Tuesday , March 19 2024

HELLO KITTY GO AROUND!! Di MALAYSIA

Pada bulan Disember ini, Kuala Lumpur bakal mengalami gelombang keceriaan yang tiada bandingan dengan kunjungan daripada karakter klasik popular, Hello Kitty dan rakan-rakannya dari Sanrio dalam acara Hello Kitty terbesar dan terhebat di negara ini – “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA”. Bakal berlangsung dari 19 Disember 2015 hingga 19 Januari 2016 di VIVA Home Expo, acara Hello Kitty yang unik ini menjanjikan pengalaman interaktif yang menyeronokkan bersama keluarga. Acara ini bersesuaian dengan semua peringkat umur, tidak kiralah jika anda peminat Hello Kitty atau tidak.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1974, Hello Kitty dan rakan-rakannya dari Sanrio telah memberi keceriaan kepada setiap peminatnya di seluruh dunia. Bagi meneruskan tradisi yang telah lama wujud ini, “HELLO KITTY GO AROUND!! DI MALAYSIA” diadakan sebagai platform untuk peminat berkumpul, meraikan dan mencipta kenangan manis bersama Hello Kitty.

Joey Yong (Managing Director, Hey Day Sdn Bhd), Jane Chan (CEO, Hey Day Sdn Bhd), Hello Kitty, Carolne Tsang (COO, Sanrio Hong Kong)
Joey Yong (Managing Director, Hey Day Sdn Bhd), Jane Chan (CEO, Hey Day Sdn Bhd), Hello Kitty, Carolne Tsang (COO, Sanrio Hong Kong)

Bertemakan karnival vintaj ala Amerika, acara ini akan dibahagikan kepada zon berbeza yang direka khas agar pengunjung dapat mengimbau semula memori indah kehidupan awal Hello Kitty pada masa lalu. Suasana di sepanjang pesta tersebut bakal mencetuskan nostalgia kepada pengunjung dan sambil memberi peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti interaktif yang akan mengingatkan mereka kepada kenangan manis dan tradisi di masa lalu.

Mencipta kenangan yang berkekalan dan istimewa dengan orang yang tersayang “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA”, setiap pengunjung boleh berinteraksi dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan Hello Kitty, antaranya:

  • Karya seni unik Hello Kitty
  • Pondok permainan klasik dan interaktif
  • Bengkel-bengkel kreatif
  • Ruang makanan dan minuman Hello Kitty
  • Persembahan istimewa
  • Barangan dan cenderahati eksklusif Hello Kitty; dan juga
  • Peluang untuk bergambar dengan pameran dan patung Hello Kitty

Bagi memenuhi permintaan peminat setia di seluruh Malaysia, “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA” juga akan menampilkan sesi bertemu peminat eksklusif bersama Hello Kitty dan rakan-rakan, seperti My Melody. Selain daripada itu, pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan-persembahan istimewa dan berpeluang untuk membawa pulang pelbagai cenderahati. Eksklusif hanya di “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA”, peminat juga akan dapat menyaksikan “Kitty Garage” yang pertama dimana automobil Hello Kitty yang unik akan dipamerkan.

“HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA” pasti memberi pengalaman yang menyeronokkan untuk semua. Dari pondok tiket yang bertema di pintu masuk sehinggalah kepada permainan-permainan karnival dan bengkel yang berinspirasikan Hello Kitty – kami percaya acara ini akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti interaktif dan menyeronokkan, lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah di hujung tahun. Selain daripada aktiviti-aktiviti yang telah dinyatakan, hari ini kami teruja untuk mengumumkan yang Hello Kitty akan membuat penampilan istimewa pada tarikh-tarikh terpilih sepanjang karnival ini. Ini adalah diatas permintaan ribuan peminat setia Hello Kitty di Malaysia,” ujar Jane Chan, Ketua Pegawai Eksekutif daripada Hey Day Sdn Bhd, pemegang lesen rasmi dan penganjur utama “HELLO KITTY GO AROUND IN MALAYSIA”.

Hello Kitty and the paparazzi

Untuk melancarkan kempen pemasaran dan promosi “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA” Hello Kitty telah melepaskan dua puluh (20) buah kereta khas yang dihiasi logo Hello Kitty di Lembah Kelang. Tambah Jane, initiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen periklanan dan promosi untuk karnival tersebut yang akan bermula dari sekarang sehingga 19 Januari 2016!

“HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA” dibawakan khas kepada anda oleh Hey Day Sdn Bhd dan bakal berlangsung dari 19 Disember 2015 sehingga 19 Januari 2016 di VIVA Home Expo.. Penaja-penaja termasuklah Sticky Malaysia dan Sun Choice. Untuk keterangan lanjut berkenaan peluang penajaan acara “HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA”, sila hubungi Jane Chan (T: 03-7490 2128, E: jane@heyday.com.my).

Tiket akan mula dijual hari ini, 24 Jun 2015 bermula dari pukul 10 malam dan ke atas di www.hellokittygoaround.com.my. Sila layari www.facebook.com/HELLOKITTYGOAROUNDMALAYSIA untuk mendapatkan maklumat terkini

“HELLO KITTY GO AROUND!! IN MALAYSIA “ dan juga promosi tiket.

 

Tiket Isnin-Jumaat Sabtu-Ahad Acara Istimewa

Hari Sebelum Krismas/Hari Krismas/Tahun Baru dan Hari Jadi My Melody
(Disember 24 dan 25; Januari 1 dan 16)

Dewasa RM45.00 RM65.00 RM85.00
Kanak-kanak (dibawah 11 tahun) RM35.00 RM55.00 RM75.00

 

Bouchers Aktiviti
1 Tiket RM12.50
1 Buku (5 tiket) RM50.00

Check Also

Malaysia International Machinery Fair 2024 Bakal Diadakan Pada 11 hingga 13 Julai 2024 Di MITEC

Malaysia International Machinery Fair (MIMF) 2024 akan diadakan dari 11 hingga 13 Julai 2024 di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *