Diva Malaysia Live “Queen Of The City” ft Ziana Zain, Ning Baizura & Noryn Aziz

SWFlyers

Gabungan tiga nama hebat, tiga vokal tersendiri dan tiga ratu yang sentiasa dekat di hati peminat. Kali ini mereka disatukan dalam satu pentas yang diberi judul Diva Malaysia Live, Queen of The City. Dan pastinya kolaborasi julung-julung kali ini perlu diberi perhatian buat para peminat yang sentiasa ingin melihat artis kesayangan mereka beraksi di pentas yang lebih bersifat intimasi.

Noryn Aziz, Ning Baizura dan Ziana Zain, tiga nama dengan kelas tersendiri ini disatukan dalam pentas Minggu Setiausaha yang dibawakan oleh Switch On Entertainment Sdn Bhd. Bukan satu, malah dua lokasi akan menyaksikan bintang ini beraksi khas buat para peminat di bulan raikan Setiausaha.

Hotel Shangri La Kuala Lumpur dan Persada International Convention Centre Johor Bahru dipilih kerana dilihat sebagai lokasi yang berpotensi dalam meraikan majlis ini. Malah Johor Bahru juga menjadi salah satu lokasi kerana dilihat mampu menarik perhatian para peminat serta golongan Setiausaha dari Singapura.

Shahriz Taher yang merupakan Pengarah Urusan Switch On Entertainment Sdn Bhd memanjatkan rasa syukur kerana dapat mengadakan acara tahunan ini buat kali pertamanya dibawah anjuran syarikat beliau. Mewakili Switch On Entertainment Sdn Bhd, Shahriz menyatakan hasrat beliau untuk menaikkan nama artis-artis Malaysia yang sewajarnya menjadi pilihan untuk meraikan minggu setiausaha kali ini.

“Ini merupakan kali pertama syarikat kami mengadakan Minggu Setiausaha. Bertemakan Diva Malaysia Live: Queen Of The City dipilih kerana kami melihat kriteria tersendiri yang terdapat pada artis yang menjadi pilihan kami serta peminat. Ning Baizura, Ziana Zain dan Noryn Aziz, nama yang cukup besar sebagai penyanyi tanah air dan mempunyai gaya auntentik dan tersendiri. Melihatkan mereka mempunyai peminat yang cukup setia sepanjang perjalanan karier mereka, kami rasa mereka memang ratu di hati peminat-peminat,” ujar Shahriz yang menubuhkan Switch On Entertainment Sdn Bhd bersama 4 orang rakan baiknya pada awal tahun ini.

Malahan menurut Shahriz lagi, jika dilihat kepada portfolio ketiga-tiga artis ini, kejayaan karier mereka bukan sahaja tercatat megah dalam negara malah mereka membentuk kegemilangan tersendiri di luar negara dengan anugerah yang mereka perolehi.

Selain tiga artis ternama tersebut dilihat berpotensi besar dalam meraikan Minggu Setiausaha kali ini, Switch On Entertainment Sdn Bhd juga mengketengahkan dua hos utama iaitu Ifa Raziah dan Syarifah Shahira sebagai pengemudi majlis. Manakala Roslan Shah, kumbang dalam kuntuman-kuntuman bunga Queen Of The City dilihat sebagai individu yang mampu meraih kemeriahan dalam majlis tersebut kelak.

“Ifa Raziah dan Syarifah Shahira dipilih berdasarkan kepetahan mereka dan kami mahu mengangkat wajah-wajah baru dalam Minggu Setiausaha. Mereka juga dipilih kerana mempunyai unsur-unsur Diva dalam karakter mereka,” ujar Shahriz

Acara pementasan Minggu Setiausaha kali ini turut digahkan dengan kemunculan Aylwin Santiago sebagai Pengarah Muzik. Dengan muzik yang dibawakan secara ‘live band’, pastinya acara selama lebih kurang tiga jam ini dirasakan lebih segar dan gah.

Hosts:

Ifa Raziah
Sharifah Shahira
Roslan Shah

Organized By: Switch On Entertainment Sdn Bhd

Ticketing Information:

Ticket Prices:

Platinum – RM 750+ per person / RM 7,500+ per table for 10 person.
Gold – RM 650+ / RM 6,500+
Silver – RM 550+ / RM 5,500+
Bronze – RM 450+ / RM 4,500+

Potongan 5% diberikan untuk pembelian awal
Pembeli PLATINUM akan berpeluang untuk sesi Meet & Greet bersama artis-artis
Terdapat cabutan bertuah eksklusif serta hadiah Best Dress yang berharga RM 25,000.00

For More Information:

Phone: +603 91710963 / +603 91710940 / +6013 3749126 / +6018 2036811
FB: www.facebook.com/switchonentertainment?fref=photo

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *