Burger King  memperkenalkan restoran berkonsepkan barbeku dalam taman pertama di Malaysia

Burger King  buat pertama kali di Malaysia memperkenalkan restoran konsep barbeku dalam taman sempena meraikan pembukaan cawangan restoran ke -100 jenama itu pada 18 Januari 2020.

Restoran yang terletak di tingkat bawah  Pusat Beli-belah IPC ini diperkenalkan untuk mewujudkan suasana yang lebih memberansangkan supaya para pelanggan dapat menikmati pengalaman sebenar memakan burger panggang asli disamping mendekatkan lagi para pelanggan kepada asal usul jenama berkenaan.

Dunia makanan segera semakin berkembang pesat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Burger King Malaysia, Ng Lee Tieng.

“Jika dahulu makanan segera sinonim dengan burger dan kentang goreng yang disediakan dalam masa yang paling singkat, kini tidak lagi. Permintaan para pelanggan masa kini lebih tinggi. Walaupun mereka memilih untuk makan di makanan segera, mereka mahukan suasana ruang makan yang unik dan makanan yang berkhasiat yang disediakan dengan bahan-bahan asli yang juga disediakan dalam masa yang paling singkat.

“Burger King telah menghidangkan burger panggang 100 peratus asli sejak awal penubuhannya lagi. Oleh itu, kami merasakan bahawa dengan menyediakan persekitaran yang mencerminkan menu jenama ini, kami akan menawarkan pengalaman sempurna bagi pelanggan untuk menikmati 100 peratus rasa sebenar keenakan burger panggang,” kata Ng  sambil menambah,  konsep reka bentuk panggang dalam taman 20/20 yang baru diumumkan itu sudah diperkenalkan di United Kingdom  pada tahun 2015.

Menjelaskan reka bentuk terbaharu ini, Ng berkata bahawa restoran itu memaparkan konsep baru menggunakan bahan binaan seperti buluh, batu bata, tembaga semulajadi dan ukiran kayu untuk memperkasakan tradisi yang mengangkat hidangan jenis panggang yang sebenar.

Berkenaan mengapa Burger King Malaysia telah memilih untuk melaksanakan konsep baru sebagai reka bentuk untuk restoran ke-100, Ng menambah bahawa pembukaan cawangan ke-100 merupakan pencapaian besar bagi jenama itu dan ia adalah bukti keutuhan jenama tersebut dan sokongan dari pelanggan di Malaysia kepada burger panggang asli  sejak penubuhannya 23 tahun lalu.

Oleh itu, Burger King berharap suasana baru yang ditawarkan kepada pengunjung bukan saja akan membezakan jenama  itu dengan rangkaian makanan segera lain,  tetapi berupaya meningkatkan pengalaman sebenar menikmati hidangan  burger panggang yang 100 peratus dipanggang menggunakan bara api.

“Mewujudkan kelainan reka bentuk restoran ke-100 ini antara salah satu daripada pelbagai inisiatif kami  untuk mewujudkan suasana ruang makan lebih memberansangkan deria rasa pelanggan kami supaya mereka mendapat pengalaman makan yang menyeluruh ketika menikmati burger kami yang diperbuat dengan bahan-bahan asli yang bebas bahan tiruan, penambah makanan,  pengawet dan pewarna makanan.

“Di Burger King Malaysia, kami komited untuk menghidangkan kepada bahan-bahan premium melalui resipi istimewa kami untuk memaniskan lagi pengalaman makan sekeluarga,” kata Ng sambil menambah bahawa Burger King berhasrat membuka 50 cawangan lain di seluruh Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang.

Dalam meraikan pembukaan restoran ke-100 di Malaysia, Burger King akan memberikan 100 burger percuma di semua cawangannya di seluruh negara kecuali cawangan yang terletak di lapangan terbang dan Sunway Lagoon pada 18 Januari 2020.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *