BOLLYBOOM DILJIT DOSANJH LIVE IN MALAYISA 2019

HITMAN SOLUTIONS dengan bangga mempersembahkan ’BOLLYBOOM DILJIT DOSANJH LIVE IN MALAYISA 2019’ pada 13 Disember 2019, Jumaat, jam 8 malam di KL LIVE, LIFE CENTRE, Kuala Lumpur. lni merupakan kali pertama kemunculan penyanyi popular ini di Malaysia dan sudah semestinya menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh penyanyi terkenal ini.

Lelaki berusia 35 tahun ini merupakan penyanyi, pelakon dan pengacara televisyen yang terkenal di India. Malah merupakan selebriti sosial media untuk industri Hindi dan Punjabi. Diljit merupakan anak kelahiran Punjab, India ini memulakan perjalanan seninya pada tahun 2004 melalui album Ishq Da Uda Ada dan kini merupakan salah seorang penyanyi terkenal di India.

“Hello Malaysia, kepada rakan media dan para peminat di Malaysia, saya berasa sangat teruja untuk mengadakan persembahan di Malaysia buat kali pertama. Saya sangat bersedia untuk menggegarkan kalian dengan lagu-Iagu hits saya. Sudah banyak yang saya dengar tentang Malaysia. Dan kali ini tiba masanya untuk saya mempersembahkan pada kalian bagaimana ’heavyweight bhangra’ dilakukan. Jangan lupa bersama-sama saya pada 13 Disember ini. Saya akan muncul bersama full band saya. Kita akan bersama-sama menjadikan hari tersebut sebuah hari bermakna buat kita semua. Jumpa nanti, Malaysia,”ujar Diljit.

Konsert ini bakal menyaksikan penerima anugerah ’Most Popular Song of The Year’ dan ’Best Bhangra Song of The Year’ Anugerah Muzik Punjabi PTC ini menyanyikan lagu-lagu hitsnya seperti Do You Know, 5 Taara, Put Jatt Da, Raat Di Gedi dan banyak Iagi.

Sebagai infomasi, Diljit Dosanjh sudah meraih 20 anugerah sepanjang bergelar penyanyi dan 7 anugerah melalui Iakonannya.

Diljit sudah memiliki 13 buah album, 21 buah Fllem Bollywood dan Punjabi serta 40 buah single sepanjang kariemya.

Lagu bertajuk Laembadgini sudah ditonton sebanyak 253 juta kali di laman YouTube, diikuti degan Iagu Do You Know sebanyak 139 juta kali dan Patiala Peg sebanyak 136 juta kali di laman muzik tersebut.

Tiket berharga RM249 (tiket biasa) masih boleh didapati secara pembelian online. Tiket ’early bird‘ yang berharga RM199 dan RM249 serta tiket RM299 (premium) telah habis dijual. Untuk pembelian ‘pakej’ upper deck para peminat boleh menghubungi talian +6012-5015783 / +6012-3805783 untuk tempahan.

Penjualan tiket konsert telah bermula Dada 4 November lalu di www.m icket.asia.

“DILJIT DOSANJH LIVE IN MALAYSIA”

Tarikh:  13 Disember 2019
Masa:  8 malam
Venue:  KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur
Harga tiket:  RM 249 (tiket biasa)
RM 299 (tiket premium) sold out
RM199 dan RM249 (early bird-sold out)
’Pakej’ upper deck,
Hubungi Talian:  +6012-5015783 / +6012-3805783 untuk tempahan.
Tiket:   www.myticket.asia

Press Conference Venue Sponsor and F&B partner:  Tandoor Grill, Kuala Lumpur
Money Transfer Partner:  RIA IME Sdn Bhd Airline Partner:  Malaysia Airlines
Digital Partner:  Seamless
Supported by:  Trish Events / Palvin Productions

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *