DE FAM kembali dengan ‘PANAS’

Setelah sunyi tanpa karya terbaru hampir dua tahun lamanya, kemunculan semula penyanyi wanita berkumpulan De Fam memang sangat dinantikan peminat. Kali terakhir De Fam melancarkan lagu adalah menerusisingle ketiga ‘Bila Ada Kamu’ hasil kolaborasi mereka bersama Alif and Aman Ra pada tahun 2017. Terdahulu, kumpulan yang dianggotai  tiga gadis cantik yang dikenali sebagai Sophia Liana‎, ‎Cik Manggis‎ dan ‎Azira Shafinaz ini pernah popular dengan single debut ‘#Supergirls’ pada tahun 2015, sebelum tampil dengan single kedua ‘With You’ bersama penyanyi Amerika Syarikat, Brandon Beal, pada tahun 2016. Namun pada Februari lalu, trio wanita ini kembali mencuri perhatian dengan persembahan bertenaga mereka di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) menggantikan rapper tersohor Altimet menyampaikan lagu ‘Bunga’.

Sambutan menggalakkan dan reaksi positif peminat yang merindui aksi mereka di pentas, memberi semangat dan inspirasi kepada mereka untuk kembali memanaskan industri muzik menerusi single terbaharu mereka berjudul “Panas”. Persembahan De Fam di pentas  Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) pada 22 September lalu bagi memperkenalkan single keempat mereka ini, telah berjaya menaikkan keterujaan peminat dan menghangatkan lagi suasana menjelang tarikh“Panas” dilancarkan pada hari ini.

Panas” merupakan ciptaan sepenuhnya komposer dan rapper tersohor Alif yang turut bertindak selaku penerbit rakaman lagu ini. De Fam yang kini bernaung di bawah Warner Music Malaysia, single yang disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu ini turut mengangkat tema memperkasakan wanita, sebagaimana lagu mereka sebelum ini. De Fam mengharapkan taruhan terbaru mereka ini mendapat sambutan menggalakkan dari peminat muzik tempatan dan mesej positif dalam lagu ini berjaya memberi inspirasi kepada wanita di luar sana.

Single terbitan dan edaran Warner Music Malaysia. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 27 SEPTEMBER 2019.

Pautan untuk “PANAS” : https://wmm.lnk.to/defamPANAS

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *