Ganjaran untuk penonton setia TV9 ~ Tiket penerbangan ke Paris

Berita baik untuk semua penonton setia TV9 di mana anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi peraduan-peraduan hebat di TV9. Kesemua peraduan adalah amat mudah oleh itu jangan ketinggalan untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan menonton TV9 dan melayari laman web rasmi TV9 di www.tv9.com.my. Antara peraduan menarik yang ditawarkan bermula pada bulan Februari ini adalah:

1) Cipta Perbualan Romantis antara Ariana & Mikhail dan menang 2 tiket penerbangan ke Paris!

Jika sebut ”Paris”, pasti ramai yang terus membayangkan kecantikan dan nilai-nilai romantis yang tersemat di dalam kota cinta tersebut. Drama Ariana Mikhail lakonan Nora Danish dan Syed Hussein (Sein) melalui slot Ratu, setiap Isnin & Selasa, 8.30 malam mengisahkan cinta pertama mereka yang berlatarbelakangkan kota Paris ini. TV9 ingin memberi peluang kepada penonton setianya untuk merasai detik-detik percintaan Ariana dan Mikhail dengan menawarkan dua (2) tiket penerbangan ke Paris.

Caranya mudah sekali di mana peserta hanya perlu mencipta perbualan paling romantis di antara Ariana dan Mikhail berdasarkan gambar yang dipaparkan di www.tv9.com.my. Paling menarik, pemenang akan dipilih sendiri oleh Ariana (Nora Danish) dan Mikhail (Sein) berdasarkan dialog yang paling romantis. Peraduan bermula pada 13 Februari dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Februari.

2) Tiket istimewa ke Lost World of Tambun menerusi Peraduan SMS Mutiara Hati – Anugerah

Program Anugerah menerusi slot Mutiara Hati di TV9 kini kembali sekali lagi dengan Peraduan SMS yang menjanjikan para pemenangnya tiket istimewa ke Lost World of Tambun! Peraduan SMS Mutiara Hati ini akan bermula pada 13 Februari 2012 dan berakhir pada 9 Mac 2012.

Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu menonton sinetron Anugerah yang disiarkan di TV9 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 5.30 petang untuk mendapatkan kata kunci yang berlainan pada setiap hari. Terdapat 4 kata kunci pada setiap minggu dan seterusnya peserta perlu menghantar SMS MUTIARA ke 33399 untuk memberi semua kata kunci pada minggu tersebut serta menjawab satu soalan seminggu. Peserta dengan jawapan yang tepat dan paling pantas akan diumumkan sebagai pemenang. Satu (1) pemenang akan dipilh setiap minggu mengikut kriteria pemilihan dan pemenang akan diumumkan pada hari Jumaat minggu yang seterusnya. 4 pemenang bertuah akan diumumkan dan setiap pemenang akan mendapat tiket ke Lost World of Tambun (Baucer Keluarga untuk 4 orang).

3) iPod Touch, PSP Go dan XBOX 360 Slim untuk dimenangi dalam peraduan Movie Night

Seperti yang sudah diketahui ramai, TV9 kini menyiarkan pelbagai filem antarabangsa terbaik pada setiap hari Sabtu jam 10.00 malam menerusi slot Movie Night. Penonton hanya perlu menonton filem-filem terbaik ini di TV9 untuk mendapatkan 3 soalan dan slogan. Jawapan paling tepat dan cepat serta slogan paling kreatif akan diumumkan sebagai pemenang. Peraduan bermula pada 17 Mac 2012 dan tarikh tutup adalah pada 15 April 2012. Filem-filem Movie Night yang terlibat dalam peraduan ini adalah:

  1. Gamer (17 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
  2. Aeon Flux (24 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
  3. Bandslam (31 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
  4. Rambo (7 April 2012. Sabtu, 10 malam)
  5. The Ring (14 April 2012, Sabtu. 10 malam)

Check Also

Aburii Yakiniku Fokus Pada Hidangan Jepun Berasaskan Daging Wagyu Dari Jepun

Aburii restoran omakase Jepun yang menyeronokkan yang terletak di TTDI, Kuala Lumpur. Mengenali dengan lebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *