10,000 Orang Bakal Dibantu Oleh RICHWORKS Sempena Merdeka 2019 Dalam Program NAK UBAH HIDUP

Pada minggu lepas, penulis telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks International iaitu seminar Dr Azizan Osman di Menara PGRM.Team Penulis diberikan seat untuk mendengar talk Dr Azizan, penulis datang dengan hati yang terbuka untuk menerima apa yang ingin disampaikan, jadi artikel ini akan memberikan sedikit sebanyak apa yang anda akan dapat atau alami di Seminar Dr Azizan Osman.

Pada permulaan apabila pemulis sampai, penulis agak terkejut dengan bertapa ramainya orang yang ingin mengubah kehidupan masing masing, ada yang datang dari pelbagai latarbelakang. Apabila penulis masuk, seminar sudah bermula, dan penulis dapati semangat semangat orang yang berada di dalam dewa itu sangat luar biasa. Dan secara jujurnya penulis berasa amat terharu dapat ikut bersama program yang dianjurkan oleh RichWorks ini terlalu banyak input yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian mahupun dalam bisnes kita.

Di bawah ini sedikit sebanyak detail company RichWorks yang sempat penulis dapatkan dari pihak RichWorks International Sdn Bhd ;

Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks.

Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.”

Akhir sekali, penulis ingin menegaskan yang kalau anda betul betul ingin mengubah hidup anda, jangan lupa sertai program yang dianjurkan oleh pihak RichWorks. Layari: www.nakubahhidup.com untuk info lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari: Richworks International Sdn Bhd

Website: www.richworks.com

FB
https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/

TWITTER
https://twitter.com/azizanofficial

IG
https://www.instagram.com/azizanosmanofficial/

YOUTUBE
https://www.youtube.com/channel/UCrfKlqYU1AsoRVkpy6HLbZw

LINKEDIN
https://www.linkedin.com/in/azizanosmanofficial

Email : inquiries@richworks.com.my

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *