Blue Adakan Konsert Mac Ini

Berita gembira buat peminat boyband yang berasal daripada United Kingdom. Blue bakal beraksi di Kuala Lumpur pada 3 Mac ini.  Kumpulan yang cukup popular sekitar tahun 90an ini masih lagi mengekalkan anggota asal seperti Antony Costa, Duncan James, Lee Ryan dan Simon Webbe adalah dalam rangka tour mereka ke Asia.

Konsert anjuran KC and Friends Sdn Bhd dengan kerjasama Terry and The Cuz Sdn bakal berlangsung di Dewan Wawasan, Menara PGRM Kuala Lumpur bermula pada jam 8.30 malam.

Blue pernah tampil dengan beberapa buah album antaranya “All Rise” (2001), “One Love” (2002), “Guilty” (2003), “Roulette” (2013) dan “Colours” (2015).  Pastinya Blue akan membawakan lagu-lagu yang mengembalikan kegemilangan mereka seperti  “If You Come Back”, “Best In Me”, “U Make Me Wanna”, “Sorry Seems To Be The Hardest Word” dan sebagainya.

Peminat yang ingin menyaksikan persembahan Blue boleh mendapatkan tiket yang dijual dengan harga bermula RM98 hingga RM398, manakala tiket VVIP pula di jual dengan harga RM598.  Anda boleh melungsuri  www.myticket.asia untuk pembelian tiket.

 

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *