Wednesday , April 21 2021

Clever Girl Malaysia musim terbaharu bermula!

Clever Girl Malaysia, sebuah program realiti “gameshow” TV3 yang menampilkan 14 gadis pintar dari seluruh Malaysia kembali dengan musim kedua! Pada musim lepas, kita telah menyaksikan ketangkasan dan kepintaran Fatin dari Kelantan ketika menjawab kuiz yang diberi sehingga beliau berjaya dinobatkan sebagai Clever Girl Malaysia pertama sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Memasuki musim terbaharu, pencarian gadis-gadis bijak ini bermula pada 1 April dan akan berakhir pada 7 Mei 2017. Peringkat pertama sesi uji bakat akan berlangsung di 6 lokasi sekitar seperti berikut:

  • 1 April – The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang
  • 8 April – Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
  • 15 April – Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
  • 22 April – Persada Johor Convention Centre, Johor
  • 29 April – Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang
  • 6 & 7 Mei – Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor

Terbuka kepada peserta wanita yang berada dalam lingkungan usia 18 hingga 30 tahun, warganegara Malaysia, berperwatakan menarik dan mempunyai pengetahuan yang luas merupakan kriteria utama untuk menyertai Clever Girl Malaysia.

Terdapat satu lagi cara untuk menyertai program ini. Selain daripada menghadiri sesi uji bakat Clever Girl  Malaysia, gadis-gadis yang celik media sosial boleh mencalonkan diri mereka sendiri atau rakan-rakan lain di laman sosial Instagram dengan memuatnaikkan rakaman video berdurasi 60 saat dengan hashtag #clevergirlmy, beserta huraian “mengapa anda adalah Clever Girl yang kami cari” atau  “mengapa rakan anda adalah seorang Clever Girl”. Jangan lupa untuk tetapkan akaun Instagram sebagai umum (public). Peserta yang berjaya akan dihubungi melalui akaun Instagram mereka untuk ke peringkat saringan.

Peringkat kedua uji bakat pula merangkumi ujian penulisan di mana para peserta harus menjawab 30 soalan pengetahuan am, dan sesi temu bual di hadapan kamera yang menguji personaliti mereka. 28 peserta yang berjaya kedua-dua peringkat uji bakat ini akan disenaraipendekkan untuk menyertai “boot camp” Clever Girl Malaysia yang akan diadakan dengan kerjasama Mensa pada bulan Mei ini.

Puan Zurina Othman, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, berkata, “Clever Girl Malaysia merupakan program realiti ‘gameshow’ Nombor 1 di Malaysia. Konsepnya yang berbeza daripada program realiti lain berjaya menarik perhatian penonton kami. Atas respon penonton yang memberangsangkan, kami meneruskan program ini untuk musim kedua. Kami yakin, sesi uji bakat kali ini juga akan mendapat sambutan hangat setelah peserta-peserta tahun lalu menjadi inspirasi kepada gadis-gadis di luar sana untuk menunjukkan kepintaran mereka.”

Anda berani menyahut segala cabaran untuk menjadi gadis terpintar di Malaysia yang seterusnya? Marilah sertai sesi uji bakat Clever Girl Malaysia yang akan diadakan pada 1 April – 7 Mei 2017 ini!

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/clevergirl dan ikuti juga laman sosial FacebookTwitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Check Also

Album ‘BELAGU’ Dayang Nurfaizah Kini Telah Berada Di Pelantar DIgital

Selepas 15 tahun melancarkan album kontemporari klasik ‘Kasih’ pada tahun 2005, Dayang Nurfaizah hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!