Album DIDI ASTILLAH Dilancarkan

IMG_0668

Didi Astillah – Itulah nama bagi gadis kecil molek yang memulakan perjalanan seninya dari usia semuda 3 tahun. Didi merupakan anak kelahiran Sandakan, Sabah yang kini berusia 18 tahun. Karier Didi dalam bidang seni bermula seawal usianya 3 tahun dimana beliau pernah tampil dengan sebuah album bertajuk “Adik-Adik Mutiara” bersama kakaknya Bella Astillah dan mereka juga pernah memiliki 10 buah album sejak itu.

Anak kelahiran negeri dibawah bayu ini membesar di Ampang dan mendapat bimbingan rapat oleh ayahnya yang juga seorang ahli muzik dan sering terlibat dengan persembahan muzik bersama kakaknya.  Selain menyanyi, Didi juga pernah terlibat dengan bidang lakonan sewaktu di bangku sekolah dahulu tetapi minatnya terhadap muzik ternyata lebih kuat. Walaupun mempunyai tubuh badan yang kecil, namun Didi mempunyai suara yang mantap dan unik.  Itulah yang membezakan dia dan barisan artis yang seangkatan dengannya.

Berbeza dengan mood lagu beliau sebelum ini, Didi kini tampil lebih segar dan matang dengan album yang berjiwa muda yang bertajuk “Didi Astillah”. Album “Didi Astillah” ini melibatkan komposer dan penulis lirik terkenal tanah air iaitu L.Y dan juga komposer dari negara seberang iaitu Posan yang juga bertanggungjawab atas lagu ‘Sayang’ nyanyian Shae. Kolaborasi antara dua komposer hebat ini telah menghasilkan lagu-lagu bertemakan cinta dengan pelbagai mood, lantas menjadikan “Didi Astillah” sebagai sebuah album penuh warna-warni dengan kisah percintaan. Album ini bukan sahaja ditulis didalam Bahasa Melayu tetapi terdapat juga sebuah lagu yang dikarang di dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘I Love You So’ yang ditulis oleh LY dan lirik oleh Baiduri. 6 buah lagu telah diputuskan untuk berada di dalam album ini dimana 3 buah lagu telah dicipta oleh L.Y dan 3 lagi hasil ciptaan Posan.

Lagu- lagu yang dimuatkan di dalam album “Didi Astillah” adalah:

  1. Pujaan Hatiku
  2. La la la, Aku Jatuh Cinta
  3. Fikirkan Kamu
  4. BFFku
  5. Stop Mencintaiku
  6. I Love You So

Single pertama Didi juga telah dipetik dari album “Didi Astillah” yang bertajuk ‘Fikirkan Kamu’, sebuah lagu rancak yang berentak pop dance. ‘Fikirkan Kamu’ merupakan sebuah lagu berkisar tentang perilaku kekasih yang curang terhadapnya. Hasil nukilan Posan yang dilengkapi dengan alunan suara Didi Astillah ini tentunya menjadikan ‘Fikirkan Kamu’ sebagai karya yang mampu menaikkan nama Didi ke persada yang lebih besar.

IMG_0572

Sesuai sebagai single pertama daripada album ini, Didi bagaikan dilahirkan semula menerusi album yang dinamakan “Didi Astillah”. Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album sulung beliau bersama Warner Music ini mengetengahkan evolusi muzik pop dance, suatu idea yang segar yang boleh dijadikan santapan halwa telinga. Muzik video ‘Fikirkan Kamu’ juga sudah berada di YouTube dan telah mempunyai lebih dari 110 ribu tontonan.

Dengan namanya yang kian meningkat naik sejak menyertai program realiti TV, ‘Idola Kecil’ musim pertama anjuran TV9 dan ‘Kamilah Bintang’ terbitan Astro, Didi Astillah kini bersedia untuk melangkah lebih jauh!

Album “Didi Astillah” sudah boleh didapati di pasaran dengan harga RM23.90. Selain dariapad itu, album tersebut boleh didengari di iTunes, Deezer, Spotify, dan juga KKBox. Album “DIDI ASTILLAH” oleh Didi Astillah ini juga merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Pada hari ini, busana Didi Astillah ditaja oleh Adidas Original dan dandanan rambut pula oleh Shawn Cutler.

Para pendengar dan peminat juga sudah boleh memuat turun nada dering dengan kod-kod yang tersedia seperti berikut:

Title Maxis Caller Ringtones Celcom Call Me Tones DiGi Caller Tunes U Mobile Colour Tones
Fikirkan Kamu 403840 225134 1801365 596064

Cara-Cara Muat Turun:

Maxis Caller Ringtones  : Dial *131*<Kod># dan tekan call/send

Celcom Call Me Tones    : Dial *888*<Kod># dan tekan call/send

DiGi Caller Tunes            : Dial *233*<Kod># dan tekan call/send

U Mobile Colour Tones   : Dial *118*5*2*<Kod># dan tekan call/send

Social media Didi Astillah:

Instagram: @didiastillah – 116k followers

Twitter: @Didi_Astillah – 21.7k followers

Facebook:  The Official Didi Astillah – 200 likes

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *