Friday , March 5 2021
6 Pek Pra-Campuran Terbaru dari Flavorista

FLAVORISTA Lancar 6 PEK Serbuk Pra-Campuran Terbaru

FLAVORISTA, Just a Snap!  Sebuah syarikat Bumiputra yang membuat inovasi ke atas produk pes makanan sedia ada ke bentuk pes serbuk pra campuran pelbagai menu popular yang akan memudahkan anda memasak serta menjimatkan wang.

Idea berinovasi ini bermula melihat sebuah pengusaha makanan di Johor Bahru mengeluarkan serbuk kopi dan pelbagai produk lain dalam bentuk serbuk pra-campuran. Dengan itu lahir idea untuk mencipta serbuk pra-campuran Mee Udang.

Produk FLAVORISTA berkonsepkan ready to serve dimana penyediaan makanan lebih mudah dan merasakan ianya akan mendapat sambutan para pengguna di pasaran.

‘FLAVORISTA ingin menyasarkan kepada golongan pelajar IPT bagi membantu mereka mendapatkan menu makanan yang bermutu serta berkhasiat dengan harga yang lebih murah serendah RM3-4 per pek. Ia juga bagi membantu mereka bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup yang tinggi masa kini’’ Kata Encik Norisham Baharin, Pengarah Urusan Flavorista (M) Sdn Bhd.

Terdahulu semasa FLAVORISTA bersama-sama pelancaran Nasi Muafakat dimana telah diadakan cabaran set kombo makanan termurah dan ia terbukti bahawa serbuk pra-campuran FLAVORISTA merupakan makanan yang selamat dengan kos yang efektif seterusnya menjadi serbuk pra-campuran FLAVORISTA mudah untuk memasak (Easy-To-Cook).

Dengan strategi pemasaran dan pendedahan yang konsisten, FLAVORISTA bukan sahaja mengeluarkan produk untuk dipasarkan di peringkat domestik malahan telah ke peringkat antarabangsa. Ini terbukti dengan penglibatan FLAVORISTA dalam pelbagai acara antarabangsa seperti Halal Chefpreneur Challenge Asian Hallfest 2017 dan telah diumumkan pemenang di dalam acara tersebut. FLAVORISTA telah tersenaraikan di dalam the Malaysia Book Of Records atas kejayaan seorang chef mampu memasak paling banyak resipi dalam masa 30 minit.

6 Pek Pra-Campuran Terbaru dari Flavorista

Pada tahun 2018, syarikat terus mengembangkan perniagaan dengan mempunyai kilang baharu untuk memenuhi pemintaan pelanggannya. Bagi memastikan keselamatan makanan produk FLAVORISTA terjamin, FLAVORISTA telah mempunyai pensijilan HALAL oleh JAKIM  dan perakuan HACCP Certificate dan GMP daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

FLAVORISTA juga berhasrat ingin melebarkan jualan secara menyeluruh di Supermarket dan Hypermarket dalam masa terdekat.

PELANCARAN 6 PEK MENU SERBUK PRA-CAMPURAN FLAVORISTA

Lebih 100 pek serbuk pra-campuran FLAVORISTA yang telah dikeluarkan tetapi dengan adanya permintaan pelanggan secara berterusan, FLAVORISTA telah memperkenalkan 6 pek menu serbuk pra-campuran terbaru iaitu Sambal Tumis, Masak merah, Asam Pedas, Masak Kung Pao, Masak Kicap dan Perapan BBQ. Kami percaya resipi terbaru ini akan mendapat permintaan yang menggalakkan.

Sekiranya anda ingin memasak Asam Pedas menggunakan serbuk pra-campuran FLAVORISTA, anda hanya tambah air dan minyak kemudian ikan. Senang dan mudah.

Semua produk FLAVORISTA boleh didapatkan secara terus melalui laman sesawang https://flavorista.com.my.

MENGENAI SYARIKAT FLAVORISTA (M) SDN BHD

SYARIKAT Flavorista (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang ditubuhkan pada tahun 2012 dan berpengkalan di Taman Industri Meranti Perdana, Puchong.

Syarikat diterajui oleh En. Norisham Baharin selaku Pengarah Urusan. Beliau merupakan Pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan, UPM. Sehingga kini syarikat mempunyai kekuatan tenaga kerja seramai 10 orang yang pakar dalam bidang tertentu terutamanya dalam bidang industry Food & Beverage.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi FLAVORISTA seperti berikut:

Alamat :

Flavorista (M) Sdn Bhd

No.7 Jalan IMP 1, Taman Industri Meranti Perdana

47120 Puchong Selangor

Te; : 03-8052 6958

IG : @jomfLavorista

FB : @jomfLavorista

Laman Sesawang : https://flavorista.com.my

 

Check Also

“Lipsmate keluaran UFORA rasa seperti tidak memakai lipstik” – Kilafairy

Satu lagi catatan sejarah terpahat dalam karier penyanyi dan pelakon Kilafairy apabila menjalinkan kerjasama dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!