Fizo Omar Selamat Diijab Kabulkan Dengan Mawar Abdul Karim

Pelakon Fizo Omar selamat diijab kabulkan dengan Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz awal pagi tadi. Majlis ini berlangsung di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang dan dinikahkan oleh Mohd Arif Abdul Samad yang merupakan Pegawai Takbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat.

Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc.

IMG_9723

Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi.

MAW_8954

Eropah menjadi pilihan destinasi bulan madu mereka. Selamat pengantin baru kepada Fizo Omar dan Mawar.

 

Check Also

CSA Academy Lantik Ziana Zain Sebagai Duta Rasmi Kerana Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam dunia hiburan tempatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *