“Cinta Kura-Kura” ~ Tampilkan elemen 3D

Sebagai peneraju penerbitan filem dengan penggunaan kesan khas (CGI), KRU Studios sekali lagi meneruskan tradisi untuk memberikan kelainan kepada peminat industri perfileman tempatan dengan menampilkan elemen animasi 3D didalam filem terbarunya berjudul ”Cinta Kura-Kura”. “Cinta Kura-Kura” merupakan filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi dibawah arahan Nizam Zakaria yang buat julung kalinya diberikan peluang untuk menjadi pengarah bagi filem ke 10 terbitan KRU Studios.

Dalam filem “Cinta Kura-Kura” Adam dilakonkan oleh Airel Zafrel, Nani oleh Tiq Zaqyah, Fazli oleh Fizz Fairuz dan Amin oleh Bob AF.Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini buat julung kalinya menampilkan teknologi CGI bagi animasi (character animation) bagi watak Nico, Mira (Fara Fauzana) dan Atuk (Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha) disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum. 

KRU Studios juga meneruskan tradisi mempromosikan filem melalui lagu dan yang terbaru menerusi lagu “Tiga Kata” ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim nyanyian trio adik-beradik KRU. Disamping itu, sebuah lagu lagi akan ditampilkan didalam filem ini diberi judul “Pencinta Terbaik”

Sinopsis

“Cinta Kura-Kura” mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani lakonan Tiz Zaqyah bersama binatang peliharaannya, Nico (Zizan Raja Lawak). Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin (Bob AF). Jiran Nani, Adam lakonan Airel Zafrel telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Walaubagaimanapun Nico mempunyai calon pilihannya sendiri sebagai teman hidup Nani iaitu Fazli (lakonan Fizz Fairuz), seorang pemilik kedai binatang peliharaan yang mempunyai agendanya tersendiri. Kehidupan mereka menjadi huru-hara apabila Nico mula campur tangan dengan kehidupan manusia.

“Terima Kasih kepada KRU Studios”

 

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *