Dua Persembahan Tambahan Untuk Hi-5 House Hits 2014

Hi4-poster20x30

Kumpulan muzik kanak-kanak paling laris, Hi-5 diakui sangat popular di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Sejak tarikh persembahan. Hi-5 House Hits 2014 Live in Malaysia diumumkan penghujung September lalu, sambutan yang diterima daripada peminat tempatan sangat menggalakkan dan mencetuskan fenomena.

Bagi memenuhi permintaan mereka yang ingin mendapatkan tiket persembahan kumpulan berkenaan, penganjurnya, Hi-5 Operations telah menambah dua lagi persembahan iaitu pada jam 11 pagi, 11 Disember dan 6 petang untuk persembahan 14 Disember dan menjadikannya 11 persembahan untuk tontonan khalayak. Ini merupakan sebuah berita yang sangat menggembirakan dan melegakan buat kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka apabila mempunyai peluang keemasan untuk merasai sendiri pengalaman dihiburkan dengan persembahan unik dan muzikal yang penuh ekstravaganza.

Bersempena dengan pengumuman dua tarikh ini, peminat Hi-5 di Malaysia yang masih belum mendapatkan tiket bolehlah merebut peluang itu untuk mendapatkan tiket dua persembahan itu. 100 pembeli pertama untuk mana-mana kategori dua persembahan yang diumumkan itu bakal menikmati diskaun sebanyak 10 peratus daripada harga asal.

Jualan tiket dikendalikan oleh tiket agensi, Ticketpro dan kesemua tiket untuk dua persembahan tambahan itu boleh didapati menerusi laman web berkenaan serta lokasi persembahan berkenaan iaitu The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) mulai jam 10 pagi, hari Jumaat, 31 Oktober 2014. Hi-5 House Hits 2014 dibawakan bersama oleh UOB Bank dan Hi-5 Learning House, penaja bersama Yakult, Stesen TV Rasmi Disney Junior, Stesen Radio Rasmi Mix FM dan Lite FM, klpac sebagai lokasi rasmi serta Pengurus Acara, The Wonderland+. Hi-5 House Hits 2014 Live in Malaysia bermula pada hari Rabu, 10 Disember 2014 di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) dan berlangsung sehingga hari Ahad, 14 Disember 2014.

Tiket semakin laris dan jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri persembahan lima warga Australia ini iaitu Stevie, Ainsley, Mary, Dayen dan anggota baru mereka, Tanika yang akan menyarung sepatu tarian mereka sekali gus menyinar di atas pentas dengan persembahan yang sangat berkesan di hati peminat mereka. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ticketpro.com.my atau hubungi talian hotline +603 4047 9000 (klpac) or +603 7880 7999 (Ticketpro).

Maklumat Tiket: Nama Acara : Hi-5 House Hits 2014 Tarikh : 10-14 Disember 2014 (Rabu hingga Ahad) Tempat : klpac, Pentas Satu Masa :10 Disember – 6pm 11 Disember – 11am (Slot Baharu), 2.30pm, 6pm 12 Disember – 2.30pm, 6pm 13 Disember -11am, 2.30pm 14 Disember – 11am, 2.30pm, 6pm (Slot Baharu) Tiket : Kategori 1 – RM 283 (Mosh Pitt) Kategori 2 – RM 203 (tempat duduk bernombor) Kategori 3 – RM 113 (tempat duduk bernombor) Talian Hotine : +603 4047 9000 (klpac) atau +603 7880 7999 (Ticketpro)
* Harga di atas termasuk RM3 untuk yuran pengendalian oleh ejen jualan tiket, Ticket Pro.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *