19 Peserta Rebut 5 Gelaran Ratu Cantik Di Miss Global International Malaysia 2014

19 Peserta Miss Global International Malaysia 2014 – Photo Kredit Rentak Sejuta

Seramai 19 peserta bakal merebutkan 5 gelaran ratu cantik Miss Global International Malaysia 2014 iaitu ‘Miss International’ , ‘Miss Supranational’ , ‘ Miss Intercontinental’ , ‘ Miss Globe International’ dan ‘World Miss University’ yang bakal diadakan pada 17 Ogos 2014 ini di DoubleTree Kuala Lumpur.

Diantara peserta-peserta peringkat akhir adalah Annie Kok (Selangor), Audrey Loke (Selangor), Charlene Bartholomew (Limbang), Cornelia Ak Johnek (Sri Aman), Elaine Song Kah Yee(Shah Alam), Elfira Edwin(Kota Kinabalu), Esther Michael(Kuching), Hayden Cheang Lai Yee(Ipoh), Jayarubini Sambantha Muthaliyar(Kuala Lumpur), Jess Low Chow Boon(Kuala Lumpur), Mabel Loy(Kuala Lumpur), Mico Pun Chiew Yoek(Johor),Naomi Sim Enyl(Kuching), Nicole Langdon(Miri), Rebecca Kavitha A/P Segran(Kuala Lumpur), Richel Ammir(Johor), Serene Chai(Johor), Wendy Foo (Johor) dan Yawaneswaryi A/P Robert Segaran(Perak).

Ia dianjurkan oleh MerveilleuxM Production dan Peoplegraphy Studio serta anjuran bersama ZW Consultancy dengan franchise yang dipegang oleh ERM Marketing. Ini merupakan tahun keempat penganjuran.Ujibakat telah diadakan diseluruh Malaysia iaitu Selangor,Sri Aman,Limbang,Miri,Kota Kinabalu,Kuching,Ipoh,Johor dan Kuala Lumpur.

10606000_829924103698869_5904091949036486497_n

Ia bakal diadili oleh Carol Lee (Mrs Universe 2013), Rahima Orchient Yayah (Miss Malaysia World 1994,Top 10 Miss World 1995) dan Chris Tong (Miss Chinese Cosmos 2006,Mediacorp Artiste,Golden Awards 2014 Top 5 Best Actress).Juri yang lain bakal diberitahu ketika peringkat akhir nanti.Sejumlah RM100,000 berupa hadiah dan wang tunai bakal menunggu para pemenang.

IMG_9404

Terdapat juga sub-titles yang bakal direbut oleh para peserta iaitu Miss Body Beautiful Strip, Miss Face Beautiful By MEME Clinic, Miss XES Elegant by XES Shoes, Miss Congenially RedOne,Miss Popularity by Delirium Concept, Miss Photogenic by Peoplegraphy, Miss Talent by ZW Consultancy, Miss Charm International dan banyak lagi.Pertandingan ini juga mendapat sokongan dari NGO seperti Persatuan Autistik Miri, Sunflower Centre, Miri Home for the Aged,Hospital Miri Children’s Ward dan banyak lagi.

Tiket-tiket untuk peringkat akhir boleh didapati di http://mgim2014.eventbrite.com/ atau di talian +6012 336 6128 atau +6019 225 6005.Tiket adalah berharga RM500 per pax (Normal) dan RM1000 per pax (VIP) yang mana termasuk full course dinner.

 

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *