BROS Kini 10 Tahun

04 Terence Lee, Business Development Director of BROS-Living Wing Sdn. Bhd. posing with the newly launched 10th range Kristal Klear series

Ia merupakan sepuluh tahun perjalanan yang gemilang buat BROS. Tahun ini, BROS meraikan ulang tahun ke-10 dan masih berpegang kuat dalam misinya untuk mengeluarkan botol air berkualiti tinggi berserta rekaan-rekaan menawan; kesemuanya mengutamakan kepentingan alam semula jadi. Seiring dengan ulang tahun tersebut, BROS turut melancarkan rangkaian botol air baharu – siri Kristal Klear.

BROS yang ditubuhkan pada tahun 2004 sehingga kini masih mengekalkan komitmennya dalam berkongsi tanggungjawab sejagat terhadap bumi menerusi penghasilan botol air yang boleh diguna pakai dan dikitar semula. BROS amat komited dalam menggalakkan masyarakat untuk mengurangkan jejak karbon menerusi penggunaan botol air diguna pakai berbanding botol air pakai buang. Sejak sedekad lalu, syarikat ini telah berkembang daripada hanya mengeluarkan botol air polikarbonat lut cahaya berwarna sehingga kepada pelbagai rangkaian botol air bersama rekaan unik, aksesori dan bekas makanan untuk para pelanggannya.

08 The new BROS Kristal Klear range

Pada majlis sambutan ulang tahun ke-10 BROS, Pengarah Pembangunan Perniagaan BROS ? Living Wing Sdn. Bhd., Terence Lee Soon Teck berkata, “Setiap tahun terdapat lebih 30 bilion botol air plastik terkumpul di tempat-tempat pelupusan sampah di seluruh dunia ekoran kekurangan kadar kitar semula yang dimilikinya. Sebahagian lagi berselerakan di saluran-saluran perairan sehingga ke lautan. Bagi membantu mengurangkan statistik buangan ini, BROS menyediakan rangkaian botol air dan bekas makanan yang tinggi fungsi guna pakai dan kitar semula. Setiap produk BROS yang dihasilkan bertujuan untuk penggunaan berulang. Ia juga mempunyai kelebihan tambahan – anda boleh minum air (hampir) percuma dengan selesa di rumah, pejabat, sekolah dan kini di tempat-tempat awam. Jadi kita juga dapat menjimatkan wang daripada membeli air dan dalam masa yang sama kekal sihat.”

BROS sememangnya telah meningkatkan tahap rekaan dan kreativiti pada botol air menerusi penerapan rekaan menyeronokkan, menarik dan menawan dalam setiap produk mereka. Waktu pengguna hanya memiliki satu pilihan warna botol air dengan rekaan ringkas telah lama berlalu. Dengan adanya BROS, para pengguna kini mampu berbangga bersama botol air berciri individualistik, berwarna-warni dan artistik.
Tambah Lee, “Kesemua produk BROS dihasilkan sendiri oleh kumpulan pereka berbakat dalam syarikat kami yang turut mereka cipta produk tersebut melalui kombinasi elemen kreatif dan idea inovatif. Setiap produk BROS menampilkan kreativiti kami dan menekankan ciri kesenian bagi menangkap perhatian pelanggan; hasilnya ialah rekaan botol air yang funky dan menepati gaya hidup seseorang! Jadi, pastikan tahap hidrasi anda dikekalkan dengan penuh bergaya walau di mana anda pergi dan apa yang anda lakukan.”

Bagi meraikan ulang tahun ke-10 mereka dalam industri perniagaan, BROS telah merencana pelbagai aktiviti mengujakan dalam bulan-bulan terpilih sepanjang 2014. Antara aktivitinya ialah promosi BROS E-Store, pelancaran siri botol air Kristal Klear, ‘The Water Project’ ? – kerjasama tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama World Vision, ‘Program BROS 321 Bottle Trade-In’ dan tidak lupa ‘Colour Up with BROS’ – aktiviti mewarna dengan sedikit kelainan.

26 Mei – 15 Jun

BROS E-Store
– 30% diskaun untuk kesemua produk dalam talian sepanjang tempoh promosi.
– http://www.bros-store.com/
Jun
Sambutan Ulang Tahun ke-10
– Siri botol air Kristal Klear, rangkaian ke-10 produk BROS dilancarkan di pasaran.
September – Oktober
Program BROS 321 Bottle Trade-in
– Program ini kembali berikutan permintaan popular dan maklum balas positif pelanggan.
– Rangkaian produk dan reka bentuk terpilih akan ditawarkan kepada pelanggan.
Oktober The Water Project
– Usaha kerjasama dengan World Vision ? pertubuhan bukan berasaskan keuntungan bagi mengutip dana untuk projek air bersih buat komuniti yang memerlukan.
– Penghasilan beberapa siri botol air edisi terhad dengan kolaborasi barisan selebriti World Vision.
Julai – Disember Colour Up with BROS
– 4 botol air rekaan istimewa BROS untuk pelanggan berseronok mewarnakannya menggunakan marker pewarna berasaskan minyak yang disediakan di lokasi program.

BROS telah menjual lebih 4 juta botol air sejak 10 tahun lalu. Selain Malaysia, BROS kini boleh didapati di enam negara termasuk Singapura, Taiwan, China, Indonesia, Australia dan Kanada. Kesemua produk BROS 100% bebas BPA dan mematuhi standard FDA Amerika Syarikat dan LFGB Jerman; kedua-duanya merupakan organisasi yang diakui dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

BROS KRISTAL KLEAR

Rangkaian Kristal Klear direka terperinci bagi mempamerkan kecantikan dan nilai eksklusifnya. Ia didatangkan dalam 4 saiz yang terdiri daripada 400ml straw, 800ml, 1000ml dan 1500ml. Ia juga bebas BPA dan menerusi variasi saiznya, Kristal Klear sesuai untuk kegunaan setiap ahli keluarga. Siri Kristal Klear boleh didapati di pasaran bermula Jun pada harga bermula RM27.90 hingga RM35.90.

Produk BROS yang lain seperti Mug2GO, Alooart, Crystal Plus+, Junior dan Pure Series juga boleh diperoleh di gedung-gedung utama, pasar raya besar terpilih, rangkaian pasar raya dan peruncit di seluruh negara termasuk kedai dalam talian BROS di www.bros-store.com

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bros.com.my.

Check Also

BAZAR RAMADAN HABIB Bermula 22 Sehingga 24 Mac 2024

Sebagai persediaan hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi, HABIB berkongsi keterujaan untuk menyambut …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *