Fasha-Jejai Bakal Nikah 27 April Ini

Tahniah buat bakal pengantin baru! Majlis pernikahan aktres jelita Fasha Sandha, 28, dengan kekasih hatinya Rizal Ashram Ramli aka Jejai, 36, akan di adakan di sebuah hotel di ibu negara dan bukan di rumahnya seperti yang dinyatakan Fasha sendiri, sebelum ini. Majlis eksklusif hanya untuk keluarga dan kenalan rapat itu bakal berlangsung pada pada 27 April ini sebagaimana yang tercatat dalam kad undangan perkahwinannya, yang sudah pun diedarkan.

Sementara ada khabarnya mengatakan majlis respsinya pula akan diadakan pada 29 April di Bali, Indonesia yang melibatkan hanya sekitar 100 orang termasuk ahli keluarga dan media.

Mengikut perancangan, busana pengantin pasangan romantis ni mendapat sentuhan pereka tempatan popular, Rizman Ruzaini, manakala kepercayaan untuk menyolek wajah bakal pengantin pula diberikan kepada jurusolek kegemaran ramai artis ternama, Tiar Zainal.

“Persiapan kami lakukan perlahan-lahan memandangkan jadual kerja masing-masing padat namun alhamdulillah semuanya hampir selesai.” – Jejai

Jejai yang merupakan seorang usahawan menyifatkan Fasha seorang wanita yang melengkapkan hidupnya. Hmm…

*Sumber mD & Photo HM

 

Check Also

HARTA Teroka Rangkaian Persepsi Melalui Pameran ‘Interwoven Realities’

Sejak dilancarkan pada Ogos 2023, HARTA, merujuk kepada HABIB: Action for the Revival of Traditions …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *