“Adnan Sempit 2” – Lebih Mencuit Hati

Fenomena Adnan Sempit kembali menggegarkan industri perfileman tempatan 23 Februari ini. Kejayaan dan sambutan yang luar biasa pada tahun 2010 menjadikan filem ini mempunyai tarikan yang tersendiri. Adnan Sempit 2 menjadi filem pembukaan ke-2 terbesar dengan 98 salinan dikeluarkan untuk tayangan di seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei selepas Kongsi dengan 100 salinan. Atas sokongan dari pelbagai pihak, Metrowealth (MIG) tampil untuk menerbitkan sekuel, Adnan Sempit 2. Filem ke-56 terbitan MIG ini dilihat mampu menarik lebih ramai penonton ke pawagam dan mengulangi kejayaan yang diraih Adnan Sempit.

Lakonan Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham dan Angah Raja Lawak dalam Adnan Sempit 2 bakal memberi kelucuan yang tidak terhingga kepada penonton. Begitu juga dengan kehadiran pelakon-pelakon berpengalaman seperti Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Aznah Hamid, sekuel kali ini pastinya menjanjikan yang terbaik. Buat pertama kalinya juga, watak baru diperkenalkan yang dilakonkan oleh Syuk Balas dan ini menguatkan lagi jalan cerita Adnan Sempit 2. Menjadikan Kuala Lumpur yang berlatarbelakangkan kehidupan di kota metropolitan sebagai lokasi utama untuk penggambaran filem ini.

Sinopsis

Setelah berjaya memiliki hati Nadia (Intan Ladyana), kini Adnan (Shaheizy Sam) masih belum berjaya memiliki hati ayah Nadia iaitu Datuk Ithnin (Datuk Ahmad Tamimi Siregar) kerana hubungan mereka masih tidak direstui. Adnan berhadapan dengan ujian lebih besar di mana Datuk Ithnin meletakkan syarat kepada Adnan supaya Adnan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mengubah penampilan dirinya menjadi seorang korporat dalam masa 30 hari.

Adnan yang mengalami masalah untuk mengubah penampilannya meminta bantuan rakannya Bobby (Along Cham) untuk menjadi perunding imej dan akhirnya Bobby mengeluarkan idea-idea untuk membantu Adnan dalam mengubah imej dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Dalam pada masa yang sama, hubungan di antara Bobby dan Wawa (Yana Samsudin) juga mengalami kesukaran di mana Wawa mula merasa bosan kerana Bobby tidak pernah berubah dan tidak berusaha untuk berjaya demi masa hadapan.

Bagi menggagalkan usaha Adnan untuk berubah, Datuk Ithnin telah menghantar Fendi (Syuk Balas), sepupu kepada Nadia untuk menggoda Adnan dan perkara ini telah membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan.

Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu menyahut cabaran yang diberikan oleh Datuk Ithnin? Semuanya akan terjawab dalam filem Adnan Sempit 2 yang telah ditayangkan pada 23 Februari ini.

[nggallery id=46]

 

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *