Amirul Jafril Pertaruhkan Single Terbaru ‘Nadi’

Selepas kejayaan single Rayanya, ‘Sinar Aidilfitri’, Amirul akan melancarkan single terbaharunya yang bertajuk ‘Nadi’. Dengan inspirasi yang diilhamkan dari karya-karya Beyonce dan John Legend, Nadi adalah lagu genre Pop R&B diiringi bunyian opera dan unsur ‘tribal’ yang merupakan sesuatu yang segar bagi industri muzik Malaysia.

Dicipta oleh Amirul sendiri bersama 2 lagi komposer dan penulis, Lynnzay Affandy (L’Zzay) dan Herman Hermono (Indonesia), Nadi mengupas tentang perasaan cinta yang tidak berbelah bagi serta pengorbanan yang melambangkan kasih yang utuh.

Amirul Jafril NADI Cover Art 1

Walaupun Nadi dirakamkan pada tahun 2012-2013, Amirul memutuskan untuk menunggu waktu yang sesuai untuk melancarkan lagu ini memandangkan beliau sedang dalam proses penyembuhan kanser yang tiba-tiba datang sebagai dugaan yang besar dalam hidup Amirul pada awal tahun tersebut.

Dengan semangat baharu yang semakin membara, Amirul Jafril kini bersedia untuk menyemarakkan semula langkahnya dalam industri muzik tempatan, bersama JoePRC International sebagai pihak pengurusan yang menjadi tulang belakang dan panduan utama bagi jejaka kelahiran Pulau Pinang ini melebarkan sayapnya dan mencapai visinya.

‘Nadi’ telah dilancarkan dengan rasminya, secara digital pada 26 Ogos 2016 ini.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *