ATILIA- NO.3 ALBUM TOUR

Pada 22 Ogos 2017 yang lepas Atilia telah melancarkan album No.3 beliau di Alexis Great Eastern Mall dan ini adalah album beliau yang ketiga selepas album Sangkar dan Indah. Album ini mengandungi sembilan lagu antaranya Bahagiaku, Sandaranku, No Fruits For Today, Realize dan Segalanya. Masih berkonsepkan Jazz Pop, album ketiga ini adalah hasil terbaik yang pernah di keluarkan oleh Atilia sendiri. Mempunyai tujuh buah lagu bahasa melayu dan dua buah lagu Inggeris. Album No.3 ini mengambil masa hampir 3 tahun untuk disiapkan. Dengan jadual yang padat bagi menyempurnakan jemputan persembahan korporat dan juga sebagai seorang guru yoga di Yoga Want That I Want Studios, tidak mematahkan semangat Atilia untuk terus menyiapkan album ini buat peminat-peminat setia beliau yang dahagakan album baru daripada Atilia.

Kini, Atilia tampil pula dengan ‘No.3 Album Tour’ di mana lokasi pertama album tour ini di KL International Jazz Festival 2017 pada 16 September 2017 yang lalu. Manakala, lokasi kedua yang bakal beliau lakukan adalah di Kuching, Sarawak, pada 14 Oktober 2017 di Haus KCH kolaborasi bersama Air Asia sebagai penaja utama penerbangan Atilia bagi album tour ini. Beliau akan mempersembahkan 18 buah lagu bermula dari album Sangkar, Indah, dan beberapa buah lagu dari album terbarunya “No.3”. Masih mengekalkan konsep

persembahan jazz dan pop. Tiket juga sudah mula di jual dan boleh di beli dengan memhubungi terus nombor ini 014-886 8466 (Aqis). Oleh itu, buat peminat setia Atilia di Kuching, Sarawak jangan lepaskan peluang anda untuk menonton persembahan mantap dari beliau secara ‘LIVE’ dan pastinya tidak mengecewakan.

‘Album Tour NO.3’ oleh Atilia di Malaysia bakal bermula pada :

14 OKTOBER 2017 – HAUS KCH -KUCHING, SARAWAK

23 OKTOBER 2017 – SOULED OUT, KOTA KINABALU

11 NOVEMBER 2017 – IFI, JAKARTA

Teristimewa buat peminat setia Atilia album ‘No.3’ edaran Warner Music (M) ini boleh di muat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Yonder Music serta KKBox.

Ini pautan untuk album ‘No.3’ di digital platform: https://WMM.lnk.to/no3

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *