Alcatel Perkenal Idol X+ Dan Idol Alpha

IMG_1593

MENERUSKAN kesinambungan rangkaian telefon bimbit pintarnya, Alcatel Malaysia memperkenalkan One Touch Idol X+ dengan cip pemprosesan Octa Core bagi menggantikan One Touch Idol X yang dikeluarkan tahun lalu.

Dilengkapi perkakasan terkini seperti skrin berdefinisi tinggi (HD) penuh IPS, saiz skrinnya mencecah lima inci dengan 441 pixle per inch (ppi) yang diperkasakan oleh Corning Gorilla Glass 2.

Peranti terbaharu itu turut dilengkapi dengan kamera utama 13.1 mega piksel dan depan dua mega piksel di samping storan RAM dua giga bait (GB) serta cip pemprosesan yang dikeluarkan oleh Mediatek.

Menariknya mengenai Idol X+ ini, peranti juga terbina dengan dua slot mikroSIM bagi memudahkan mereka yang aktif menggunakan dua SIM serentak.

Dengan ketebalan 7.9 milimeter, bateri telefon bimbit pintar ini dipertingkatkan kapasiti sehingga 2500mAh.

Fungsi peranti ini turut diperluaskan dengan penggunaan BOOMband iaitu peranti yang dipakai di tangan untuk memantau aktiviti kesihatan pengguna.

Fungsi BOOMband yang dilihat seperti `buddy’ kepada Idol X+ ini ialah mengira jumlah langkah serta memantau kalori yang telah dilakmukan sepanjang hari selain turut mengira jangka masa tidur.

Di samping pengenalan kepada Idol X+ ini, Alcatel turut memperkenalkan One Touch Idol Alpha yang dilengkapi pemprosesan Quad Core khusus buat mereka yang gemarkan reka bentuk unik dan lebih menarik.

Idol Alpha direka menggunakan besi pada keliling dengan lengkungan bagi memberikan keselesaan ketika memegang selain ditambah sisi lutsinar sekali gus menampakkan keanggunan dan keunikannya berbanding yang lain.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan Mediatek Quad Core pada kelajuan 2GHz dan storan RAM satu GB, peranti ini diperkemaskan dengan skrin IPS 4.7 inci yang diperbuat dari Dragontrail Glass dengan resolusi HD 1280 x 720 piksel.

Kamera utama mampu merakam gambar pada 13.1 mega piksel manakala kamera depan dua mega piksel bersama kapasiti bateri 2000mAh. Kedua-dua telefon bimbit pintar ini telah berada di pasaran dengan harga Idol X+ RM1,299 manakala Idol Alpha RM1,099.

Bagi mereka yang ingin dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.alcatelonetouch.com/ml.

 

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *