Broadway Media Jalin Kerjasama Dengan B Channel

WP_20140318_14_33_59_Pro__highres copy

Jika sebelum ini pihak Broadway Media menjalinkan kerjasama dengan Trans TV, kali ini B Channel pula menjadi pilihan mereka. Dua program talk show yang terkenal ย B Channel ย iaitu Late Nite Show With Omesh dan Ladies Nite bakal ditayangkan di saluran Bintang ย (141) Indopekastro mulai April ini.

Kedua-dua talk show ini dipilih berdasarkan rating yang tinggi ketika ia ditayangkan di Indonesia.

IMG_1391

“Seperti yang semua sedia maklum, program-program Indopek yang kami bekalkan untuk siaran Bintang di Astro selama ini adalah program yang memang terbaik dan popular di Indonesia kerana kami mahu memastikan pelanggan dari Indonesia yang tinggal di Malaysia gembira dan berpuas hati,” ujar Shafirul Nizam Haron, Pengurus Besar Broadway Media.

“Kami memilih Late Nite Show With Omesh kerana hosnya Omesh punya ramai peminat dari program-program yang sebelum ini kami tayangkan sebelum ini.Seperti Ladies Nite pula, ia sebuah program yang membicarakan tentang wanita yang lebih urban dan fresh,” tambah beliau lagi.

WP_20140318_14_12_33_Pro__highres

Late Nite Show With Omesh yang merupakan talk show mengenai tokoh dan selebriti akan di tayangkan di saluran Bintang (Astro 141) setiap hari Khamis 9 malam, mulai 10 April ini.

Ladies Nite pula merupakan talk show yang mengangkat tema-tema yang dekat dengan penonton wanita. Talk show yang dikemudikan oleh Anya Dwinov akan ditayangkan di saluran Bintang (141) setiap Khamis jam 10 malam mulai 1 Mei ini.

 

Check Also

CSA Academy Lantik Ziana Zain Sebagai Duta Rasmi Kerana Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam dunia hiburan tempatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *