Filem Petta lakonan Rajinikanth pecah panggung

Ada ura-ura mengatakan bahawa filem Petta bakal menjadi filem terakhir lakonan superstar tamil iaitu Rajinikanth. Mungkin ini juga menjadi salah satu penyebab mengapa para penonton diluar sana wajib menonton filem Petta. Pada hari pertama tayangan filem ini ia telah berjaya pecah panggung manakala di US ia telah mengutip hampir US$502K utk 2 hari tayangan.Filem ini diarahkan oleh Karthik Subbaraj.

Filem Petta merupakan filem yang ke 161 hasil lakonan Superstar Rajnikanth telah berada di pawagam-pawagam berdekatan ada pada 10 Januari 2019 yang lepas.Ia dikeluarkan serentak di seluruh dunia sempena sambutan perayaan Ponggal.Filem “Petta” merupakan filem aksi berbahasa Tamil yang ditulis dan diarahkan oleh Karthik Subbaraj dan dihasilkan oleh Kalanithi Maran (Sun Pictures). Filem ini dibintangi oleh Rajinikanth dengan pelakon-pelakon yang lain termasuk Vijay Sethupathi, Simran, Trisha, M. Sasikumar, Nawazuddin Siddiqui, Bobby Simha, J. Mahendran dan Guru Somasundaram. Lagu-lagu di dalam filem ini dikarang oleh Anirudh Ravichander.

Filem ini diedarkan oleh Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. Yang merupakan sebuah syarikat hartanah, produksi perfileman, perniagaan import dan eksport, pengurup wang serta beberapa lagi perniagaan. Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. di bawah kepimpinan Ybhg Dato’ Abdul Malik bin Dasthigeer merupakan syarikat produksi perfileman hindi dan tamil yang terbesar di Malaysia dan telah berjaya membawa masuk beberapa filem hindi dan tamil  ‘box office’ ke dalam Negara

Syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd, pemegang hak pengedaran filem “Petta” merupakan syarikat Malaysia yang pertama yang memiliki hak distribusi antarabangsa tersebut, syarikat menyasarkan kutipan sebanyak RM30 juta dan menjangkakan Petta catat kedudukan pertama Box Office Malaysia serta dengan  22 negara lagi dengan tayangan filem hebat “Petta” ini.

Sinopsis Ringkas

Kaali, warden asrama, adalah keperibadian yang bahagia dan ceria yang disayangi oleh semua orang. Gaya dan karismanya membuat orang sekeliling terpesona dengannya. Dia memelihara hubungan yang indah dengan semua orang dan juga mempunyai semangat romantik yang diterapkan di dalam hidupnya. Semua nampak baik tetapi ada sesuatu yang terselindung. Aura aneh misteri mengelilingi Kaali yang mempunyai beberapa kejutan yang tersimpan di dalam hatinya untuk semua orang. Dan tidak lama kemudian, permainan bermula. Nantikan apa yang berlaku kepada Kaali dan keluarganya…..

Bahasa : Bahasa Tamil

Sarikata : Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Genre : Aksi / Romantis

Tarikh Tayangan: 10 Januari 2019
Durasi: 172 minit
Edaran: Malik Streams Corporation Sdn Bhd
Pelakon: Rajinikanth, Vijay Sethupathi, Simran, Trisha Krishnan, M.Sasikumar, Nawazuddin Siddiqui, Bobby Simha

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *