ASIA ISLAMIC FASHION WEEK 2017

Mengangkat inspirasi warna-warni dunia fesyen Islamik dan sebagai usaha mengembangkan lagi industri tersebut, AIFW Event dengan segala hormatnya membawakan kepada anda acara kegemilangan fesyen Islamik Asia yang pertama di Malaysia –  Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017).Ia merupakan acara dagangan yang direka khusus untuk mempersembahkan gabungan kesantunan fesyen dengan gaya terkini yang tidak lari daripada konteks Islamik.

Malaysia bersedia menjadi tuan rumah buat acara yang julung-julung kali diadakan ini bermula 30 Mac – 2 April 2017. Industri runcit ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berprestij selama (4) empat hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari, untuk semua pihak mendekati dan memiliki trend mutakhir dalam persalinan busana, aksesori, kosmetik dan sumber yang berinspirasi Islam.

Mizz Nina

Bertemakan ‘Memperkenalkan Asia Sebagai Pusat Global Fesyen Islamik’, #AIFW2017 bercita-cita untuk menjadi ruang pasaran bagi fesyen dan gaya hidup Islamik berpengaruh di Asia, dengan menyediakan medan bagi komuniti bisnes fesyen Islamik bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan.Lebih daripada 10,000 pengunjung, 180 peserta pameran, 100 pereka, 200 pembeli dagangan antarabangsa, pencetus pengaruh fesyen, eksekutif bisnes, jurugambar fesyen dan keseluruhan pengamal media dari lebih 20 negara dijangkakan mengambil bahagian dalam #AIFW2017.

Tiga elemen utama #AIFW2017 adalah:

  1. Pertunjukan Dagangan Fesyen

Sebuah platform untuk rangkaian perniagaan fesyen dan gaya hidup Islamik yang mapan serta berkeuntungan. Daripada jenama mewah, hingga ke trend terkini dalam fesyen yang santun, #AIFW2017 membawakan peserta pameran dari seluruh dunia yang menjadi nadi bisnes fesyen Islamik. Masuk adalah PERCUMA.

  1. Pertunjukan Fesyen

Memperkenalkan trend terkini fesyen Islamik daripada pereka terkenal, peruncit terunggul, butik dan pereka fesyen bebas dari Malaysia, Brunei, Perancis, Netherlands, Amerika Syarikat,Jepun dan Arab Saudi. Persembahan di runway atau pentas peragaan adalah sesuatu yang wajib disaksikan.

Antara pereka fesyen dan jenama yang terlibat adalah DIAN PELANGI, COSRY, KARINA NG, EJA SHAHRIL, ADILA LONG, ANA ABU, SAWDAA BLACK LABEL, MUMU SCARVES, ASH &ANAS, PADUSI COUTURE, KHALIF BY EIRMA FATIMA, GENERAL PRODUCT OLEH AMY SEARCH, GAYA BY ADANIA, LA DIORA, NAFYANA OLEH LIANA GHAUS, CALACARA, V HIJRAH, DAANYA, RUMI, MARINAH YAZID, BLACK SWAN COUTURE (DUBAI), BARJIS (LONDON), CHENILLE DAN AMJADD (PARIS) DAN RAMAI LAGI.

  • Interaksi Fesyen

Memperkayakan orang Islam dengan pengetahuan tentang fesyen Islamik berasaskan nilai-nilai Islamik, menerusi sesi perbincangan interaktif oleh panel dari pelbagai bidang dalam industri fesyen dan perdagangan Islamik.

Dian Pelangi

AIFW 2017 dengan bangganya mengumumkan Penaung Kehormat kami iaitu YANG AMAT BERBAHAGIA TUN ABDULLAB AHMAD BADAWI manakala Penasihat Antarabangsa kami adalah ALIA KHAN, PENGERUSI ISLAMIC FASHION & DESIGNER COUNCIL.

Kami juga turut berbesar hati dengan penglibatan ‘fashion influencer’ kami iaitu:

  • Dian Pelangi – pereka fesyen serba boleh dari Indonesia,

pemenang anugerah, entrepreneur berjaya dan

merupakan salah seorang ikon fesyen berpengaruh

dalam komuniti Islamic Global dengan memilki 4.4

juta pengikut di laman Instagram.

  • Mizz Nina – salah seorang ikon Malaysia yang dipandang tinggi

                                dan dihormati kerana usahanya dalam

dakwah,fesyen dan kerja-kerja kemanusiaan.

  • Melanie Elturk –  salah seorang pakar dalam industri fesyen, penyumbang tetap

untuk majalah ELLE.Com dan merupakan Ketua Pegawai

Eksekutif salah sebuah jenama terbesar di Amerika Syarikat

untuk fesyen modest dengan misi untuk memperkasakan

pemakaian hijab di dunia.

Dalam penyataannya, Mizz Nina berkata, “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berasa dihargai kerana menjadi sebahagian dari #AIFW2017. Ini merupakan sebuah platform yang menarik untuk pereka fesyen modest, mereka yang mempunyai bakat dan juga jurucakap dari serata dunia. Lebih penting lagi kerana ia menggabungkan fesyen, kepercayaan dan kecantikan untuk diperlihatkan kepada dunia.”

Ujar Fuza Umar selaku pengasas AIFW 2017,”Buat perdana kalinya diadakan di Malaysia, kami tidak akan mampu melakukannya tanpa sokongan dan bantuan dari agensi kerajaan, organisasi antarabangsa, penaja korporat dan juga pereka fesyen dan jenama yang terlibat. Alhamdulillah.”

AIFW 2017 dibantu dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia, MATRADE, SME CORPORATION MALAYSIA. Turut berkerjasama ialah ISLAMIC FASHION & DESIGN COUNCIL (IFDC) serta:

  • YAYASAN AL BUKHARY- PENAJA BERSAMA
  • ZALORA- RAKAN E-DAGANG RASMI
  • WARDAH- SOLEKAN RASMI
  • MINI INGRESS AUTO- KERETA RASMI
  • HOTEL IMPIANA KUALA LUMPUR- HOTEL RASMI
  • INSTITUT PENGURUSAN HALA DAN SAINS, FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
  • H LIVE- MEDIA RASMI
  • MAJALAH W/M- MEDIA RASMI

Ujar Fuza lagi, “Kami dengan besar hatinya ingin mengumumkan kerjasama kami dengan destinasi fesyen Online Asia, Zalora, selaku rakan E-dagang (E-commerce Partner). Dengan kehadiran di Singapura,Indonesia, Malaysia serta Brunei,Filipina, Hong Kong dan Taiwan, kami percaya bahawa ZALORA merupakan platform online terbaik untuk mempromosikan industri fesyen Islamik di seluruh Asia.”

Melanie Elturk

“Sebagai destinasi online fesyen Asia, ZALORA komited untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan fesyen. Kerjasama dengan Asia Islamic Fashion Week 2017 ini membuka pintu serta peluang yang lebih besar kepada label seterusnya mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam fesyen Islam bagi rantau Asia,” ujar Giulio Xiloyannis, Pengarah Urusan ZALORA.

 

Mengenai Industri Fesyen Islamik

Menurut Laporan Kedudukan Ekonomi Islamik Global 2015/16 yang dikeluarkan secara bersama oleh Reuters, konsumer Muslim sedunia membelanjakan sejumlah AS$230 bilion untuk pakaian pada 2014, menjadikan pasaran pakaian Muslim membentuk 11 peratus daripada perbelanjaan global, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.8 peratus berbanding tahun lalu. Angka tersebut dijangka mencecah AS$484 bilion menjelang 2019.

Saiz pasaran yang ketara ini memerlukan perhatian dan pelaburan dari seluruh dunia. Pemain fesyen arus perdana utama daripada Uniqlo dan Mango hinggalah kepada pereka fesyen aras tinggi seperti Dolce & Gabbana dan Tommy Hillfiger telahpun mengikut jejak langkah DKNY yang melabur dalam sektor ini.

Semua ini berlaku seiring perkembangan syarikat-syarikat fesyen Muslim yang kini meneroka pasaran. Platform e-dagang seperti Hijup (Indonesia) dan Modanisa (Turki) juga menerima kemasukan pelaburan yang besar untuk memperkembangkan asas pengguna masing-masing.

Laporan berkenaan turut menggariskan bahawa Malaysia mendahului majoriti kategori industri Halal dalam Petunjuk Ekonomi Islamik Global. Sebagai negara Islam yang moden dan progresif, Malaysia telah lama membawa aspirasi Hab Halal Global, dengan merintis banyak inisiatif Halal serta menjadi tuan rumah kepada inisiatif yang berkaitan seperti #AIFW2017 demi mencetus kesedaran lebih luas tentang pasaran Halal.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *