‘Extant’ Bakal Ditayangkan Secara Eksklusif Di Channel RTL CBS Entertainment HD, HyppTV

extant2

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV dan RTL CBS Entertainment HD menganjurkan tayangan media eksklusif siri ‘Extant’, sebuah drama bersiri terbaharu dari Steven Spielberg, selaku penerbit eksekutif dan dibintangi oleh Halle Berry, pemenang Anugerah Akademi® selaku watak utama. EXTANT bakal ditayangkan bermula 6 Januari 2015, 9.55 malam secara eksklusif di RTL CBS Entertainment HD, HyppTV Saluran 616.

Dihoskan oleh Stephanie Carrington, seorang pelakon, model, hos dan duta RTL CBS Asia, tayangan tersebut telah berlangsung di TGV Luxe Hall, di Pusat Membeli Belah 1 Utama. Majlis tayangan tersebut telah dihadiri oleh Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM  dan Jennifer Batty, Naib Presiden Eksekutif, Program, RTL CBS Asia serta rakan-rakan media dan tetamu jemputan lain.

Dalam ‘Extant’, sebuah siri thriller misteri dengan Steven Spielberg sebagai penerbit eksklusif, menampilkan pemenang Anugerah Akademi®, Halle Berry sebagai watak Molly Woods. Berry melakonkan watak seorang angkasawan wanita, Molly Woods yang kembali ke pangkuan keluarganya setelah menamatkan misi di angkasa lepas. Cubaan beliau untuk mengeratkan kembali jalinan kekeluargaan berdepan dengan pelbagai cabaran setelah beliau mendapati dirinya hamil walaupun telah berada di angkasa lepas selama 13 bulan secara bersendirian. Percubaan untuk merungkai misteri kehamilan beliau membawa kepada pelbagai pengalaman yang bakal mengubah sejarah manusia.

Berry yang berlakon di samping Goran Visnjic, yang memainkan watak John Woods, suami kepada Molly Woods. John Woods merupakan seorang jurutera robotik yang mengetuai projek Humanichs. Beliau telah mereka cipta seorang anak lelaki android, Ethan yang dilakonkan oleh Pierce Gagnon. Selaku ibu bapa, John dan Molly berdepan konflik perasaan yang berbeza terhadap anak angkat android mereka. Sifat kemanusian dan perasaan anak angkat android tersebut kerap menimbulkan persoalan di antara mereka.

extant

Siri ini turut menampilkan kemunculan pelakon Jepun, Hiroyuki Sanada sebagai Hideki Yasumoto, pemenang Anugerah Golden Globe Camryn Manheim sebagai Sam Barton, pelakon dari siri The Newsroom – Grace Gummer sebagai Julie Gelineau dan Micheal O’Neill dari siri Dallas Buyers Club sebagai Alvin Sparks.

Robert Bianco dari USA Today turut memuji lakonan Halley Berry, “Beliau telah menunjukkan kewibawaannya dalam watak Molly, menampilkan kebijaksanaan menerusi watak yang dilakonkan dan anda pasti akan mempercayai bahawa dia merupakan seorang angkasawan yang sebenar serta ingin melihat apa yang bakal berlaku kepada beliau apabila siri ini memaparkan jalan cerita yang mungkin tidak masuk akal. Berry memberikan sepenuh jiwa kepada watak tersebut dan anda pasti akan terpukau.”

Hank Stuever dari akhbar The Washington Post melihat siri tersebut sebagai “siri yang diarahkan secara profesional dan menzahirkan jalan cerita yang hebat”. Kata-kata beliau terbukti apabila EXTANT terpilih sebagai Siri Televisyen Baharu Paling Menarik di  Critic’s Choice Television Award.

RTL CBS Entertainment boleh dilanggan di HyppTV dengan langganan bulanan secara ala carte pada harga RM9, serta menerusi pakej HyppTV Platinum Pack atau Mega Pack, pakej himpunan saluran hiburan bertaraf antarabangsa yang menawarkan nilai terbaik untuk wang anda. Selain boleh menonton program-program kegemaran anda dalam apa jua keadaan cuaca, saluran ini juga boleh ditonton menerusi peranti pelbagai skrin melalui aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya 125 saluran dengan 43 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 56 saluran premium, 22 saluran percuma, 8 saluran Radio, 17 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang boleh ditonton tanpa gangguan cuaca melalui pakej kediaman dan perniagaan UniFi dan Streamyx. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati hiburan bertaraf dunia walau di mana mereka berada menerusi HyppTV Everywhere. Setakat ini, HyppTV mempunyai lebih 700,000 pelanggan.

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *