‘AQUARIUS’ Kini Eksklusif Di iFLIX

iflix, perkhidmatan TV internet terkemuka Asia Tenggara menawarkan akses tanpa had kepada pelbagai rancangan hiburan untuk kadar bayaran bulanan yang rendah, dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa ia telah memperolehi hak eksklusif di Malaysia, Filipina dan Thailand untuk menayangkan drama popular berkonsepkan jenayah, ‘Aquarius’ dari ITV Studios Global Entertainment. Boleh ditonton buat pertama kali di Asia Tenggara, pelanggan iflix kini dapat menikmati kesemua 13 episod untuk musim pertama yang menakjubkan ini.

Aquarius_Image 2

‘Aquarius’ dibintangi oleh penerima anugerah Golden Globe, David Duchovny, sebagai Detektif Sam Hodiak, seorang detektif berpengalaman dengan penyiasatannya menjurus kepada aktiviti-aktiviti jahat ketua kultus dalam kehidupan sebenar, Charles Manson. Berlaku pada tahun 1960-an di Los Angeles, drama waktu perdana menarik, mempesona dan hebat secara visual ini berlaku beberapa tahun sebelum Manson menjadi dalang di sebalik pembunuhan paling kejam dalam generasi ini.

Aquarius_Image 4

Seorang ketua yang bukan siapa-siapa, tapi berkarismatik, Manson mempunyai rancangan besar dan telah melatih orang-orang yang lemah untuk menyertai misinya. Berpasukan dengan seorang polis muda yang membantunya dalam menembusi kawasan Manson, Detektif Hodiak menyelidik dengan lebih mendalam jaringan kejahatan manipulasi, pembunuhan dan korupsi. Namun, di tengah-tengah arus anti-penubuhan budaya silang, gaya penyiasatannya yang provokatif telah meninggalkan kesan mendalam dan apabila Hodiak menyedari kehidupannya mula terdedah, nyawa orang lain sudah pun berada dalam bahaya. ‘Aquarius’ ialah produksi Tomorrow Studios.

Aquarius_Image 6

 

Kini boleh didapati di Malaysia, Thailand dan Filipina, iflix akan terus melancarkan perkhidmatan bertaraf dunianya untuk pertambahan pasaran Asia Tenggara dalam masa terdekat ini. Dengan lebih daripada sejuta pelanggan dalam masa hanya enam bulan sejak pelancarannya, iflix menawarkan penggunanya koleksi terbesar dan terbaik Hollywood, rantau Asia dan pelbagai rancangan TV dan filem tempatan yang terdapat di rantau ini. Setiap langganan membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan ini dengan menggunakan sehingga ke lima peranti termasuklah telefon, komputer riba, ‘tablet’ dan set televisyen, untuk menontonnya di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Kini, pelanggan iflix juga boleh memuat turun rancangan-rancangan TV dan filem dari koleksi besar iflix untuk tontonan secara ‘offline’. Perkhidmatan ini ditawarkan untuk hanya RM8 sebulan di Malaysia untuk akses tanpa had, tanpa iklan!

Aquarius_Image 1

Untuk pelanggan baru, iflix menawarkan tempoh percubaan 30 hari secara percuma dengan akses penuh kepada perkhidmatan, ciri-ciri dan rancangan bertaraf dunia iflix tanpa perlu memberikan maklumat kad kredit mahupun pembayaran. Sila layari www.iflix.com untuk mendaftar.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *