Ayam Panggang OISHII Sememangnya Lazat

oishii-roaster-2013_02 copy

Kedai Ayamas baru-baru ini telah melancarkan ciptaan terbarunya, ayam panggang Oishii, dalam menambahkan lagi menu ayam panggang lazat keluarannya.

“Oishii” yang bermaksud “lazat” dalam bahasa Jepun, merupakan ayam panggang Ayamas kegemaran ramai yang diperap dengan kicap Jepun istimewa. Kerangupan kulit ayam yang memikat selera, berserta kelembutan isi ayam yang penuh perisa, menjadikan gabungan ini satu menu lazat yang pastinya memenuhi citarasa rakyat Malaysia dan sesuai dinikmati seisi keluarga.

Ayam panggang Oishii adalah produk unik yang membolehkan pelanggan menikmati ayam panggang ala Jepun. Dengan slogan “Manis di dalam, rangup di luar” sudah cukup untuk menggambarkan keenakkan ayam panggang ini, yang juga sesuai bagi mereka yang sentiasa mencari sesuatu rasa baru dan menarik untuk dinikmati.

“Kami yakin bahawa ayam panggang Oishii ini akan menjadi popular di kalangan pelanggan kami kerana kelazatannya yang tak terhingga”, kata Hishamuddin Hamidon, Pengurus Besar, Kedai Ayamas.

Untuk hidangan ala’Carte, ayam panggang Oishii boleh dibeli dengan harga RM27.90 untuk seekor ayam, separuh ayam pada harga RM18.90, manakala suku ayam dijual pada harga RM13.90.

Ayam panggang Oishii juga boleh didapati dalam set yang berharga dari RM19.90 hingga RM30.90, serta Super Duper Deal pada harga RM45.00. Selaras dengan produk ini, barangan promosi termasuk minuman oren F&N 1.5L – RM1.99 (jimat 1.90), yoghurt Marigold pada harga RM1.69 (jimat 50 sen) , Drumet – RM12.99 (jimat RM3.00) , Golden nugget RM9.99 (jimat RM1.00) , minuman Peel Fresh 1L RM4.69 (jimat RM1.00) , Sosej Ayam Premium RM7.99 (jimat RM1.50) (perisa lada hitam/cendawan/keju) dan pelbagai produk Figo (jimat RM1.00).

Promosi dan pengiklanan ayam panggang Oishii merangkumi promosi di dalam stor, pengedaran iklan bercetak dari rumah ke rumah, dan juga secara online melalui pelbagai platfom media sosial untuk mendekati lebih ramai peminat.

Ayam panggang Oishii kini boleh didapati di semua cawangan Kedai Ayamas di negara ini untuk masa yang terhad sahaja , bermula dari 14 Januari 2014 hingga 31 Mac 2014.

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, sila layari www.kedaiayamas.com.my atau login ke laman Facebook Ayamas Roasters dan juga Twitter @ AyamasRoasters.

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *