga untuk topeng muka kerana ianya tidak adil dan menjadikannya amat sukar bagi saya untuk mendermakan lebih banyak. Ia adalah salah untuk peniaga mengambil kesempatan daripada wabak ini, oleh sebab itu, saya mengadakan sidang media ini.”.

Awal bulan Februari, Dato’ Seri Liow Soon Hee menyumbangkan 76,920 topeng dan bekalan perubatan ke kawasan-kawasan Covid-19 di China menerusi Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia and Yayasan Winner Emperor Sedunia. Dato’ Seri Liow Soon Hee yang telah bekerja rapat dengan perniagaan di China (terutama Xingyi City dan Wuhan) dalam dekad yang lalu, telah memberikan sokongan padanya dan sekarang juga ke Malaysia.

Dato’ Seri Liow Soon Hee, Founder of Winner Dynasty Group

Dato’ Seri Liow Soon Hee hanya bertujuan untuk membawa kesedaran kepada masyarakat Malaysia dan bekerja secara kolektif dengan Malaysia sebagai satu, untuk menangani isu ini di Malaysia di mana harga topeng muka dijual terlalu mahal. Dengan ini, organisasi lain juga boleh menyumbang lebih banyak untuk membantu negara memerangi virus maut ini.

Check Also

Anugerah Pemaju Hartanah ASEAN 2020 Iktiraf Para Pemaju Di Rantau ASEAN

Anugerah Pemaju Hartanah Des Prix Infinitus Media ASEAN 2020 telah menganugerahkan lebih daripada 50 gelaran …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!