Fitbit Lancarkan Peranti Kecergasan Fitbit Charge 2 dan Fitbit Flex 2

Fitbit (NYSE: FIT), peneraju dalam kategori kesihatan dan kecergasan hari ini memperkenalkan dua gegelang tangan kecergasan terbaru – Fitbit Charge 2™ dan Fitbit Flex 2™ dengan berasaskan popularitinya sebagai pengeluar peranti boleh pakai. Charge 2 dan Flex 2 boleh menjejak statistik kesihatan dan kecergasan paling penting anda dengan mudah, menampilkan wajah bergaya serba baru dan pengalaman penggunaan yang lebih menarik, memberi dorongan dan bersifat peribadi untuk membantu mencapai matlamat anda. Fitbit Charge 2 akan didapati mulai lewat bulan September dan Flex 2 akan didapati ada bulan Oktober:

  • Fitbit Charge 2: Gegelang kecergasan paling popular dari Fitbit kini lebih baik. Selain daripada penjejak kadar jantung PurePulse®, ia kini menyediakan pengalaman senaman lebih menarik, kemudahan kesihatan dan kecergasan baru, notifikasi pintar yang paling anda perlukan, dan reka bentuk baru dengan paparan lebih besar dan gelang boleh ditukar ganti untuk membolehkan anda memadankan sama ada untuk aktiviti senaman mahupun untuk keluar malam bersama rakan.
  • Fitbit Flex 2: Gegelang kecergasan Fitbit pertama yang boleh dibawa berenang dengan reka bentuk yang ultra nipis, mempunyai ciri peranti yang boleh ditanggalkan dan boleh disesuaikan penampilannya dengan gelang klasik, gelang tangan anggun atau loket, membolehkan anda menjejak aktiviti, senaman dan tidur anda sepanjang hari, dengan gaya anda yang tersendiri.

“Sepanjang sembilan tahun lepas, ianya adalah keupayaan kami untuk berinovasi dalam reka bentuk serta kegunaan, dan pemahaman mendalam kami terhadap apa yang dikehendaki pengguna telah menjadikan kami syarikat pengeluar peranti boleh pakai yang terulung di dunia[1],” kata James Park, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Fitbit. “Flex segera menjadi penjejak paling laris[2] di pasaran, sebagai peranti boleh pakai pertama yang berjaya menggabungkan fungsi kecergasan dan fesyen; kami telah merevolusikan untuk Flex 2 dengan membolehkannya dibawa berenang dan menambah ciri tambahan dalam reka bentuk 30% lebih kecil daripada model asal. Kami memperbaharui Charge HR dengan menyediakan fungsi pengesan kadar degupan jantung berasaskan nadi pergelangan tangan kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia, dan kami telah melakukannya sekali lagi dengan Charge 2, memberi pengguna gambaran tentang kecergasan kardio mereka berasaskan anggaran VO2 Max.” 

Fitbit-Charge-2_Family

Pastikan Setiap Denyutan Dikira dengan Charge 2

Fitbit, syarikat peranti boleh pakai terulung di dunia1, telah menaik taraf Fitbit Charge HR™, gegelang kecergasan paling popular yang merupakan peranti pertama boleh memberikan maklumat kadar degupan jantung secara automatik dan berterusan ke pergelangan tangan anda. Dengan wajah baru yang lebih bergaya dan skrin mudah dibaca dengan empat kali lebih besar daripada pendahulu, Charge 2 membawakan pengalaman yang lebih menarik, memberi dorongan dan bersifat peribadi unuk membantu anda mencapai matlamat anda.

Fitbit-Charge-2_Lunch_Lifestyle-1

Ciri kelebihannya termasuk:

  • Inovasi dari PurePulse: Penjejak kadar degupan jantung yang berterusan memudahkan pengguna memaksimumkan aktiviti senaman, merekod pembakaran kalori dengan lebih baik dan mendapatkan gambaran tentang tahap kesihatan keseluruhan anda. Charge 2 menaik taraf fungsi penjejakan kesihatan dan kecergasan dengan dua ciri berkesan yang berlandaskan kadar jantung peribadi anda:
    • Dapatkan gambaran tahap kecergasan kardio anda: Dapatkan maklumat tentang tahap kecergasan anda secara automatik menerusi aras kecergasan dan markah kardio peribadi anda, berasaskan anggaran VO2 Max, yang dikira menggunakan profil pengguna, kadar degupan jantung dan data senaman anda. Di samping itu, dapatkan panduan tentang cara untuk meningkatkan markah anda secara beransur-ansur dengan menambah kekerapan dan intensiti senaman, atau dengan mencapai berat badan yang lebih sihat.
  • Bersantai dengan pernafasan yang dibimbing : Charge 2 memberikan pengalaman yang serba santai serta menenangkan badan dan minda anda menerusi sesi pernafasan mendalam dipanggil “Relax”. Perubahan di antara degupan jantung menentukan kadar pernafasan peribadi anda. Sesi dua dan lima minit memaparkan visualisasi, animasi dan corak getaran kadar jantung dalam masa sebenar yang membantu anda menyelaraskan setiap tarikan dan hembusan nafas berasaskan panduan tersebut, dan mencari detik ketenangan hari anda. Kajian mendapati bahawa latihan pernafasan yang dibimbing dalam jangka panjang boleh memberikan manfaat, termasuk mengawal tekanan[3] dan kebimbangan[4], dan mengurangkan tekanan darah[5].
  • Pengalaman senaman lebih baik: Dapatkan statistik senaman dalam masa sebenar pada skrin supaya anda boleh bertindak dan membuat pelarasan serta-merta semasa senaman dan meningkatkan prestasi secara beransur-ansur.
    • Mod berbilang sukan: Jejak senaman khusus seperti larian, tunggangan basikal, latihan berat, yoga dan banyak lagi, serta dapatkan ringkasan maklumat selepas senaman dan laporan terperinci tentang aktiviti anda dalam aplikasi Fitbit®.
    • Sambungan GPS: Menghubungkan gegelang kecergasan anda dengan GPS di telefon pintar untuk memberikan statistik masa sebenar yang lebih jitu dan boleh diambil tindakan, seperti kelajuan dan jarak larian, sambil merakamkan peta laluan dalam aplikasi.
    • Mod senaman berselang: Memberi panduan kepada anda untuk menggantikan senaman yang lebih tinggi intensitinya dan pemulihan untuk memaksimumkan senaman latihan litar supaya anda dapat memberi tumpuan terhadap senaman anda.
  • Penjejakan sepanjang hari yang lebih pintar, lebih mudah: Sensor yang canggih memudahkan lagi anda untuk menjejak aktiviti sepanjang hari dengan merakamkan aktiviti dan tidur secara automatik. Pengesan senaman automatik SmartTrack™ merakamkan aktiviti seperti berjalan kaki, berlari, senaman mesin eliptik dan banyak lagi dengan mudah. Fungsi Reminders to Move mendorong anda untuk kekal aktif sepanjang hari.
  • Reka bentuk canggih, baru: Reka bentuk modular dan skrin sensitif sentuhan yang mudah dibaca adalah empat kali lebih besar daripada Charge HR, membolehkan anda menyesuaikan penampilan yang serasi dengan gaya anda dengan gegelang dan muka jam yang boleh ditukar ganti – sambil menghubungkan anda dengan notifikasi pintar yang anda paling perlukan.

Fitbit-Charge-2_Woman_Yoga_Lifestyle

“Sejak dulu lagi semasa saya aktif bertanding, usaha menjaga kesihatan dan kecergasan sentiasa menjadi keutamaan dan saya membina kehidupan saya berasaskan matlamat tersebut,” kata Gabby Reece, atlet, model, ibu, pemimpin kecergasan dan duta Fitbit. “Fitbit Charge 2 adalah unik kerana ianya dapat menawarkan fungsi peranti dan bimbingan secara serentak. Saya bukan sahaja mendapat info berterusan tentang kadar degupan jantung yang memberikan maklumat bermakna terhadap kesihatan keseluruhan saya – malah Fitbit terus memanfaatkannya dengan akses kepada tahap kecergasan kardio saya. Ciri baru ini memberikan anggaran VO2 Max saya, sesuatu yang hanya boleh didapati daripada makmal semasa saya menjadi atlet profesional. Tetapi sesi pernafasan yang dibimbing Charge 2 benar-benar membawa manfaat kerana merupakan salah satu perkara paling penting yang saya lakukan untuk meningkatkan kesihatan dan menguruskan tekanan.” 

Fitbit-Flex-2_Family

Ke Mana Sahaja Anda Pergi, Jejak Hidup Anda Dengan Bergaya Bersama Flex 2

Fitbit telah menambah baik penjejak terkenal dan peneraju industri, Fitbit Flex®, dengan menjadikannya seutas gegelang kecergasan yang sangat nipis dan boleh dibawa berenang, serta dipadankan untuk memenuhi gaya peribadi anda dengan pelbagai aksesori baru yang bergaya.  Dengan ciri senaman yang lebih pintar, Flex 2 boleh menjejak kecergasan anda dengan mudah dan memberi motivasi secara mesra untuk membantu anda kekal aktif sepanjang hari.

Ciri kelebihannya termasuk:

  • Reka bentuk minimalis ultra nipis: Kini 30% lebih kecil[6], Flex 2 menampilkan penjejak yang boleh ditanggalkan dan ditukar ganti dengan gegelang kecergasan klasik nipis dalam tujuh warna yang sesuai untuk kegunaan harian, termasuk semasa pergi ke gimnasium atau berenang.
  • Pilihan aksesori premium: Ubah penampilan dan sesuaikan Flex 2 dalam pelbagai rantai tangan dan loket rekaan Fitbit sepadan dengan gaya atau aktiviti anda. Pilih antara pelbagai gelang cermin premium dalam warna keluli tahan karat perak dan salutan emas 22k atau warna keluli tahan karat merah jambu keemasan, atau rantai leher gaya leret yang anggun dalam warna keluli tahan karat perak atau keluli tahan karat emas 22k untuk penampilan menawan yang serasi dengan gaya hidup anda – sama ada untuk ke pejabat atau sewaktu keluar malam[7].
  • Boleh dibawa berenang dan penjejak renangan automatik: Sebagai gegelang tangan pertama yang boleh dibawa berenang Fitbit, Flex 2 adalah kalis air sehingga 50 meter, boleh digunakan sama ada semasa anda berada dalam pancuran mandi, di kolam atau laut. Peranti ini secara automatik menjejak pergerakan dalam kolam termasuk bilangan pusingan, tempoh dan kalori yang dibakar melalui Fitbit App.
  • Mudah dan automatik: Jejak statistik kesihatan dan kecergasan anda yang paling penting, serta:
    • Penjejakan senaman automatik SmartTrack mengenal pasti senaman terpilih (jalan kaki, larian, perjalanan, mesin elliptical, bersukan, senaman aerobik dan kini berenang).
    • Reminders to Move membantu anda kekal aktif dengan peringatan mesra untuk mencapai sasaran kecil seperti bilangan langkah setiap jam dan mengurangkan masa tidak aktif.
  • Lebih pintar: Paparan LED ringkas menggunakan lampu berkod warna untuk menunjukkan kemajuan anda mencapai matlamat harian, dan memastikan anda tetap boleh dihubungi dengan notifikasi panggilan dan teks.
  • Fitbit-Flex-2_Woman_Getting-Ready_Lifestyle

“Sama ada saya sedang bersenam, mengikuti kelas, berlatih atau menjalankan tugas, saya mahu peranti yang kecil, tetapi bergaya yang boleh saya padankan dengan apa yang saya pakai,” kata Julianne Hough, penari, penyanyi, pelakon dan Duta FitBit. “Fitbit Flex 2 membantu saya mengekalkan motivasi untuk mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan di samping boleh dibawa berenang, jadi saya boleh mengukur segala aktiviti yang saya lakukan sepanjang hari.” 

Fitbit-Flex-2_Man_Getting-Ready_Lifestyle

Koleksi Pereka bagi Flex 2

Fitbit terus bekerjasama dengan pereka dan jenama fesyen untuk menawarkan reka bentuk menarik dan inovatif yang memperkasakan anda untuk meluaskan gaya peribadi sambil menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif. Berikut merupakan koleksi pereka yang bakal menawarkan Flex 2:

  • PUBLIC SCHOOL: Menyatukan fesyen peragaan dengan stail yang terbaru, penampilan gaya jalanan untuk aksesori mewah yang lazim melalui pelbagai gaya daripada gelang tangan mewah kepada gegelang sukan mudah digunakan yang kontemporari dan canggih. Koleksi ini boleh didapati pada tahun ini.
  • Tory Burch: Menampilkan gaya klasik harian yang menyerlahkan ukiran tersendiri Tory Burch, perapian keluli tahan karat dan tali kulit licin, koleksi ini akan mengubah penjejak anda menjadi barang perhiasan anggun bergaya, yang boleh didapati pada tahun ini.

Harga dan Bekalan

Fitbit Charge 2  dijangka boleh didapati di Malaysia mulai lewat September, dan Flex 2 mulai Oktober, di gedung runcit utama termasuk A One Plus, All IT Hypermarket, Courts Malaysia, Harvey Norman, iStore, iTworld, RadioShack dan Senheng. Harga di bawah boleh didapati di Fitbit.com, harga di peruncit mungkin berbeza.

  • Fitbit Charge 2 (RM730) penjejak kecergasan dengan gegelang klasik dalam warna hitam, biru, merah plum atau hijau teal.
    • Gelang aksesori kecergasan klasik dalam empat warna, yang dijual secara berasingan (RM130)
    • Gelang aksesori kulit premium mewah dalam merah jambu muda, coklat, dan indigo (RM360)
    • Akan datang, siri edisi istimewa dalam warna gunmetal dan merah jambu keemasan (RM820)
  • Fitbit Flex 2 (RM450) penjejak dengan gelang kecergasan klasik dalam warna hitam, ungu muda, merah tua atau biru kelasi
    • Gegelang aksesori kecergasan 3-pek klasik dalam warna Merah Jambu (merah jambu muda, ungu muda dan merah tua) dan Sport (kelabu, biru kelasi dan kuning) (RM130)
    • Aksesori dalam warna emas, merah jambu keemasan (RM450), dan keluli tahan karat perak (RM420)
    • Aksesori loket dalam warna keluli tahan karat emas (RM450) dan perak (RM390)

Pada hari ini, Fitbit juga mengumumkan koleksi bergaya yang baru bagi Fitbit Alta™ dan Fitbit Blaze™, dan juga Fitbit Adventures – fungsi Challenge baru yang lebih mendalam melalui aplikasi Fitbit app, merangkumi seluruh landasan produk Fitbit; lihat butirannya di www.fitbit.com/press. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan Fitbit, sila layari https://www.fitbit.com/.

Fitbit Charge 2

Fitbit Flex 2

 

 

Check Also

HONOR memenangi 45 Anugerah Media di MWC 2024

Jenama teknologi global HONOR telah menerima sejumlah 45 anugerah daripada media global semasa Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *