Bersedia Menangani Hari Dengan Kecerahan Segera

IMG_7304

Vaseline sentiasa komited dalam memberi wanita produk penjagaan kulit yang efektif bagi membolehkan mereka menikmati kulit yang cantik dan tampak sihat setiap hari. Ramai wanita Malaysia mengidamkan kulit yang lebih cerah dan ton kulit sama rata. Apabila kulit mereka menjadi lebih gelap, mereka memerlukan pencerahan kulit yang memberikan kecerahan serta-merta. Didorong oleh pemahaman penting ini, Vaseline Instant Fair telah diperkenalkan untuk memberikan wanita kulit yang lebih cerah dengan segera dan akan terus menjadi semakin cerah.

Dari segi kecantikan, wanita bukan sahaja mahukan hasil serta-merta, tetapi juga mendambakan kecantikan yang berpanjangan. Penyelesaian pencerah kulit yang berevolusi baharu ini mempunyai dua faedah berganda; ia memberikan wanita pencerahan kulit segera dan juga membuat kulit 4 kali lebih cerah*. Vaseline Instant Fair ialah jenisnya yang pertama di dunia yang dapat memberikan hasil pencerahan yang berkesan dan dengan serta-merta.

IMG_8185

“Kami sentiasa membaharui produk kami untuk memberikan wanita penyelesaian penjagaan kulit yang lebih berkesan. Vaseline memahami bahawa ramai wanita Malaysia mahukan kulit yang lebih cerah. Dengan pelbagai produk pencerahan kulit yang ditawarkan di pasaran, cuma sedikit sahaja tentang pencerahan yang belum pernah mereka dengar sebelum ini. Menyedari hakikat ini, Vaseline Instant Fair dihasilkan untuk memberikan wanita dorongan keyakinan yang lebih dengan kulit yang lebih cerah dengan segera yang akan terus menjadi semakin cerah,” kata Chong Yen Nee, Pengurus Jenama (Penjagaan Kulit), Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Tidak seperti penyelesaian pencerahan yang biasa, Vaseline Instant Fair diperkaya dengan teknologi pencerahan proprietari, Reflektor Mikro (Skin Micro Reflectors).  Teknologi berevolusi ini memantulkan cahaya daripada permukaan kulit supaya ia menjadi lebih cerah dan berseri-seri dengan serta-merta. Malah lebih daripada itu, Pencerah Kulit Bioaktif (Skin Lightening Bio-Actives) mencerahkan semula sel kulit gelap agar kulit semakin lama menjadi semakin cerah.

IMG_8041

Dalam keadaan cuaca panas sepanjang tahun, wanita Malaysia perlu menjaga dengan lebih rapi bagi mereka mengekalkan kulit yang cerah. Vaseline Instant Fair memastikan agar mereka tidak lagi perlu menunggu untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.

Vaseline Instant Fair ialah tambahan terbaru dalam rangkaian Vaseline Healthy White yang sedia ada. Vaseline Healthy White Instant Fair kini boleh didapati di pasar raya besar dan farmasi terkemuka pada harga runcit yang disarankan RM8.90 bagi 100ml, RM15.90 bagi 200ml dan RM22.00 untuk 400ml.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *