Brawk Lahir Dari Percampuran Minat yang Berlainan

Brawk mungkin tidak membawa erti apa-apa, namun disebalik itu tercantumnya idea daripada minat muzik yang berbeza itulah yang menjadikan ianya sebuah erti yang hanya di mengertikan oleh setiap individu yang menjadi tunjang kepada Brawk.

Dibarisi oleh individu yang punya pengalaman yang luas dalam industry muzik bawah tanah apatah lagi pernah membarisi jentera yang cukup dikenali jenamanya di persada muzik underground.

Man selaku bassis (ex-Assault), Emri selaku drummer (Blind Tribe), Roi selaku gitaris (Inhuman Sufferance/Sil Khannaz/Central Disposal) dan Assy selaku vokalis (Splatters) adalah individu yang memperkukuhkan jenama Brawk itu sendiri.

Biarpun usia kumpulan ini boleh dibilang dengan jari namun kesepakatan serta komitmen jitu yang ditunjukkan menjadikan mereka begitu serius lantaran itu wujudlah sebuah demo yang berjudul “Never Join The Army”.  Demo yang mempertaruhkan 5 buah lagu ini tetap di zahirkan dengan cukup teliti samada dari segi sistem bunyi serta proses pembungkusan.

Apa yang menarik demo ini didatangkan dengan cetakan berkualiti yang mana ianya tidak harus diperlakukan untuk sebuah kumpulan baru seperti mereka.  Apa yang pasti kesemua lagu yang di muatkan lebih berinspirasikan nuansa punk rawk dan crossover sepertimana konsep yang ditunjangi mereka.

Mungkin pengaruh Asy yang sebelum ini pernah bersama Splatters menjadikan nuansa seumpamanya sebagai paksi.  Vokal Asy masih lagi bernadikan band-band sealiran yang menghamburkan lontaran seakan Brit Punk.  Mereka turut memuatkan sebuah lagu saduran daripada The Go Go’s (We Got The Beat).

Friends By My Side, Never Join The Army, Leave Us Now dan Kami Brawk pasti akan mengajak untuk anda bernyanyi serta menari bersama.  Inilah muzik Brawk yang cukup santai apatah lagi ketika anda menyaksikan mereka beraksi di atas pentas.  “Never Join The Army” ternyata berjaya menempatkan jenama Brawk di hati pendengar muzik underground masa kini.

Seandainya anda adalah pengikut tegar Sex Pistol, Black Flag, Chaos UK, The Misfits, Stiff Little Fingers dan yang seangkatan dengannya, saranan saya dapatkan demo ini yang kini sedang beredar di pasaran bawah tanah.  Hayatilah tiap melodi yang di lontarkan nescaya anda akan turut menari.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *