ASTRO Bawa Liputan Menyeluruh SUKAN KOMANWEL 2014

CWG_image

Seusai sahaja acara sukan terbesar dunia, PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL, kini satu lagi acara sukan gergasi iaitu Sukan Komanwel 2014 bakal menjengah dan Astro dengan berbesar hati akan membawakan liputan secara langsung dan menyeluruh melalui platform televisyen dan Astro on the Go. Acara sukan yang diadakan di Glasgow ini dijadualkan berlangsung bermula dari 24 Julai hingga 4 Ogos 2014.

Pelanggan Astro yang melanggan Pek Sukan dan Superpack akan menerima ‘Commonwealth Games Pass’ yang membolehkan mereka menonton acara sukan tersebut melalui saluran khusus yang terdiri dari lapan saluran definisi standard (SD) dan lapan saluran definisi tinggi (HD) serta akses percuma untuk menonton tujuh saluran dedikasi menerusi tablet, telefon pintar dan komputer melalui Astro on the Go.

Bagi pelanggan Astro yang lain pula boleh membeli pas khas ‘Commonwealth Games Pass’ ini dengan harga RM20 dan pembelian boleh dilakukan menerusi saluran 200.

Astro turut memberi peluang buat semua pelanggan Astro dan NJOI untuk mengikuti liputan acara sukan terpilih melibatkan atlet tanah air secara khususnya menerusi Astro Arena Saluran 801. Manakala, seluruh rakyat Malaysia juga boleh menonton saluran Astro Arena menerusi Astro on the Go secara percuma.

Selain itu, bagi mereka yang bukan pelanggan Astro yang ingin mengikuti liputan penuh Sukan Komanwel ini boleh membeli ‘Commonwealth Games Pass’ untuk mendapatkan akses kepada tujuh saluran dedikasi menerusi Astro on the Go. Untuk maklumat lanjut, sila layari onthego.astro.com.my.

Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata, “Astro terus berusaha dalam membawakan liputan secara langsung pelbagai acara sukan untuk rakyat Malaysia antaranya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 Sochi, Piala Thomas dan Uber 2014 dan pastinya PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL. Untuk Sukan Komanwel kali ini, Astro menawarkan liputan menyeluruh lebih dari 2,000 jam menerusi 16 

saluran dedikasi (lapan saluran HD dan lapan saluran SD) serta tujuh saluran di platform Astro on the Go. Bagi para pelanggan NJOI dan juga yang bukan pelanggan Astro turut boleh mengikuti acara sukan ini di saluran Astro Arena tanpa sebarang cas tambahan”. 

Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 1 300 82 3838.

Pecahan Saluran Khusus Sukan Komanwel 2014 Glasgow : Nombor saluran (SD)  Nombor saluran (HD)  Butiran saluran 
820 840 Saluran mozek. Gabungan tujuh skrin yang memaparkan acara sukan yang sedang berlangsung. Mempunyai fungsi interaktif yang memaparkan jadual acara, keputusan, kedudukan pingat dan berita terkini mengenai Sukan Komanwel 2014
821 – 826 841 – 846 Liputan secara langsung dan siaran ulangan
827 847 Saluran yang akan menyiarkan acara-acara sukan terbaik yang dipilih

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *