AJL30 Raikan 3 Dekad Mencipta Fenomena

Setiap tahun Anugerah Juara Lagu pastinya merupakan acara muzik terbesar Malaysia yang pastinya di tunggu-tunggu. Malah tidak salah jika acara berprestij itu boleh dianggap sebagai agenda negara kerana pengaruhnya yang kuat dalam industri muzik tanahair.

Acara itu kini telah bertapak selama 30 tahun dalam mewarnai evolusi muzik negara. Jika edisi sebelumnya memilih konsep ‘Gema dalam Muzik’, kali ini Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) memilih konsep yang lebih gah iaitu ‘Kegemilangan dan Kemeriahan 30 tahun AJL’ bagi menggambarkan penganjurannya selama 3 Dekad Mencipta Fenomena.

kumpulan pertama memenangi AJL - Search diberikan penghargaan AJL30
Kumpulan pertama memenangi AJL – Search diberikan penghargaan AJL30

“Konsep ‘Kegemilangan dan Kemeriahan’ menjadi pilihan kerana kami ingin meraikan usia Anugerah Juara Lagu yang semakin signifikan dan semestinya memberikan impak dalam arus muzik tanahair. Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa AJL merupakan acara muzik terbesar negara kerana kesemua lagu yang dipertandingkan mempunyai kualiti tersendiri hasil penjurian profesional. Malah penganjurannya juga mempunyai nilai ‘standard’ yang tinggi berskala artis antrabangsa dengan penataan cahaya, sistem bunyi dan pastinya gimik dan props yang tidak pernah mengecewakan. Inilah hadiah pembuka tirai 2016 yang terbaik bakal kami sajikan kepada penonton TV3,” kata Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9.

Sidang media khas hari ini juga mengumumkan secara rasminya bahawa acara berprestij itu bakal berlangsung pada hari Ahad, 24 Januari 2016 secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam dan bakal dihoskan oleh pengacara Muzik Muzik yang serasi bersama iaitu Fara Fauzana dan AG Hot FM.

SonaOne, Joe Flizzow & Ila Damia menyanyikan lagu mash up Apa Khabar + Sekadar di Pinggiran -
SonaOne, Joe Flizzow & Ila Damia menyanyikan lagu mash up Apa Khabar + Sekadar di Pinggiran 

AJL30 yang bakal menginterprestasikan kemeriahan 3 Dekad Mencipta Fenomena itu juga bakal mengimbas kembali beberapa detik istimewa sepanjang 30 tahun penganjurannya. Dalam majlis yang sama, Anugerah Ikon AJL turut diberikan kepada para pemenang terdahulu yang juga mewakili penyanyi, komposer dan penulis lirik yang memberi impak besar. Lima penerima anugerah itu ialah Francissca Peter dan Manan Ngah menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran yang merupakan lagu Juara Lagu pertama (1986), kumpulan Search yang merupakan kumpulan pertama menjuarai acara itu dengan lagu Isabella (1989), Dato’ Siti Nurhaliza sebagai penyanyi wanita yang paling banyak menjuarai Juara Lagu dengan Jerat Percintaan (1996), Cindai (1998), dan Balqis (2000). Manakala Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan Hairul Anuar Harun turut mendapat penghargaan sebagai pencipta lagu etnik kreatif untuk Cindai (1998) dan Balqis (2000). Manakala Joe Flizzow dan Sona One merupakan pemenang AJL 29 selaku penyanyi, komposer dan penulis lirik untuk lagu hip hop pertama diangkat menerusi lagu Apa Khabar (2014).

Jika tahun sebelumnya, jelajah promosi (road tour) dijalankan, kali ini sebuah festival muzik berskala besar bakal dianjurkan bagi memberi peluang kepada para penonton menemui penyanyi kesayangan mereka selain mencuba pelbagai aktiviti yang tersedia. Festival AJL30 akan diadakan pada 9 Januari 2016 di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka bermula 2.00 petang sehingga 12.00 tengah malam. Festival itu bakal mengadakan konsert besar-besaran dimana para penyanyi terkenal akan membawakan lagu-lagu yang pernah bertanding di acara berprestij tersebut.

Finalis AJL30
Finalis AJL30

AJL30 bakal menyaksikan 12 finalis berentap bagi membawakan kekuatan lagu masing-masing dan bakal dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh pada 24 Januari 2016 nanti.
“Alhamdulillah, Vida Beauty Pamoga Qu Puteh yang telah 15 tahun bertapak dengan teguh dalam pasaran berjaya memenangi hati pengguna. Diberi peluang sekali lagi menjadi penaja utama AJL30 yang berprestij dan gilang-gemilang adalah merupakan satu titik tolak bagi melebarkan lagi sayap perniagaan saya di masa hadapan. Penglibatan Qu Puteh dan Pamoga dalam AJL29 pada tahun lepas memberikan impak positif dalam penjualan produk saya. Disamping menyokong industri muzik tanah air, saya juga berharap penglibatan dalam acara berprestij ini dapat meletakkan saya dan perniagaan saya setinggi-tinggi bintang di awan. Saya berharap dengan kehadiran Pamoga dan Qu Puteh dapat memancarkan lagi Anugerah Juara Lagu 30,” kata Dato’ Seri Vida.

Cabutan giliran persembahan
Cabutan giliran persembahan

AJL30 juga memperkenalkan Anugerah Qu Puteh Diva yang meraikan juara-juara sepanjang 30 tahun penubuhan AJL. Anugerah yang diundi melalui laman web www.anugerahjuaralagu.com ini juga memberikan peluang kepada penonton untuk mengundi persembahan juara lagu terbaik dari AJL 1986 hingga AJL 2014!
Penonton boleh memilih persembahan kegemaran mereka dengan menekan butang Undi sebanyak mungkin. Lagu-lagu yang mendapat undian tertinggi berpeluang ke ‘Top 5’ dan merebut trofi Anugerah Qu Puteh Diva.

Senarai pencalonan, video persembahan juara AJL dan maklumat lanjut juga boleh di dapati dengan melayari www.anugerahjuaralagu.com.
Siaran langsung acara berprestij AJL30 juga boleh dilihat secara global menerusi ‘live streaming’ di portal Tonton.

Berikut ialah 12 buah lagu yang bakal bertanding di AJL30.

LAGU

PENYANYI

KOMPOSER

PENULIS LIRIK

SENARAI GILIRAN

BIARKANLAH

DRAMA BAND

AEPUL ROZA, AMAR HABIR, DAUS SRK DAN FAEEZ HALIM

AEPUL ROZA, AMAR HABIR, DAUS SRK DAN FAEEZ HALIM

8

KNOCK KNOCK

ELIZABETH TAN

FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN

FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN

7

SAMPAI MATI

HAZAMA

OMAR K & AUDI MOK

OMAR K

5

BUKAN HAL AKU

KAKA AZRAFF & ALIFF

THE GOOD FELLAS

 

THE GOOD FELLAS

4

HANYA NAMAMU

CALIPH BUSKERS

EDRY ABDUL HALIM

 

EDRY ABDUL HALIM

6

MALAM INI KITA PUNYA

BUNKFACE

SAM BUNKFACE

 

SAM BUNKFACE

1

POTRET

AKIM & THE MAJISTRET

HANG NADIM

 

KAMAR EMPAYAR

11

NOT FOR SALE

STACY

MIKE CHAN & OMAR K

MIKE CHAN, OMAR K & ALTIMET

9

ANGIN KENCANG

NOH SALLEH

NOH SALLEH

 

NOH SALLEH

2

TAK PERNAH MENYERAH

DAYANG NURFAIZAH

AKID

POJI SAMAD

12

ASSALAMUALAIKUM

FAIZAL TAHIR

FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, OMAR K, EZRA KONG, AUDI MOK

FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, OMAR K, EZRA KONG, AUDI MOK

 

3

MANA MUNGKIN

BLACK

AJAI

AJAI

10

 

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *