Enchanteur Love hadir dengan 3 wangian berbeza

Enchanteur Love hadir dengan 3 wangian berbeza

Enchanteur Love hadir dengan 3 wangian berbeza | Jika cinta adalah anugerah terbaik dalam hidup, apa dan bagaimana pula dengan cinta abadi? Tidak seperti jatuh cinta yang datang dengan mudah dan spontan, mengekalkan cinta yang abadi pula adalah satu komitmen dan janji setia sepanjang hayat daripada setiap pasangan.

07

“Tiada jaminan untuk cinta abadi, tetapi kita boleh memberikannya peluang untuk terus kekal bersama kita dengan berusaha menitipkan elemen positif setiap hari. Salah satu unsur penting dalam memastikan cinta abadi terus kekal dalam kehidupan kita adalah dengan memastikan elemen romantis sentiasa wujud” ujar Pengurus Besar Pemasaran, Wipro Unza (M) Sdn. Bhd., Pan Choi Yen.

ENCHANTEUR, jenama yang sinonim dalam menginspirasikan detik romantis melalui koleksi wangian unggul inspirasi dari Perancis dan produk penjagaan peribadi barubaru ini mengadakan pelancaran semula ENCHANTEUR LOVE, satu rangkaian wangian khusus bagi wanita yang komited dalam perhubungan. ENCHANTEUR LOVE tampil dengan tiga wangian terkemuka iaitu ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette, ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette dan ENCHANTEUR PASSIONATE LOVE Eau de Toilette untuk memberi nafas ekspresi cinta berbeza agar cinta kekal berpanjangan.

 

Rangkaian produk yang diperbaharui ini dipertingkatkan dengan fomulasi baharu dengan wangian yang kekal lebih lama. Ia dipakejkan dalam kotak yang direka khas dan melambangkan ekspresi cinta yang berbeza. Selain itu, botol kaca yang digunakan mempunyai warna yang mampu mempengaruhi emosi si pemakai.

Warna Amber dalam ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette menandakan kasih yang berpanjangan, ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette dalam rona merah jambu menandakan cinta sejati manakala ENCHANTEUR PASSIONATE LOVE Eau de Toilette dalam warna merah adalah simbolik kepada keintiman.

ENCHANTEUR LOVE juga memperkenalkan duta baharu, pelakon dan pengacara TV – Fouziah Gous dan juga suaminya, Md Zhafran Md Yusof. Berita lamaran perkahwinan pasangan romantik ini menjadi sensasi apabila Md Zhafran Md Yusof melamar Fouziah Gous di dalam helikopter yang diterbangkannya. Mereka kemudiannya bertunang pada Jun 2013 dan akhirnya berkahwin pada September tahun lepas.

06

“Mengekalkan kehangatan percintaan dapat membantu pasangan untuk merentasi halangan yang datang agar perhubungan yang utuh kekal berpanjangan. Jadi usaha romantis kecil seperti membuat secawan teh, memberikan suapan terakhir manisan anda dan menyembur wangian untuk menarik perhatian si suami adalah antara cara untuk menghangatkan cinta dalam sebuah perhubungan” kata Fouziah Gous, duta baharu ENCHANTEUR LOVE.

“Wangian ENCHANTEUR LOVE direka untuk menyemarakkan detik romantis dan memekarkan cinta. Kami sangat gembira kerana telah menemui duta produk paling sesuai iaitu Fouziah Gous dan suaminya kerana kisah percintaan mereka adalah intipati untuk ENCHANTEUR LOVE” jelas Pengurus Kumpulan Produk, Wipro Unza (M) Sdn. Bhd., Ooi Boay Khim di majlis berkenaan.

03

02

01

ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette, ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette dan ENCHANTEUR PASSIONATE LOVE Eau de Toilette dijual pada harga RM 33.50 (termasuk GST) bagi setiap botol Eau de Toilette bersaiz 50ml. Produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi utama. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau lawati Facebook Enchanteur di www.facebook.com/EnchanteurMY

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *