HELLO – HUNNY MADU feat. AMAN RA

Hello’ merupakan sebuah single terbaru dari Hunny Madu hasil kolaborasi bersama Aman Ra yang merupakan seorang rapper yang popular di industri tanah air. ‘Hello’ adalah sebuah lagu yang berirama POP, yang berlainan dari irama hip-hop yang selalu diketengahkan oleh Hunny Madu. Lagu ‘Hello’ ini telah di tulis oleh Hunny Madu sendiri, lirik oleh Hunny Madu dan Aman Ra, dan telah diterbit dan disusun oleh seorang produser yang berbakat besar iaitu, AG Coco. Sekali lagi, Hunny Madu dan Warner Music Malaysia berkerjasama untuk menjayakan single terbaru ini selepas kejayaan dengan single ‘GoHard Or GoStan’ dan ‘Gucci Dowh’.

Untuk muzik video ‘Hello’ pula, Hunny telah merakamkan muzik video ini pada beberapa bulan yang lepas dan telah menampilkan rakan-rakan artisnya seperti Sazzy Falak, Reem Shahwa, Kayda, Amelia Henderson, Amber Chia, Tiz Zaqyah, Mu’daz dan Freeze. Muzik video yang berkonsepkan ceria dan berwarna warni ini telah diarahkan oleh Tech & Ego dari KayaButter House.

Hunny Madu pernah mengeluarkan album pertama beliau bertajuk ‘Pulau Janji’ pada tahun 2011 dan sebuah Mixtape yang bertajuk ‘GoHard Or GoStan’ pada tahun 2014 bersama Kayda dan Mixtape ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penggemar muzik hip-hop tanah air. Dua buah lagu yang dimuatkan di dalam Mixtape tersebut telah mendapat sambutan yang hangat dari peminat mereka iaitu ‘GoHard Or GoStan’ dan ‘Gucci Dowh’.

Hunny Madu adalah seorang penyanyi/rapper terkemuka Malaysia yang telah melibatkan diri dalam industri muzik sejak dari tahun 2004 lagi. Selain daripada itu, beliau juga dikenali sebagai seorang pengacara, pengacara TV dan pernah berkerja sebagai penyampai radio di Fly.fm dari tahun 2008 sehingga 2013 yang merupakan antara sebuah radio Inggeris tempatan yang popular di Malaysia.

Aman Ra pula sebelum ini pernah dikenali sebagai Kraft dan telah mengeluarkan single pertama beliau bertajuk ‘#Pantun100Kerat’ pada tahun 2014 dan juga pernah muncul bersama Altimet dan Salam Musik dalam single bertajuk ‘Belantra Konkrit’ pada tahun 2014. 

Hello’ nyanyian Hunny Madu bersama Aman Ra ini diedarkan oleh Mtertain Sdn Bhd dengan kerjasama Warner Music (M) Sdn Bhd.

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *