Ary Hadre Pertaruhkan #JanjiPalsu

Setelah membuat keputusan untuk keluar daripada kumpulan Klangit,  Ary Hadre kini bersedia mempertaruhkan single solo pertamanya yang berjudul ‘Janji Palsu’.

Lagu ciptaan  sepenuhnya dari Adi Priyo (Sixth Sense) ini mempunyai kelainan dan memperdengarkan kematangan suara Ary.

Ary yakin ‘Janji Palsu’ dapat diterima pendengar terutamanya peminat-peminat kumpulan Klangit dan bakal menjadi sebuah lagu pilihan pendengar di radio-radio tempatan.

Untuk makluman, kumpulan Klangit pernah menerima anugerah platinum atas kejayaan mereka mencatat penjualan nada dering tertinggi menerusi lagu Sesal Mendua oleh Sony Music.

Janji Palsu’ mengisahkan tentang pasangan yang tidak berlaku jujur dalam perhubungan dan seringkali memberikan janji palsu hingga akhirnya percintaan mereka kecundang.

Menurut Ary, dia amat teruja untuk melihat reaksi dan respon daripada peminat tentang single sulungnya ini. Malah, katanya genre ini dianggap releven dijadikan single pertama kerana kekuatan susunan muzik disamping kematangan vokalnya tersendiri.

“Sejujurnya saya sangat teruja dan sedikit gementar memikirkan respon yang bakal diberikan oleh peminat terhadap single solo pertama saya ini. Jika dilihat melalui susunan muziknya, saya rasa genre ini amat digemari zaman sekarang selain kekuatan liriknya yang amat mendalam dan bisa memberikan kesan terhadap pendengar. “

“Maklumlah, kisah cinta ada bermacam-macam, jadi, lirik lagu ini saya anggap sebagai salah satu kisah sedih dalam menempuhi alam percintaan,” katanya.

Taruhan terbaru Ary ini dijangka akan menemui peminat pada 22hb Julai 2016  dan dapat menandingi lagu ‘Sesal Mendua’.

Janji Palsu’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

Dengarkan taruhan baharu Ary Hadre, Janji Palsu’ hari ini di saluran radio tempatan!

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *