Hafizie Penyampai Baru Hot FM AM Krew

Hot-FM-Malaysia-Logo

Setelah kepergian Faizal Ismail sekitar akhir tahun lalu, industri penyiaran radio ternanti-nanti akan pengganti personaliti tersebut. Spekulasi demi spekulasi telah diandaikan seawal minggu pertama lagi. Justeru itu setelah hampir 3 bulan sesi percubaan diadakan, Hot FM hari ini mengumumkanย Mohamad Hafizie Bin Roslan, 26 tahun atau lebih mesra disapa sebagai Fizie akan mula bertugas pada 10 Februari 2014 bersama dua penyampai lain iaitu Fara Fauzana dan AG.

Menurut Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, pemilihan Fizie adalah berdasarkan keserasian gandingan bertugas bersama Fara dan AG. Sebagai satu nama yang sinonim dengan masyarakat Kelantan, Fizie turut menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang 3 tahun sewaktu bertugas di Hot FM Kelate.

โ€œBukan mudah untuk mecipta satu keserasian secara alami, tetapi dengan Fizie, kami dapat melihat gandingan tersebut bakal memberikan satu kelainan untuk segmen pagi nanti. Kepetahan serta aksi spontan Fizie pasti akan menjayakan trio Hot FM AM Krew.โ€

Selain kemasukkan Fizie, pelbagai pengisian baharu juga turut dilakukan bagi memantapkan lagi jenama Hot FM. Pengisian-pengisian tersebut yang turut merangkumi penampilan beberapa nama selebriti lain akan diumumkan tidak lama lagi.

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *