Aaron Aziz Terima Nissan Teana

Kredit Photo : Rentak Sejuta

Edaran Tan Chong Motor (ETCM), penaja utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013), hari ini menyerahkan Nissan Teana 2.5XV Serba Baharu kepada pelakon terkenal, Aaron Aziz pada pelancaran Nissan Teana Serba Baharu.   

Sedan eksekutif premium, Nissan Teana Serba Baharu dengan slogan kata “Drive to Greatness”, telah ditaja oleh ETCM. Ia merupakan Hadiah Utama untuk ‘Anugerah Bintang Paling Popular 2013’ yang diterima oleh Aaron Aziz kerana menjadi artis paling popular.

Pada majlis penyerahan Nissan Teana Serba Baharu itu, Pengarah Pemasaran & Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “Kami sangat berbangga kerana berpeluang bekerjasama dengan Berita Harian dalam acara tahunan popular ini untuk tahun keenam. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada majlis penyampaian hadiah ini dan menyerahkan hadiah Nissan Teana terbaharu kepada seorang pelakon berbakat yang telah membawa Malaysia ke satu tahap baharu dalam industri filem tempatan.” 

Artis kelahiran Singapura itu diumumkan sebagai pemenang ABPBH 2013 di Majlis anugerah tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 24 Mei 2014 di mana beliau memperolehi 76,742 undian. Beliau juga mempunyai jumlah peminat yang ramai berikutan kemahiran lakonan, rupa yang kacak dan filem box office terbaharunya, KL Gangster 2.

“Memenangi Anugerah ABPBH sememangnya satu penghormatan besar. Lebih menarik lagi apabila menerima sebuah Nissan Teana yang saya berpeluang untuk menyaksikan pelancaran tersebut. Terima kasih kepada  Edaran Tan Chong Motor kerana memberikan saya kelebihan menjadi antara pemilik terawal di Malaysia dan memandu pulang model baharu ini,” kata Aaron Aziz. 

Ditubuhkan pada tahun 1987, ABPBH merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Berita Harian untuk memberi anugerah kepada penyanyi, pelakon dan selebriti Malaysia yang paling popular dalam industri hiburan tempatan, berdasarkan kepada undian pembaca akhbar Berita Harian dan Berita Minggu. Ia merupakan anugerah pilihan orang ramai yang paling berprestij untuk artis-artis Malaysia dalam industri hiburan.

Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia, sila layari laman web:  www.nissan.com.my

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *