Da’i Fuad, Hamidah & Hidayu Ke Pentas Akhir Da’i Pendakwah Milenia Musim Ketiga

Da’i Fuad, Hamidah & Hidayu Ke Pentas Akhir Da’i Pendakwah Milenia Musim Ketiga | Walaupun terselamat daripada penyingkiran suku akhir lalu, ternyata rezeki tidak berpihak buat peserta paling tua iaitu Da’i Luqman atau nama sebenarnya Luqmanul Hakim bin Joohari di pentas Da’i Pendakwah Milenia musim ini. Da’i Luqman menyampaikan tazkirah mengenai Bahtera Nabi Nuh. Menurut juri Ustaz Sharhan Safie, sememangnya Da’i Luqman sentiasa tampil penuh bersemangat dengan memek muka yang menjadikan persembahannya hidup. Namun kerana Da’i Luqman fokus pada isi-isi yang kurang penting, tazkirah lima minit beliau dilihat sedikit kosong dengan pengetahuan dan pengajaran untuk disampaikan kepada penonton.

Peserta, Murabbi & mursyid
Peserta, Murabbi & mursyid

Pentas separuh akhir menguji kesemua finalis untuk menyampaikan tazkirah pendek dengan tema Amanah Khalifah. Berikut adalah butiran langjut mengenai topik yang dihuraikan oleh empat peserta bagi minggu separuh akhir:

No. PESERTA TAJUK MARKAH
1 Da’i Fuad

Nama Penuh: Ahmad Fuad Bin Mohd Mokhtar

TASWIT: #daifuad

 

5 Alam

Menceritakan alam-alam yang akan dilalui oleh manusia.

78.3 %

(layak tanpa melalui Imtihan)

 

2 Da’i Hamidah

Nama Penuh: Hamidah Binti Ab Razak

TASWIT: #daihamidah

 

Viral! Berdosakah Aku?

Berkongsi sesuatu informasi yang belum pasti benar atau salah

 

 

82.3 %

(dengan imtihan)

3 Da’i Hidayu

Nama Penuh Nur Hidayu binti Mohd Kamil

TASWIT: #daihidayu

 

Solo Atau Jemaah?

Kebaikan solat jemaah yang memupuk kemuafakatan dan kekuatan.

80 %

(dengan imtihan)

4 Da’i Luqman (Tersingkir)

Nama Penuh: Luqmanul Hakim Bin Joohari

TASWIT: #dailuqman

 

Kisah Nabi Nuh: Keluarga Atau Bahtera?

Menceritakan mengenai keluarga Nabi Nuh yang ingkar pada suruhan Allah S.W.T

79.4 %

(dengan imtihan)

Da’i Fuad, menjadi peserta pertama layak ke pentas akhir apabila mengutip markah tertinggi bagi persembahan tazkirah iaitu 78.3%. Da’i Fuad menyampaikan tazkirah bertajuk 5 Alam yang menceritakan mengenai alam-alam yang akan dilalui oleh manusia. Ustaz Sharhan Safie menyifatkan persembahan Da’i Fuad pada awalnya agak mendatar tetapi mencapai kemuncak apabila Da’i Fuad memberi sentuhan penuh dramatik menceritakan mengenai Alam Barzakh dengan penggunaan keranda yang pastinya mengingatkan manusia perihal kematian. Datuk Ustaz Kazim Elyas memberi pujian dengan menyatakan persembahan Da’i Fuad telah menarik perhatian rakyat Malaysia.

Da'i Fuad
Da’i Fuad

Da’i Hamidah pula menjawab persoalan Dato’ Aliff Syukri, Pengarah Urusan D’Herbs Holding Sdn Bhd, mengenai video viral di laman media sosial. Persembahan Da’i Hamidah untuk peringkat separuh akhir ini dikatakan agak mendatar dan kurang fokus pada pengisian yang betul-betul dapat menjadi iktibar buat para penonton oleh Ustaz Harryanto. Mursyid juga kelihatan kecewa dengan persembahan Da’i Hamidah kerana dilihat tiada pembaharuan.

Da'i Hidayu
Da’i Hidayu

Da’i Hidayu dilihat menyerlah untuk peringkat separuh akhir ini apabila Ustazah Norhafizah Musa memuji prestasi Da’i Hidayu yang menyampaikan topik Solo atau Jemaah yang menyelitkan kisah kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh yang penuh karisma. Beliau kelihatan yakin, santai, berinteraksi dengan penonton dengan susunan isi yang teratur memberi kelebihan buat Da’i Hidayu. Mursyid pula mengatakan ini adalah persembahan terbaik Da’i Hidayu.

Da'i Hamidah
Da’i Hamidah

Da’i Hamidah, Da’i Hidayu dan Da’i Luqman perlu melalui Imtihan apabila Ustaz Elyas memohon kepada Mursyid agar mereka diberi peluang sama rata kerana mereka masing-masing punya kelebihan untuk ke pentas akhir. Kesemua mereka hanya berjaya menjawab dua soalan yang betul daripada tiga soalan yang ditanyakan oleh para juri. Dan ternyata walaupun dengan imtihan, nasib masih juga tidak menyebelahi Da’i Luqman apabila beliau mengutip markah terendah dan perlu meninggalkan pentas Da’i Pendakwah Milenia.

Da'i Luqman
Da’i Luqman

Antara selebriti yang hadir sebagai juri awam bagi peringkat separuh akhir ialah Izzue Islam, Aepul (Drama Band), Cef Fikree, Leez, Mira Filzah, Ameera Zaini, Yatt Hamzah, dan Dayah Bakar. Pentas akhir Da’i musim ketiga akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 18 Oktober ini. Penonton juga boleh membantu peserta Da’i kegemaran melalui undian Taswit yang memberikan peserta kelebihan 10 markah daripada markah keseluruhan. Taswit boleh dibuat di laman web rasmi Da’i musim ketiga ini iaitu www.tv3.com.my/dai sepanjang persembahan berlangsung. Milik siapakah gelaran Penggerak Revolusi Dakwah musim ini dan juga wang tunai RM50,000? Segalanya bakal terjawab Ahad ini, jam 9 malam di TV3.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *