Hari National Blue Ocean Strategy (NBOS) 2016

Hari  National Blue Ocean Strategy (NBOS) 2016 bakal diadakan mulai 14 – 20 Ogos depan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia merupakan anjuran Kementerian Kewangan dan JPM.

NBOS berfungsi sebagai asas bagi Strategi Malaysian National Development (MyNDS) yang akan membimbing Rancangan Malaysia ke-11 dari 2016 hingga 2020.Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dilaksanakan sejak tahun 2009 telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri. NBOS menekankan kepada pelaksanaan program transformasi sosial di mana sehingga kini sebanyak 93 inisiatif telah berjaya dilaksanakan. Antara inisiatif yang paling berjaya adalah Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Program Rehabilitasi Komuniti (CRP), rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC), 1Malaysia For Youth(1M4U), 1Malaysia Entrepreneurs (1MET) dan sebagainya.

NBOSDAY2016_Poster V3updateBM

Hari Terbuka NBOS 2016 juga memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat lebih meluas serta berkongsi informasi mengenai pelbagai inisiatif di bawah NBOS yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Dijangka lebih 7000 orang akan menghadiri Hari Terbuka NBOS ini dan program ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. YAB PM turut dijangka akan melancarkan Buku Laporan (Report Card) NBOS 2016.  Hari Terbuka NBOS yang bersempena dengan NBOS International Week ini juga akan dilaksanakan bersekali dengan program-program lain yang berkaitan seperti berikut:

1.   Larian dan Kayuhan NBOS (NBOS Run and Ride) pada 14 Ogos 2016;
2.   International Conference On Blue Ocean Strategy (ICBOS) : Transforming Nations Through Creativity And Innovation 16 – 18 Ogos 2016
3.  Global Blue Ocean Award 2016

Hari terbuka NBOS ini juga menyediakan pelbagai pameran dan aktiviti daripada setiap kementerian dan agensi yang terbabit dengan inisiatif NBOS antaranya NSU, CODING, VIP, UTC, BR1M, MINDEF, MOHA, KPDNKK, MDEC, MOHR, MAGIC, KPKT, 1M4U, KPWKM, BIOTECH, KPM, JPA, PP1M, PR1MA, KPT, MOTAC, MOH serta MOA.

Terdapat juga pameran inisiatif-inisiatif NBOS, F1 simulasi oleh Petronas, booth-booth Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia serta pelbagai aktiviti menarik oleh FIT Malaysia.

Antara artis-artis yang bakal mengadakan persembahan di Hari NBOS 2016 adalah seperti Dayang Nurfaizah,Siti Nordiana,Bunkface,Aizat Amdan,Sandra,Caliph Busker,Ronnie Hussein,6ixth Sense,Alif Satar,Tasha Manshahar dan ramai lagi.

 

 

Check Also

Wahdinii Dan Hotel Thistle Johor Bahru Jalin Kerjasama, Dikuasakan Oleh Impact Music Entertainment

Wahdinii, pemilik dan pengasas dari Singapura, Puan Faridah, yang suaminya meninggal dunia tahun lalu, bergabung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *