Kredit Photo : Kosmo

Air Upin Ipin Bebas Ekstasi, Ketamin

Air Upin Ipin Bebas Ekstasi, Ketamin | Syarikat animasi tempatan, Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. (Les’ Copaque) menafikan kononnya air minuman botol pelbagai perisa yang dipasarkan di bawah jenama Upin Ipin mempunyai kan­dungan dadah jenis ekstasi dan ketamin.

Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md. Razi berkata, dakwaan air berkenaan tidak sesuai diminum timbul ekoran pembongkaran pihak polis terhadap satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan botol minuman tersebut baru-baru ini.

Ujar beliau, syarikatnya kesal kerana masih ada pihak yang ragu-ragu untuk membeli dan meminum air botol tersebut sedangkan kes berkenaan telah diselesaikan oleh pihak polis.

“Air minuman jenama Upin Ipin yang mengandungi bahan terlarang itu telah dibotolkan semula oleh pihak tidak bertanggungjawab dan ia hanya dijual kepada penagih dadah.

sumber : Kosmo!

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *