AirAsia Sedia Pentas Peragaan bagi Pereka Muda

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bagi tahun keenam berturut-turut hari ini mengumumkan pelancaran program pencarian pereka fesyen muda; AirAsia Runway Ready Designer Search, sebagai komitmen berterusan syarikat penerbangan tersebut dalam mengangkat bakat muda.

AirAsia adalah syarikat penerbangan pilihan bagi acara minggu fesyen KLFW RTW 2015 yang akan datang. Kerjasama strategic ini bersama penganjur Minggu Fesyen KL, inisiatif ini bertujuan bagi membantu memberi platform bagi bakat pereka muda dari dalam dan luar negara.

ADL-3661

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad melancarkan program pencarian pereka muda ini bersama dengan Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear (KLFW RTW), Andrew Tan pada sidang akhbar hari ini.

Aireen Omar berkata, “AirAsia percaya dengan pembangunan bakat muda. Kami sentiasa terlibat dengan usaha membangun bakat muda terutama dalam bidang sukan. Projek terbaru ini bertujuan bagi menyokong pereka fesyen muda dan mencungkil bakat hari esok, memberi ganjaran dan sokongan kepada mereka dengan pendedahan meluas serta peluang yang tersedia dalam industri fesyen. Kami sangat teruja bagi mempamerkan 10 pereka muda ini pada minggu fesyen Kuala Lumpur yang akan datang ini pada 16 Ogos 2015.”

“Sesetengah mungkin tertanya mengapa fesyen? Jawapan kami adalah mengapa tidak? Jaringan laluan meluas AirAsia, terutama di rantau Asean adalah batu lonjakkan bagi banyak pemain industri fesyen dalam terus memperluas pasaran bagi mereka; mendapatkan pelbagai fabrik; pertukaran idea bersama individu-individu lain; melawat bandar-bandar di rantau ini bagi mengalami pelbagai budaya dan mendapatkan inspirasi; kemungkinan yang tidak berpenghujung! Kami sangat teruja berkerjasama dengan pasukan KLFW RTW, dan AirAsia bersedia menjadi sebahagian dari perjalanan fesyen pereka muda ini dalam mencapai kejayaan,” tambah Aireen Omar.

RunwayStage-final_out

Andrew Tan, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week RTW berkata,”KLFW adalah platform penting bagi pereka yang sudah berada dalam bisnes fesyen. Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear telah dikonsepkan pada tahun 2013 sebagai platform B-2-C bagi pereka fesyen Malaysia bagi memperaga koleksi sedia pakai (Ready to Wear) dan mengetengahkan kekuatan dan kreativiti industri fesyen di Malaysia bagi para pelanggan tempatan dan antarabangasa. Dengan adanya rakan kerjasama dan menganjur bersama ‘AirAsia Runway Ready Designer Search’, membolehkan kami memberi pendedahan tambahan kepada pereka muda yang masih belum berada dalam bisnes ini, melalui platform kami yang telah mendapat perhatian media dengan lebih daripada 7 juta pelawat.”

10 pereka muda akan mempamerkan rekaan mereka di pentas peragaan berprestij KL Fashion Week RTW 2015 dan tiga pereka terbaik akan diumumkan pada akhir pencarian ini dan memegang gelaran ‘AirAsia Most Promising Designer 2015’, bersama dengan hadiah-hadiah yang lain termasuk Piala AirAsia Runway Ready Designer Search, tiket pergi balik ke Tokyo, Sydney dan Hong Kong, sehingga 60,000 AirAsia BIG Points setiap satu, peluang untuk menjadi sebahagian dari Minggu Fesyen lain di rantau ini dan banyak lagi.

Pereka fesyen dari rantau ini turut akan diterbangakan oleh AirAsia bagi menjadi sebahagian dari KLFW RTW 2015, dan ini akan memberi peluang kepada 10 pereka muda ini berjumpa dan belajar dari mereka.

Tambahan kepada Aireen dan Andrew, pemain industri fesyen yang berpengaruh; Khoon Hooi dan Jovian Mandagie, pereka fesyen terkenal Malaysia; serta Khairul Abidin Ishak, Editor Majalah EH! diumum sebagai panel hakim bagi program AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 yang pertama kali diadakan ini.

Pencarian pereka fesyen ini terbuka bagi mana-mana pereka fesyen muda sama ada mempunyai latihan fesyen formal atau tidak, dan tidak melebihi 28 tahun pada tahun 2015. Pereka fesyen yang berminat boleh melengkapkan borang pendaftaran yang boleh di muat turun di laman klfashionweek.com/airasiarunwayready dan menghantar lakaran mereka. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 5.00 petang (GMT +8) pada 12 Jun 2015.

Top 25 akan disenarai pendek dan akan dihubungi bagi mempersembahkan rekaan mereka kepada barisan hakim. 10 yang terbaik akan dipilih melalui proses pemilihan ini bagi memperaga koleksi bertema Asean mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2015.

AirAsia telah terlibat dalam pelbagai program pembangunan bakat muda dengan menyediakan peluang dan memberi platform bagi mereka mencapai kejayaan, mengenal pasti pontensi dan kekuatan mereka. Paling penting, AirAsia telah membolehkan banyak bakat muda merealisasikan impian mereka bagi bertanding di tahap yang lebih tinggi seperti Zulfahmi Khairuddin, penunggang MotoGP dan pemain skuasy antarabangsa Low Wee Wern.

Ikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 melalui laman sosial AirAsia di Facebook (facebook.com/AirAsia), Twitter (twitter.com/AirAsia) dan YouTube (youtube.com/AirAsia).

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *