ASTRO OASIS Perkenal Dunia Pencetus Ummah

KYS_1047

Program realiti Pencetus Ummah ternyata telah berjaya mencipta fenomena televisyen di Malaysia. Kelainan pendekatan dakwah yang dibawakan berjaya mencuri perhatian dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Terbaru, pihak Astro Oasis bakal menjelajah ke seluruh negara dengan membawakan program Dunia Pencetus Ummah bermula 19 April ini di Dewan JKNN, Seremban, Negeri Sembilan bermula jam 2.00 petang.

Kini, lahirlah sebuah rancangan bagi menghargai masyarakat khususnya peminat program Pencetus Ummah mengalami sendiri suasana pendekatan dakwah dalam Dunia Pencetus Ummah. Hal ini secara tidak langsung dapat meneruskan jenama Pencetus Ummah itu di kalangan masyarakat. Slot rancangan keagamaan ini juga turut akan disiarkan di Astro Oasis (Saluran 106) dan ditayangkan serentak di Maya HD (saluran 135) pada setiap Khamis 9.00 malam bermula 1 Mei.

KYS_1098

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Encik Namanzee Harris, “Astro Oasis amat berbesar hati dengan sambutan luar biasa yang diterima daripada seluruh lapisan masyarakat terhadap program Pencetus Ummah yang lalu. Sebagai tanda terima kasih kepada sokongan ini, Pencetus Ummah akan kembali kepada masyarakat dan menyumbang kepakaran kami dalam membangunkan Islam. Kami akan meneruskan pendekatan kreatif kami, kali ini lebih dekat dengan masyarakat yang telah menyokong program kami selama ini.”

Menampilkan Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Fahrin Ahmad sebagai pengacara, Dunia Pencetus Ummah akan membawakan tazkirah oleh PU Hafiz, PU Shahul, PU Yeop, PU Rahmat dan para Pencetus Ummah yang lain dengan pendekatan kreatif seperti yang ditayangkan di televisyen. Dunia Pencetus Ummah turut diselangi persembahan istimewa oleh barisan artis terkenal seperti Shahir, Sabhi Saddi dan kumpulan In Team dan masih mendapat sokongan daripada fasilitator, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Razak.

Berikut adalah antara lokasi Dunia Pencetus Ummah;

Tarikh

Lokasi

19 & 20 April 2014 Dewan JKKN, Seremban Negeri Sembilan
17 & 18 Mei 2014 MITC, Ayer Keroh, Melaka
13 & 14 June 2014 Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu
5 & 6 Julai 2014 Dewan Utama Wisma Belia, Kuantan Pahang
18 & 19 Julai 2014 Dewan JKKN, Kota Bharu Kelantan
8 & 9 Ogos 2014 Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor
22 & 23 Ogos 2014 Dewan Perbandaran Sg. Petani, Kedah 

Sebagai persiapan untuk musim akan datang, pihak Astro Oasis turut mengadakan sesi ujibakat Pencetus Ummah musim kedua serentak di setiap lokasi Dunia Pencetus Ummah ini dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Sesi ujian dan temubual ini terbuka kepada semua lelaki Muslim yang fasih berbahasa Melayu dan berusia di antara 18 – 40 tahun serta sihat tubuh badan. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R di samping mempunyai latar belakang agama yang baik dan berpengetahuan luas dalam bidang agama dan memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

KYS_1074

Selain perlu membaca surah Al Fatihah dan beberapa surah lazim, para peserta juga perlu hadir dan bersedia dengan salah satu topik tazkirah seperti berikut;

1.              Bencana Alam

2.              Poligami

3.              Keruntuhan akhlak

4.              Hiburan dalam Islam

5.              Ekonomi Islam

Namanzee menambah, “Kami di Astro Oasis sentiasa terkehadapan dalam menyusun program untuk disiarkan di saluran ini. Berakhirnya program Pencetus Ummah yang menobatkan PU Hafiz pada Januari lalu tidak bermakna usaha menerbitkan program dakwah di Astro Oasis terhenti setakat itu sahaja. Malah kami terus merancang penerbitan Pencetus Ummah untuk musim yang kedua. Justeru, kami mengalu-alukan kehadiran para peserta ke sesi ujibakat yang akan diadakan ini serta berharap masyarakat akan terus memberikan sokongan padu kepada program Pencetus Ummah selepas ini.”

KYS_0720

Astro mengekalkan pendekatan media baru dengan pelbagai aplikasi menarik untuk mendekati penonton dan peminat secara lebih dekat dengan aktiviti dakwah. Para pengguna telefon bimbit diperkenalkan dengan aplikasi islamik terkini; Salam Muslim. Aplikasi percuma ini mengandungi waktu solat seluruh Malaysia dan peringatan solat, arah kiblat, tasbih digital, nasihat serta kata-kata hikmat dari tokoh islamik dan banyak lagi. Jadual rancangan program-program menarik di Astro Oasis turut terdapat di aplikasi Salam Muslim ini yang boleh dimuat turun di Android Google Play atau di Apps Store sekarang.

Selain itu, para penonton setia Astro Oasis boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai lokasi rakaman Dunia Pencetus Ummah dengan melayari www.pencetusummah.com.my

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

4 comments

  1. Alhamdulillah dan Tahniah. Suatu usaha yang baik. Saya ingin turut menyumbang kepakaran saya, itupun kalau sudi. Nama saya Zainal, mantan Prof. Madya dalam bidang drama dan teater di USM, semenjak 1979 hingga 2005. Kini saya di Pusat Kebudayaan di UM sebagai Felo Penyelidik Kanan. Saya sanggup menjadi Jurulatih dalam bidang seni persembahan ataupun Juri dalam program tuan. JIka sudi sila talipon saya di 012-4291052. Sekian terima kasih.

  2. Alhamdulillah dan Tahniah. Suatu usaha yang baik. Saya ingin turut menyumbang kepakaran saya, itupun kalau sudi. Nama saya Zainal, mantan Prof. Madya dalam bidang drama dan teater di USM, semenjak 1979 hingga 2005. Kini saya di Pusat Kebudayaan di UM sebagai Felo Penyelidik Kanan. Saya sanggup menjadi Jurulatih dalam bidang seni persembahan ataupun Juri dalam program tuan. JIka sudi sila talipon saya di 012-4291052. Sekian terima kasih.

  3. Dunia Pencetus Ummah sqtu-satunya rancangan menarik di TV OAsis, tahniah kepada pihak yanf terlibat dari penganjur hinggalah kepada penaja dan kru-kru yang menjayakan sama ada di belakang atau di depan tabir. Saya tidak pernah lepas peluang mengikutinya kecuali ada musaqah. Ia banyak memberi ilham kepada saya untuk berdakwah melalui cara saya tersendiri, buat masa ini saya lebih banyak posting dalam fb.Ini bukan riak tetapi menunjukkan keikhlasan saya dalam satu perjuangan dakwah melalui media maya. Terima kasih kepada yang telah mengetahui dan like fb saya. Subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar.

  4. Dunia Pencetus Ummah sqtu-satunya rancangan menarik di TV OAsis, tahniah kepada pihak yanf terlibat dari penganjur hinggalah kepada penaja dan kru-kru yang menjayakan sama ada di belakang atau di depan tabir. Saya tidak pernah lepas peluang mengikutinya kecuali ada musaqah. Ia banyak memberi ilham kepada saya untuk berdakwah melalui cara saya tersendiri, buat masa ini saya lebih banyak posting dalam fb.Ini bukan riak tetapi menunjukkan keikhlasan saya dalam satu perjuangan dakwah melalui media maya. Terima kasih kepada yang telah mengetahui dan like fb saya. Subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *