“Hi-5 House Party” Live In Malaysia 28 hingga 29 Disember 2013

Hi-5 House Party Keyart

Buat  pertama kalinya Hi-5 akan berada betul-betul di hadapan anda dalam jarak yang sangat dekat apabila mereka bakal membuat persembahan di Rumah, Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac), Sentul Timur bermula 28 Disember ini selama dua hari.

Acara penuh meriah itu hanya akan dihadiri kira-kira 650 peserta untuk satu pertunjukan dan jumlah itu sengaja dihadkan bagi membolehkan kanak-kanak yang  hadir  dapat  beramah  mesra  dengan  mereka  dengan  lebih  intim. Bukan itu saja, penonton juga berpeluang untuk menyaksikan kumpulan ini dari jarak dekat iaitu di hadapan pentas, sama seperti menontonnya di kaca TV dengan membeli tiket The Mosh Pit.

Persembahan mereka itu akan diadakan sebanyak tiga kali sehari iaitu pada jam 11 pagi, 2.30 petang dan 6 petang. Tiket dikategorikan kepada RM103 (tempat duduk  bernombor),  RM183  (tempat  duduk  bernombor)  dan  RM253 (tempat duduk/berdiri bebas – Mosh Pit ).

Acara ini dianjurkan oleh Hi-5 Operations Pte. Ltd dan diuruskan oleh The WonderLand+. Untuk persembahan kali ini, anggota senior Stevie, Lauren dan Dayen akan memperkenalkan ahli baru Ainsley dan Mary kepada penonton yang hadir ke pesta tarian ekstravaganza itu manakala rakan kegemaran Hi-5, DJ Chats akan memutarkan cakera padat dan membiarkan penonton bergoyang di lantai tari.

Semua orang suka berparti dan bersiap sedialah untuk menekan loceng rumah baru Hi-5 dan sebaik saja melangkah masuk ke rumah yang penuh keriangan itu, mereka akan membawa anda ke tempat yang paling menyeronokkan iaitu Hi-5 House Party yang hebat.

Untuk acara itu, Kumpulan Hi-5 ini akan menyampaikan lagu kegemaran peminatnya seperti L.O.V.E, Ready or Not dan Wish Upon A Star dan peminat juga bertuah apabila bakal diperdengarkan dengan lagu terbaru mereka yang dipetik dari program TV mereka “Hi-5 House” iaitu Dance with the Dinasours dan Come On In.

Justeru dapatkan segera kasut tari anda dan sertai acara keramaian terhebat ini. Tiket boleh didapati dari TicketPro di  www.ticketpro.com.my atau hubungi 03 7880 7999 atau KLPAC di 03 4047 9000. Untuk maklumat lanjut berkenaan acara itu,     anda     boleh     juga    melayari     laman    web      www.facebook.com / thewonderlandplus

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *