Brain Dead Janji Beri Persembahan Hebat di Muar Metal Fest 4

Brain Dead jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum, malah jenama ini juga telah lama menular di bibir para peminat mereka di luar Negara. Brain Dead yang ditubuhkan pada tahun 1988 juga pernah berkongsi pentas sewaktu mereka ‘membesar’ bersama di bawah panji-panji underground.

Tidak banyak bezanya di antara Brain Dead  yang di tubuhkan pada tahun 1988 dengan Brain Dead terkini, bezanya hanyalah pada silih bergantinya line up.  Jika di awal kemunculan Brain Dead dibarisi oleh Hashim, Ein, Malex dan Shahrin namun kini tempat Shahrin telah digantikan oleh Lan Bye.

Pernah tampil dengan sebuah album “From The Ecstacy” yang telah diriliskan pada tahun 1992 dan di keluarkan oleh Dark Journey Records.  Pastinya lagu-lagu ‘berhantu’ mereka seperti Eternal War, The 7th Winds, Spirits of Heloisa dan sebagainya menjadi sebahagian daripada proses pembesaran peminat muzik bawah tanah dari dahulu hingga kini.

“InshaAllah untuk persembahan kami di Muar Metal Fest 4 ini, Brain Dead akan memberikan komitmen yang jitu kepada peminat muzik ekstrim metal yang hadir pada 13 Mei nanti”, ujar Ein Possessor selaku vokalis dan bassis kumpulan Brain Dead.

“Ini adalah kali pertama kami beraksi di Muar atau lebih dikenali sebagai Bandar Maharani, lantaran itu buat peminat yang rindukan persembahan mendayu daripada band ‘orang tua’ datanglah ke pesta muda mudi itu nanti”

Pesta muzik yang dikenali sebagai “Muar Metal Fest” ini adalah anjuran hasil kerjasama erat di kalangan kelompok peminat seni muzik iaitu Persatuan Belia Komuniti Muzik Muar dan Muar Metal Maniac.

“Ini adalah tahun ke empat penganjuran Muar Metal Fest sejak ianya di perkenalkan pada tahun 2013, Alhamdulillah lantaran sambutan yang menggalakkan di kalangan peminat tegar menjadikan ianya acara wajib yang perlu di adakan saban tahun”, ujar Eddy selaku teraju utama penganjuran konsert ini.

Brain Dead juga diberitakan bakal tampil dengan album baru yang berkemungkinan besar bakal diriliskan pada pertengahan tahun ini.  Apa yang pasti ianya pasti mengujakan peminat yang dahagakan buah tangan terbaru daripada mereka.

“Kami juga akan turut memperdengarkan beberapa buah lagu terbaru yang pastinya berbeza daripada apa yang telah anda dengar sebelum ini, namun ‘killer songs’ pastinya turut bergema di Muar ”, ujar Ein lagi.

Selain Brain Dead, Muar Metal Fest 4 juga bakal diserikan dengan beberapa buah kumpulan lagi antaranya ialah Hereafter, Succubus, Inhuman, Putrefied Remains, Flaying The Flesh, Al Azazhil, Coronation, As I End dan beberapa kumpulan lagi.

Muar Metal Fest 4 akan berlangsung di Dewan Persatuan India Muar pada 13 Mei ini.  Peminat ekstrim metal yang ingin menyaksikan kehebatan pemuzik-pemuzik tempatan berkarya boleh mendapatkan tiket berharga RM30 sahaja.  Tiket-tiket hanya akan di jual di lokasi konsert berlangsung.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *