FELCRA BERHAD LANCAR PELAN TRANSFORMASI WADIRA PERKASA WANITA LUAR BANDAR

FELCRA Berhad had ini melancarkan Pelan Transformasi Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) bagi memantapkan pengurusan Institusi tersebut menjalang tahun 2022. Pelan Transformasi WADIRA FELCRA 2018-2022 mengganskan 10 Pelan Transformasi Utama yang mengandungi 20 teras pelaksanaan yang meliputi aspek-aspek seperti Pengurusan. Kesihatan. Pendidikan Kanak-Kanak. Keusahawanan, Keahlian. Jaringan Kerjasama dengan Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan serta Pembangunan Modal lnsan.

Bagi mencapai matlamat tersebut, sebanyak RM830,000.00 dl peruntukkan oleh FELCRA Berhad di mana setiap WADIRA yang tarlibat akan menan’ma peruntukan sebanyak RM10.000 bagi pelaksanaan program di peringkat akar umbi. Peruntukan ini akan di gunakan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosio ekonomi yang di jangka dapat di manfaatkan oleh 17,562 ahli WADIRA dari 83 unit Perkumpulan Wadira di seluruh negara.
Berucap ketika merasmikan Konvensyen Perdana WADIRA 2018, Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor meminta agar setiap WADIRA mengambil peluang yang ada bagi memperkasakan kemahiran peribadi bagi menjadi seorang pemimpin yang baik. Selain itu juga, beliau menegaskan bahawa pengurusan emosi dan psikologi juga penting bagi seorang wanita untuk terus berjaya sebagai seorang pemimpin yang hebat bagi sesebuah institusi.

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *