BURGER KFC ZINGER REMIXED

PIC 1

Berpegang teguh kepada janji untuk menggemparkan peminat setia dengan sesuatu yang berbeza setiap kali, KFC Malaysia memperkenalkan Zinger Remixed, burger ayam baru yang sememangnya lebih unik lagi berbeza!

Burger Zinger Remixed adalah gabungan filet Zinger rangup kegemaran anda, diapit dengan ban oat lembut, dilapisi dengan kepingan jalapeno pedas dan sos istimewa citarasa Asia. Ledakan perisa dalam burger Zinger Remixed pasti akan memberikan anda kepuasan dengan setiap gigitan!

“Dengan slogan ‘Gemparkan cetusan rasa yang hebat’ burger Zinger Remixed baru ini sememangnya istimewa dengan gabungan citarasa yang mengagumkan. Dari kepingan jalapeno pedas hingga ke sos citarasa Asia yang lazat, anda pasti terpikat dengan kelazatannya yang sungguh membangkitkan selera,” kata Ling Mee Jiuan , Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

PIC 2

“Pasukan R&D kami di KFC sentiasa mencari peluang untuk mencipta sesuatu yang baru bagi memenuhi selera peminat-peminat burger kami. Dengan ramuan yang berkualiti dan citarasa yang boleh dinikmati oleh semua, selain harga yang amat berpatutan dan mampu dibeli oleh semua orang, kami yakin bahawa produk ini akan menjadi popular bukan sahaja di kalangan golongan muda, malah juga mereka yang berjiwa muda. Pelanggan yang sentiasa mencari kelainan, mereka pasti akan berpuas hati dengan keenakan dan keunikan rasa burger baru ini,” tambah beliau.

PIC 3

Burger KFC Zinger Remixed boleh didapati melalui hidangan ala’carte daripada harga RM7.25 dan juga dalam kombo yang mengandungi empat keping kentang hash rounds dan satu minuman berkarbonat, kesemuanya dengan harga berpatutan RM9.95. Bagi mereka yang inginkan hidangan yang lebih mengenyangkan, burger ini juga tersedia dalam versi Hot Box iaitu tambahan seketul ayam goreng pada harga RM11.85 (harga berbeza mengikut lokasi.)

Untuk capaian pelanggan yang lebih luas, strategi pengiklanan dan promosi bagi burger KFC Zinger Remixed merangkumi pengiklanan di TV dan radio, media online, dan titik bahan jualan (POSM). Burger KFC Zinger Remixed terbaru kini boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara untuk jangkamasa terhad bermula 8 Mei 2014,  sementara stok masih ada.

Check Also

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *