Himpunan 104 Buah Program Di 9 Buah Saluran ASTRO Terpilih Sempena Aidilfitri!

Bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pihak Astro dengan berbesar hati meneruskan tradisi dalam menghimpunkan variasi program istimewa khusus buat tontonan semua. Membawa tema Eratkan Jalinan, sebanyak 104 buah program menarik termasuk 46 buah program baru bakal memeriahkan musim perayaan ini di rangkaian sembilan buah saluran Melayu Astro yang terpilih iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Mustika HD (134), Astro Ceria (611), Bintang (141) dan Pelangi (142).

ASTRO RIA (SALURAN 104)

[Filem] KL Gangster

Sabtu, 18 Ogos 2012, 9.00 malam

Barisan pelakon: Syamsul Yusoff, Aaron Aziz, Adi Putra

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

[Hiburan] Mega Raya 2012

Sabtu, 18 Ogos 2012, 11.00 malam

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Barisan selebriti: Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Scha Alyahya, Elfira Loy, Kumpulan Shiro, Shahir, Hazama, Hafiz, Ebi, Chaq, Stacy, Akim, Adira, Aril, Shila Amzah, Kumpulan Kristal

Menyambung tradisi raya saban tahun, Megaraya 2012 menampilkan artis ekslusif Astro dan Mania bergabung dalam sebuah rancangan hiburan popular untuk Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi dan menyelitkan nyanyian, ucapan raya dan juga permainan yang menghiburkan. Pelbagai lagat artis dapat dilihat di dalam program ini.

[Filem] Khurafat

Ahad, 19 Ogos 2012, 12.30 pagi

Barisan pelakon: Syamsul Yusoff, Liyana Jasmay

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan.

[Hiburan] Propaganza Edisi Raya 

Ahad, 19 & 26 Ogos 2012, 12.00 t/hari

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 60 minit x 2 episod

Hos: Reza Mohamad, Marsha Milan

Reza dan Marsha kembali raya ini untuk mengamatkan keadaan di dalam suasana berbeza untuk temubual ekslusif bersama artis jemputan membicarakan perihal artis tempatan di hari Raya. Gabungan cerita yang menarik akan disiarkan untuk tatapan peminat industri seni tempatan.

[Muzikal] K-POPnya Raya

Ahad, 19 Ogos 2012, 1.00 petang

Durasi: 60 minit x 1 episod

Artis: Stacy, Adam AF, Kumpulan K-POP Malaysia

K-POPnya Raya merupakan sebuah rancangan muzikal tarian berbeza yang buat pertama kalinya di hoskan dalam dwi bahasa oleh hos Syakirin Husnal dengan menggunakan bahasa Korea dan Malaysia. Ia akan menampilkan selebriti-selebriti menari dan menyanyi kepada lagu-lagu raya yang diberi nafas baru.

[Realiti] Aaron & Zizan…Beraya Sampai Pengsan!

Ahad, 19 Ogos 2012, 4.00 petang

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 60 minit x 1 episod

Hos: Aaron Aziz, Zizan Razak, Shila Amzah

Sebuah program raya yang bakal memberikan kejutan kepada para peminat yang sangat fanatik kepada ketiga-tiga artis ini. Keadaan menjadi huru hara apabila mereka membuat gimik mengenakan peminat dengan pelbagai cara penyamaran sebelum mengaku diri mereka sendiri.Aksi dan gelagat peminat tersebut akan dirakamkan secara rahsia.

[Realiti] Ketupat Drop

Ahad, 19 Ogos 2012, 5.00 petang

Durasi: 60 minit x 1 episod

Hos: Karl Shafek, Scha Al Yahya

Ketupat siapakah yang bakal gugur raya ini? Ketupat Drop merupakan sebuah rancangan permainan hiburan sempena Aidilfitri membariskan peserta peserta terpilih untuk bermain pelbagai permainan berkaitan dengan perayaan Aidlfitri dalam masa yang di tetapkan. Pelbagai gelagat lucu peserta dapat dilihat sempena permainan ini.

[Realiti] Stailista Aidilfitri

19 – 21 Ogos 2012, 7.00 malam

Durasi: 30 minit x 3 episod

Artis: Que Haidar & Linda Jasmine, Didie Alias dan anak anak, Elfira Loy & adik beradik, Najwa Latif & adik beradik, Tomok dan anak, Siti Sarah dan keluarga

Rancangan ini membawa penonton untuk lebih dekat dengan selebriti kesayangan mereka dan keluarga mereka bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan fesyen-fesyen yang terkini. Siapakah yang bakal memberi sentuhan gaya yang terbaik di musim perayaan ini? Saksikan Stailista Aidilfitri.

[Telefilem] Takde Lembu Takde Raya

Ahad, 19 Ogos 2012, 10.00 malam

Barisan pelakon: Azlee Senario,Lan Zailan,Mie Raja Lawak,Epy RL & Gbob RL,Fadzil Zahari & Mon Ryanti

Mengisahkan tentang seekor lembu yang istimewa milik Pak Salih. Menurut Pak Salih, dia  ingin sembelihkan lembunya itu untuk dihidangkan kepada YB yang akan datang ke kampung mereka pada hari raya ketiga.  Pagi sehari sebelum raya tiba-tiba kampung itu digemparkan oleh kehilangan lembu Pak Salih itu. 

[Realiti] Helo Bro..Tolong Masak Raya Ni!

Isnin, 20 Ogos 2012, 1.00 petang

Durasi: 60 minit x 1 episod

Barisan selebriti: Nik Michael, Zamir, Fikree, Dr. Ezani, Dato’ Fazley, Hazama, Lufya AF

Kemuncak siri ini di Aidilfitri, Helo Bro..Tolong Masak Raya Ni! Menampilkan 3 jejaka hebat di dapur- Nik Michael, Zamir dan Fikree bakal bergotong royong bersama rakan-rakan chef selebriti dan artis jemputan untuk menganjurkan majlis hari raya untuk mereka yang serba kekurangan untuk berkongsi kegembiraan di samping bertujuan untuk mengagihkan dana “Duit Raya” yang telah dikumpul hasil dari sumbangan para artis yang menempah makanan di sepanjang bulan puasa.

[Realiti] Nusantara Raya Safee Sali

Isnin,  20 Ogos 2012, 6.00 petang

Durasi: 60 minit x 1 episod

Selebriti: Gambit Saifullah, Khairul Fahmi Che Mat, Safee Sali

Gambit Saifullah, pelakon tanah air dan Khairul Fahmi Mat, penjaga gol kebangsaan bertandang ke Indonesia untuk bertemu Safee Sali di kelab bola sepak Pelita Jaya untuk menyambut lebaran di sana.

[Telefilem] Apa Dah Jadi!

Isnin, 20 Ogos 2012, 10.00 pagi

Barisan pelakon: Farid Kamil, Intan Ladyana

Rita dan Raihan, sepasang suami isteri pulang ke kampong semasa hari raya.  Satu pagi semasa pulang dari pasar, mereka berbual di dalam kereta. Perbualan mereka lebih tertumpu kepada satu perkara iaitu siapa lebih teruk bekerja untuk membuat persiapan hari raya samada lelaki atau wanita. Perbualan yang pada mulanya biasa, tiba-tiba bertukar menjadi pertengkaran kerana masing-masing tidak mahu mengalah. Rita dan Raihan berpendapat alangkah bagusnya kalau mereka dapat seketika bertukar di mana Rita dapat menjadi Raihan dan sebaliknya.

[Filem] Hikayat Merong Mahawangsa

Isnin, 20 Ogos 2012, 9.00 malam

Barisan pelakon: Stephen Rahman Hughes, Dato Rahim Razali

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

[Komedi] Opocot  Latahnya Raya 2

Selasa, 21 Ogos 2012, 1.00 petang

Durasi: 60 minit x 1 episod

Hos: AC Mizal

Peserta: Noor Khiriah,Bell Ngasri,Zizie Fabulous Cat, Zazlin Zulkifli, Dira Abu Zahar, Ucop Cecupak, Azri AF, Ida Moein

Rancangan permainan istimewa yang menampilkan selebriti-selebriti yang melatah. Selebriti-selebriti ini dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada seorang lelaki dan 2 orang wanita. Rancangan yang meriah ini dihoskan oleh AC Mizal dan diulas oleh kumpulan Jambu.

[Realiti] Romantika Raya 

Selasa, 21 Ogos 2012, 4.00 petang

Durasi: 60 minit x 2 episod

Artis: Scha Alyahya & Awal Ashaari, Irma Hasmie & Redza Shah, Nabil & Zira

Sebuah program raya yang menyingkap realiti kehidupan beberapa pasangan selebriti yang masih baru berkahwin yang bakal mengalami pengalaman baru dan segar untuk menyambut raya untuk kali pertama.

[Muzikal] Randy! OhMyRaya!

Selasa, 21 Ogos 2012, 5.00 petang

Durasi: 60 minit x 1 episod

Hos: Randy Pangalilla, Erra Fazira, Shila Amzah, Elfira Loy, Drama band  

Rancangan Muzikal sempena Aidilfitri menampilkan pelakon pujaan ramai dari seberang, Randy Pangalila bersama peminat di Malaysia meraikan hari lebaran bersama buat pertama kalinya. Turut serta dalam rancangan Muzikal ini adalah artis artis terkemuka tanah air yang akan turut serta mendendangkan himpunan lagu raya secara duet bersamanya.

[Telefilem] Order Saja

Selasa, 21 Ogos 2012, 10.00 malam

Barisan pelakon: Wahid Senario, Azli Senario, Yana Shamsudin, Jihan Raja Lawak

Mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Saat dan Salihin.  Perhubungan mereka yang sangat rapat menyebabkan orang kampung menggelar mereka isi dan kuku.  Semuanya berubah pada satu hari di bulan puasa. Saat berbincang dengan isterinya, Murni dan Salihin berbincang dengan isterinya, Odah untuk mencari duit lebih untuk digunakan ketika hari raya.  Mereka akhirnya sepakat untuk menjual kuih raya di kampung mereka. Maka bermulalah promosi Saat dan Salihin dengan memasang kain rentang promosi di depan rumah masing-masing. Namun segalanya terbongkar apabila masing-masing ternampak kain rentang tersebut. Mereka saling menyangka bahawa itu adalah percubaan untuk menyekat rezeki dalam perniagaan yang baru hendak bermula itu. Mereka berjumpa dan kemudiannya bertengkar. Masing-masing tidak mahu mengalah.

[Telefilem] Pontianak Masih Beraya Di Kampung Batu

Selasa, 28 Ogos 2012, 9.00 malam

Barisan pelakon: Erra Fazira, Didie Alias, Yasmin Hani, Hairul Azreen, Mariani

Tira dan Riana kini tinggal di Kampung Batu setelah kakak mereka meninggalkan kampung tersebut akibat sebuah insiden. Mereka terkenal sebagai dukun dan bidan setelah kematian Mak Kiah. Tidak lama kemudian, Ruminah muncul dan mengaku sebagai adik kepada Mak Kiah dan Tira dan Riana terpaksa untuk menerimanya dalam hidup mereka. Ruminah menjangkakan mereka akan melayannya sebagai seorang puteri dan dia mengugut untuk membongkarkan rahsia mereka kepada orang-orang kampung dan teman lelaki mereka. Pada suatu hari, Ruminah memberitahu kepada mereka bahawa teman lelakinya bakal datang dari Indonesia untuk beraya bersama, namun kehadirannya menyebabkan kematian di kampung tersebut. Tira dan Riana bertindak untuk menyiasat kejadian tersebut.

[Telefilem] Hantu Susu Kembali

Rabu, 29 Ogos 2012, 9.00 malam

Barisan pelakon: Erra Fazira, Marsha, Amy Mastura, Sharifah Shahora, Reza Mohamed, Fir Affandi

Telefilem komedi mengisahkan empat hantu hidup dengan aman damai bersama orang kampung dan teman lelaki masing-masing, walaupun pada hakikatnya teman lelaki mereka tidak mengetahui bahawa mereka adalah hantu. Pada suatu hari, seorang demi seorang penduduk kampung ditemui mati dan hantu-hantu ini mula mengesyaki teman lelaki masing-masing sebagai pembunuhnya. Tanpa diketahui mereka, salah seorang daripada teman lelaki mereka merupakan adik kepada Hantu susu yang membantunya untuk mendapatkan kembali kuasa.

[Telefilem] Nenek Bongkok Tiga

Sabtu, 1 September 2012, 10.00 malam

Barisan pelakon: Izreen Azminda, Hairi Anak Wayang, Danial Al Arash

Sebuah telefilem seram yang mengisahkan satu kejadian yang menakutkan berlaku di sebuah Sekolah Menengah dimana kes rasukan dan histeria berjangkit-jangkit menghantui seluruh pelajar sekolah tersebut. Semua kejadian berlaku ada bersangkut dengan nenek bongkok tiga.

ASTRO PRIMA (SALURAN 105)

[Telefilem] Kasih Andak

Ahad, 19 Ogos 2012, 12.00 t/hari 

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Eman Manan, Fizz Fairuz, Vanida Imran & Sidek Hussin

Kisah mengenai Andak yang sangat menyayangi adiknya Syah. Andak mahu adiknya berjaya hingga ke universiti sehingga sanggup berkorban untuk tidak berkahwin dengan Imah. Sejak Syah ke universiti, dia telah lupa diri dan tidak pernah pulang ke kampung. Syah juga tidak pernah beraya di kampung bersama abangnya Andak.

[Hiburan] Raya Hafiz Raya

Ahad, 19 Ogos 2012, 2.00 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Hafiz AF, Nabil Raja Lawak, Herman Tino, Nor Khiriah, Anzalna, Zahid AF, Aril AF dan lain lain

Mengisahkan tentang seorang anak yang kecewa kerana bapanya dibunuh dan dia belum sempat memohon maaf dan rasa menyesal kerana bersikap kasar dengannya.Tetapi itu bukanlah kisah penamat tetapi suatu permulaan yang baru bagi Hafiz.

[Filem] Hantu Kak Limah Balik Rumah

Ahad, 19 Ogos 2012, 10.00 malam

Barisan pelakon: Awie, Zami Ismail, Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Pekin, Shoffi Jikan, Avaa Vanja, Nadia Mustafar

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

[Telefilem] Siapa Dapat Lisa

Isnin, 20 Ogos 2012, 12.00 t/hari 

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Abon, Didie Alias, Yasmin Hani

Semenjak berpindah ke kampung, Lisa menjadi perhatian anak muda di kampung tersebut terutamanya Jep dan Shuib. Hubungan mereka berdua menjadi dingin kerana masing-masing ingin medapatkan cinta Lisa dan sering berbalah demi mendapat hatinya. Jep dan Shuib adalah pemilik sebuah bengkel kereta dan mempunyai seorang pekerja bernama Sudirman. Jep cuba mengambil hati orang tua Lisa iaitu Mak Andak manakala Shuib pula cuba mengambil hati Pak Andak dengan harapan dijadikan bakal menantu.

[Hiburan] Eh! Eh! Raya Erra

Isnin, 20 Ogos 2012, 2.00 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan selebriti: Erra Fazira ,Datin Paduka Umie Aida, Zaida Rafik , Keith Foo dan lain lain.

Merupakan sebuah program yang berkonsepkan bual bicara raya yang dihoskan oleh Erra Fazira.

[Telefilem] Pulut Kacau Meriam Kabait

Selasa, 21 Ogos 2012, 12.00 t/hari

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Remy Ishak , Tasha Syilla , Afeeq Muiz , Arja Lee

Mengisahkan tentang Bayu, seorang jurugambar bebas yang berfikiran moden dan masih tidak dapat melupakan kekasihnya, Izati. Tanpa pengetahuan Izati, Bayu pergi ke kampung Izati untuk menyiapkan tugasannya merakamkan kehidupan di bulan ramadan serta cara membuat kuih tradisional. Kehadiran Bayu di kampung diterima baik oleh datuk, nenek dan Idham iaitu adik Izati.  Keadaan mula menjadi tegang apabila Izati pulang ke kampung dan masing-masing bersaing untuk membuat pulut kacau (wajik).

[Telefilem] Lemang Sebatang

Selasa, 21 Ogos 2012, 2.00 petang

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Azwan Ali, Rosnah Mat Aris, Angah, Mak Jah, Syanie, Zul Yahya, Tomok, Sharifah Shahira, Farouk Hussein, Soo Wincci, Thanuja, Zaibo, Karl Shafek

Kisah suka duka Lemang yang hidup sebatang kara lalu pulang ke kampung halamannya, Kg Sg Keli. Kepulangan Lemang telah menimbulkan nostalgia cintanya dengan empat orang gadis kampung iaitu Najwak, Yunak, Yen Yen & Kumari. Kg Sg. Keli juga menjadi kecoh bila Lemang berhajat menganjurkan program realiti masakan bertajuk ‘Kemuncak Miss & Mr. Chap Sg Keli 2012’.

[Telefilem] Spagetti Kuah Lodeh

Rabu, 22 Ogos 2012, 12.00 t/hari

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Azhan Rani, Siti Rohana, Aishah Alias, Liza Abdullah, Fadhil Dani, Hail Amir, Uji Rashid & Adira AF

Mengisahkan Zikri yang tidak suka dengan bangsa asing akhirnya jatuh cinta ekoran sikap gadis barat yang berjaya memikat hatinya. Kiki ialah seorang gadis yang berasal dari barat dan telah datang ke Malaysia kerana mahu merasai sendiri sambutan bulan Ramadan dan Syawal. Namun, dia kemudiannya ditakdirkan telah jatuh cinta dengan Zikri.

[Hiburan] Konsert Kilauan Emas Aidilfitri

Rabu, 22 Ogos 2012, 2.00 petang

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan selebriti: Raja Azura, Ebby Yus, Othman Hamzah, Azlina Aziz, Dato DJ Dave, Salimah Mahmod, Hetty Koes Endang, Juliza Adlizan, Ramlah Ram dan para finalis Kilauan Emas Musim Kedua.

Teater muzikal yang akan melibatkan beberapa penyanyi hebat dari zaman keemasan bergabung dengan Finalis Kilauan Emas Musim Kedua. Konsert istimewa ini turut disertai oleh iringan pemuzik secara langsung disamping menampilkan pelbagai lagu hari raya dan menyelitkan kisah komedi.

[Filem] Ngangkung

Rabu, 22 Ogos 2012, 10.00 malam

Barisan pelakon: Shaheizy Sam, Azad, Angah Raja Lawak, Putri Mardiana, Eira Syazira, Echa, Azlee Senario, Ruzaidi Abdul Rahman, Reanna, Mazlan Pet Pet

‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

[Telefilem] Hati Seorang Wanita

Khamis, 23 Ogos 2012, 12.00 t/hari

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Nor Khiriah, Lisdawati, Zamarul Hisyam, Azhan Rani

Mengisahkan pertembungan penderitaan dua orang wanita yang bergelar ibu. Su memiliki seorang anak yang masih hidup namun sensara menanti kematian anaknya kerana mengidap sakit barah hati. Manakala Julia seorang janda yang kehilangan suami dan anak tunggalnya dalam kemalangan jalan raya. Namun mereka dipertemukan dalam konflik yang menambahkan lagi penderitaan mereka sebagai seorang wanita dan ibu.

[Hiburan] Konsert Reunion Pop Yeh Yeh

Khamis, 23 Ogos 2012, 2.00 petang

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan selebriti: Dato’ Jeffrydin, Dato L.Ramlee, Orkes Nirwana, Datuk A Rahman Hassan, Datin Azizah, Zurah, A Halim, Fatimah M. Amin, A.Rahman Onn, S. Mariam dan lain lain lagi.

Konsert ini sebagai satu inspirasi kepada pemuzik muda untuk menghargai kerja keras, pengorbanan, kesetiaan melalui industri muzik dari artis legenda ‘Pop Yeh Yeh’. Ia juga sebagai satu inspirasi untuk bakat muda hari ini untuk menghasilkan lagu-lagu kenangan malar hijau yang mempunyai identiti tersendiri melalui perjalanan muzik tempatan kita.

[Telefilem] Aku Janda Belum Kaya

Jumaat, 24 Ogos 2012, 12.00 t/hari

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Rozita Che Wan, Ifa Raziah, Kaza dan Anzalna

Menceritakan tentang gelagat Nisa,yang merancang untuk membunuh suaminya dalam usaha menuntut insuran yang berharga 5 juta ringgit. 

ASTRO OASIS (SALURAN 106)

[Kembara] Destinasi Prihatin Ustazah Pilihan

Ahad & Isnin, 19 & 20 Ogos 2012, 6.30 petang

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 30 minit x 2 episod

Hos: Ustazah Masfira, Ustazah Firuz Akhtar & Ustazah Nurul Hidayah

Bank Islam menganjurkan sebuah pertandingan untuk membantu, memulihkan pendapatan individu dan mengembangkan perniagaan yang diceburi oleh mereka ini (bagi yang telah sedia ada) yang menyertai program anjuran bank Islam dengan kerjasama Astro Oasis melalui program Ustazah Pilihan dengan ganjaran sebanyak RM10,000. Seramai 5 orang peserta terpilih untuk memasuki program ini. Kertas cadangan yang berjaya menerima RM10,000 ini dihantar kepada Astro Oasis dan Bank Islam dan  dipilih oleh Ustazah Fira, Ustazah Firuz & Ustazah Hidayah.

[Siri Pencarian] Imam Muda Musim 3 – Jejak

Selasa & Rabu, 21 & 22 Ogos 2012, 6.30 petang

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 30 minit x 2 episod

Hos: Juara & Naib Juara Imam Muda 3

Program pasca Imam Muda ini akan menceritakan  tentang kisah suka duka pahit maung perjalanan hidup Individu yang bergelar Juara Imam Muda. Episod ini juga akan turut menjejaki individu berjaya ini ke pangkuan keluarga, sahabat handai serta kampung halaman yang ditinggalkan bagi mencari ilmu dan pengetahuan ketika di dalam program Imam Muda. Selain mengimbas suasana silam, episod ini juga akan mendedahkan perkongsian aspirasi, masa depan dan perancangan hidup sebagai Juara Imam Muda

[Travelog] Rasa Halal Antarabangsa Raya (Australia & Korea)

Khamis & Jumaat, 23 & 24 Ogos 2012, 6.30 petang

Durasi: 30 minit x 2 episod

Hos: Heliza Helmi

Episod Raya Rasa Halal Australia memaparkan situasi umat Islam menyambut hari raya di Australia & Korea dan gaya hidup komuniti Islam di sana serta tempat-tempat untuk mendapat bahan dan makanan halal di kedua-dua destinasi yang dikunjungi.

[Telefilem] Takbirku Bernoktah

Jumaat, 24 Ogos 2012, 10.00 pagi

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Qazem Nor, Mazlan Anak Wayang, Hairi Anak Wayang, Maimon Talib, Hisyam Ahmad Tajuddin       

Selepas kematian suaminya, Mak Yam memutuskan untuk mengumpul tiga cucu beliau untuk mengalihkan perhatiannya dari kesepian. Ariff, Uzir dan Zahim dibangkitkan dengan cinta, penjagaan dan panduan yang banyak. Manakala Ariff dan Uzir dilahirkan sebagai anak yang taat. Manakala Zahim pula lebih bersikap memberontak.

[Telefilem] Tanah Kubur; Mencari Lailatulqadar

Sabtu, 25 Ogos 2012, 10.00 pagi

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan pelakon: Nasir Bilal Khan, Hamidah Wahab, Talha Harith, Syafiq Kyle, Abu Bakar Omar, Amilin, Sheira Ayub, Nuralbaniah

Tok Adi membawa isterinya Rosnah bersama Ezal dan Johan menemui abangnya Pak Ngah. Pak Ngah adalah bekas penghulu di kampung itu. Dia hidup sendirian setelah isterinya meninggal dunia. Anaknya Alim pula sering tidak ada di rumah. Alim dan rakannya Tuba terlibat dengan pelbagai kegiatan jahat dan maksiat di kampung itu. Pak Ngah tahu mengenai semua kegiatan itu tetapi dia tidak dapat melarangnya kerana Alim tidak langsung mahu mendengar katanya.

ASTRO CERIA (SALURAN 611)

[Animasi] Upin & Ipin Raya

Setiap hari pada minggu pertama Syawal, 12.25 t/hari/6.55 petang

Durasi: 5 minit x 3 episod

Upin & Ipin merupakan sebuah siri animasi mengenai 2 adik beradik kembar berumur 5 tahun, Upin dan Ipin, menceritakan tentang pengalaman pertama mereka berpuasa di bulan Ramadhan. Ceria ini diberitahu melalui perspektif mereka dengan cara yang mudah difahami, dan lucu. Nenek mereka, Opah, dan Kakak Ros sedia untuk memberi mereka panduan dan nasihat di dalam cerita ini. Nilai-nilai murni dalam cerita ini senang difahami oleh kanak-kanak dan dapat mempengaruhi mereka dengan positif.

Ceria Berhari Raya S3

Setiap hari sepanjang bulan Syawal, 7.30 malam

Durasi: 2 minit x 14 episod

Barisan selebriti: Alif Satar, Zamir MasterChef Malaysia, Dato’ Fazley

Selebriti-selebriti berkongsi pengalaman yang menarik atau kelakar semasa menyambut Hari Raya sewaktu mereka membesar. Mereka akan turut memberi nasihat berdasarkan pengalaman mereka.

[Animasi] Pada Zaman Dahulu (Raya)

19 & 20 August 2012, 11.00 pagi

Ulangan: 2.00 petang & 7.00 malam

Durasi: 7 minit x 2 episod

Pada Zaman Dahulu menceritakan mengenai Aris dan Ara, pasangan adik-beradik yang cuba menyesuaikan diri di persekitaran kampung kerana ditinggalkan sementara bersama Datuk mereka, Aki. Aki menggunakan peluang yang ada dengan membawa mereka mengembara kisah-kisah teladan tentang kepintaran Sang Kancil dan haiwan-haiwan lain di dalam hutan sambil mendapat iktibar dan pengajaran dengan cara yang mudah dan seronok.

ASTRO CITRA (SALURAN 131)

[Filem] It’s A Great Great World

Ahad, 19 Ogos 2012, 7.00 malam

Durasi: 2 jam

Barisan pelakon: Olivia Ong & Gurmit Singh

Ikuti kisah yang diinspirasikan daripada sebuah taman tema yang terkenal di Singapura, Great World. Pelbagai kisah yang penuh iktibar dapat diperolehi dari filem ini.

[Telefilem] Kau Untukku

Ahad, 19 Ogos 2012, 11.00 malam

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 1 jam 50 minit

Barisan pelakon: Remy Ishak, Dira Abu Zahar & Johan Ashaari

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam. Apabila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula

[Filem] Karipap-Karipap Cinta

Ahad, 26 Ogos 2012, 10.00 malam

Durasi: 2 jam

Barisan pelakon: Gambit Saifullah, Melia Aimellia

Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamtkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.  Dalam usaha unutk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar.

ASTRO WARNA (SALURAN 132)

 [Telefilem] Ini Baru Betul Raya

Isnin, 20 Ogos 2012, 4.00 petang

Durasi: 90 minit x 1 episod

Barisan pelakon: Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Nabil Raja Lawak, Wan Sharmila, Amran Tompel, Maimun Mutalib, Norlia Ghani, Enot

Aidilfitri tahun lepas. Yudin yang sudah 2 tahun berkerja di Kuala Lumpur balik beraya dengan cukup bergaya dan mewah. Lagak Yudin  menarik perhatian Mak Besah, ibu Ajin dan juga Mak Semah, ibu Salam. Dalam diam, Mak Besah dan Mak Semah simpan hasrat mahu lihat anak lelaki mereka jadi lebih hebat, lebih bergaya dan lebih mewah dari Yudin pada Aidilfitri tahun depan

[Telefilem] Daging Batang Pinang

Rabu, 22 Ogos 2012, 10.00 malam

Durasi: 90 minit x 1 episod

Barisan pelakon: Abon, Raja Azura, Didie Alias

Kisah Jalil yang kesepian tidak diperdulikan isterinya Ann yang asyik berniaga jamu akhirnya jatuh cinta dengan seorang Non Janda yang membuka gerai makan di kawasan berhampiran. Timbul kekecohan apabila Bedah mengadu kepada Ann dan Ann berjaya mengintip gerak-geri Jalil dan Non Janda. Akhirnya Jalil tetap menikahi Non Janda dan membawanya tinggal bersama Ann dan dirinya.

[Hiburan] Melatah Raya 2012

Khamis, 23 Ogos 2012, 9.00 malam

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 60 minit x 1 episod

Barisan pelakon: Tauke Jambu & Man Belon

Sebuah program kejutan yang dihoskan oleh Tauke Raja Lawak dan ditemani, Man Belon. Tauke dan Man Belon akan mengenakan artis-artis melatah seperti Opie Zami, Nana, Nadia Mustapha, Jaafar Onn, Maya, Ropie, Norliah Ghani, Mak Jah dan Enot semasa sambutan hari raya pada tahun ini di beberapa lokasi seperti di rumah, pejabat dan rumah kenalan. Melatah Raya akan mengungkil siapakah yang paling hebat melatah di antara artis tersebut. Di samping itu juga, program ini akan memaparkan info melatah artis-artis ini.

[Hiburan] Warna Raya 2012

Jumaat, 24 Ogos 2012, 4.00 petang

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 90 minit x 1 episod

Barisan pelakon: AC Mizal, Nabil, Kumpulan Boboi, Kumpulan Sepahtu, Kumpulan Osbon, Kumpulan Shiro, Kumpulan Jambu

Warna Raya merupakan satu program lawak yang menghimpunkan para pelawak tanah air dalam program Raja Lawak, Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega di dalam satu program yang berkaitan dengan Hari Raya. Program yang diadaptasi dari cerita 3 Abdul ini mengandungi seorang dalang yang dilakonkan oleh AC Mizal yang akan bercerita mengenai hal berkaitan dengan Hari Raya atau pun persiapan raya. Segala yang diceritakan ini mempunyai kaitan dengan kehidupan realiti masyarakat dengan sambutan Hari Raya.

[Hiburan] Karoot Komedia X Raya

Jumaat, 24 Ogos 2012, 10.00 malam

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 60 minit x 1 episod

Barisan pelakon: Johan, Yus, Shuib, Jepp, Ebby Yus, Sabri Yunus, Nabil dan Kila Fairy

Kecohan berlaku di wad pesakit. Terdapat tiga pesakit yang dimasukkan ke rumah sakit di petang raya. Pertama kerana main mercun, kedua kerana ditendang lembu sewaktu hendak sembelih lembu, ketiga kerana jatuh daripada tangga sewaktu membantu isteri menggantung kain langsir. Kekecohan berlaku kerana isteri dan skandal datang melawat yang mana kebetulan mereka dijaga oleh seorang doktor jelita.

[Hiburan] Lawak Ke Der?

Sabtu, 25 Ogos 2012, 9.00 malam

Siaran serentak: Saluran Mustika HD (134)

Durasi: 2 jam 30 minit x 1 episod

Barisan pelakon: Jozan, Nabil, Boboi dan Harith Iskandar

Persembahan sketsa komedi hebat yang dilakukan pelawak terkenal di Istana Budaya. Pelawak yang membuat persembahan ialah Harith Iskandar, Boboi, Jozan dan dihoskan oleh Nabil.

MUSTIKA HD (SALURAN 134)

[Hiburan] Konsert Wings: Best Of Rock

Ahad, 19 Ogos 2012, 10.00 malam

Durasi: 60 minit x 1 episod

Artis: Kumpulan Wings

Saksikan konsert istimewa daripada kumpulan lagenda rock terkenal Malaysia, Wings yang akan mempersembahkan lagu-lagu terbaik mereka,secara eksklusif hanya di Astro Mustika HD

[Drama bersiri] Adam & Hawa

Setiap Isnin – Khamis, 10.00 malam, bermula 27 Ogos 2012

Durasi: 30 minit x 80 episod

Barisan pelakon: Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim,  Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid

Ain Hawani terpaksa dikahwinkan dengan Adam apabila mereka berdua ditangkap berkhalwat atas salah faham. Meskipun Ain menafikannya, Adam hanya berdiam diri dan membiarkan semuanya berlaku. Kerana kecewa, Ain lari meninggalkan Adam keseorangan menanti kepulangan isteri yang dicintainya. Bertahun berlalu dan akhirnya mereka dipertemukan semula. Namun adakah mereka akan mengetepikan ego dan menyerah pada perasaan yang sememangnya mendambakan diri masing-masing?

INDO PEK – BINTANG (SALURAN 141)

[Hiburan] Opera Van Java Spesial Lebaran

Ahad, 19 Ogos 2012, 3.30 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Andre Taulani, Parto, Sule

Sempena menyambut Hari Lebaran, Trio Opera Van Java, Andre Taulani, Parto, dan Sule tidak ketinggalan tampil dengan tema Raya untuk menghiburkan penonton.  Tema-tema fizikal humor seperti biasa akan menghiburkan anda di samping hiasan set di studio yang dipenuhi dengan suasana raya akan pasti digunakan sebaik mungking oleh mereka.

[Hiburan] Harmoni: Cinta Indonesia

Ahad,  19 Ogos 2012, 9.00 malam

Durasi: 120 minit x 1 episod

Barisan artis: ST12, Wali, Ungu, Syahrani, Afgan, Gita Gutawa, SM*SH, Nidji, Kotak, Geisha, Rossa, D’Bagindas, Armada, Ridho Rhoma, Xo-IX, Dira Sugandhi, Lea Simanjuntak, Eka Deli, 7icons, Cherrybelle, dan masih banyak lagi.

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia, SCTV menganjurkan sebuah konsert yang disertai oleh pelbagai selebriti terkenal berserta iringan muzik yang dimainkan merdu oleh Erwin Gutawa Orchestra.

[Hiburan] Harmoni: Masterpiece By Erwin Gutawa

Isnin, 20 Ogos 2012, 11.00 pagi

Durasi: 3 jam x 1 episod

Barisan artis: Iwan Fals, Rossa, Afgan, Vidi Aldiano, Gita Gutawa, Eka Deli, Dira Sugandhi, Sandy Sandoro, Kotak, Waldjinah

Seorang konduktor muzik yang berjaya di muzik arena Indonesia yang turut digandingkan dengan Dato’ Ramli MS. Menampilkan Iwan Fals, Rossa, Afgan, Vidi Aldiano, Gita Gutawa, Eka Deli, Dira Sugandhi, Sandy Sandoro, Kotak, Waldjinah, pemuzikal Laskar Pelangi, yang akan mendendangkan lagu-lagu ciptaan beliau.

[Bual Bicara] Bukan Empat Mata Spesial Lebaran

Isnin, 20 Ogos 2012, 11.00 malam

Durasi: 1 jam 30 minit x 1 episod

Barisan artis: Ustadz Udje, Titi Kamal, Pipit

Bukan Empat Mata kali ini menampilkan artis-artis popular seperti UstadZ Udje & Pipit, Titi Kamal, untuk mendendangkan lagu – lagu baru yang berunsurkan bulan Syawal yang mulia. Kehadiran Udin Nganga ke set Bukan 4 Mata pula sebagai kejutan kepada Ustaz Udje.

[Hiburan] Harmoni: Tribute To Rock

Selasa, 21 Ogos 2012, 11.00 pagi

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Iwan Fals, Dewi Persik, Fachri, Firman

Bukan sekadar konsert muzik biasa, Harmoni kali ini didukung penyanyi popular Indonesia seperti Once Mekel, Shandy Sandoro, Firman, Iwan Fals, San San “PWG”, Candil, Berry “ST Loco”, Dewi Sandra, Posan “Winner”, Fachri, Ina Kamari, Bima, Bagas “Super7”, Onad “KMI”, Oli “Winer”, Tata Janetta, dan Dewi Persik. Mereka akan menghiburkan peminat  dengan sajian lagu-lagu yang telah yang sangat epik dan berkelas dan diiringi Vicky Sianipar Orchestra.

[Hiburan] Zona Memori: Hetty Koes Endang

Isnin, 20 Ogos 2012, 3.30 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Hetty Koes Endang

Sebuah program yang akan mengembalikan nostalgia anda pada penyanyi-penyanyi yang pernah menghiburkan kita tidak lama dahulu.

[Hiburan] Zona Memori: Bob Tutopoli & Koes Hendratmo

Selasa, 21 Ogos 2012, 3.30 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Bob Tutopoli & Koes Hendratmo

Sebuah program yang akan mengembalikan nostalgia anda pada penyanyi-penyanyi yang pernah menghiburkan kita tidak lama dahulu.

INDO PEK – PELANGI (SALURAN 142)

[Filem] Arwah Goyang Kerawang

Sabtu, 18 Ogos 2012, 10.00 malam

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Julia Perez dan Dewi Perssik

Lilis terpaksa kembali menjadi penari di sebuah kumpulan tarian jaipong Goyang Karawang, setelah sekian lama dunia yang dulu pernah membesarkan namanya sebelum berkahwin. Aji sebagai suami Lilis, tidak lagi bisa mencegah karena Aji tidak berdaya karana keadaan ekonomi rumah tangganya berantakan semenjak dia menganggur. Kembalinya Lilis kedalam kumpulan rupanya membuat perubahan yang luar biasa. Disetiap penampilannya diatas pentas, Lilis selalu saja menjadi pusat perhatian pengunjung pub Bintang Kejora.

[Filem] Sang Pencerah

Ahad, 19 Ogos 2012, 4.00 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Adipati Dolken, Maudy Ayunda, Surya Saputra, Agus Kuncoro, Kinaryosih, Geccha Qheagaveta

Vino tidak terlalu rapat dengan keluarga apalagi setelah papanya, Amir muflis akibat ditipu oleh rakan perniagaannya hingga mereka pindah dari perumahan elit ke rumah sewa. Ibunya, Mirna melarikan diri dari rumah, bahkan sanggup meninggalkan Wina, puterinya yang berusia 5 tahun. Suatu ketika Wina terjatuh di bilik mandi dan terpaksa menjalani pembedahan dan jika tidak, kakinya akan dijangkiti kuman dan dipotong.

[Filem] Kehormatan Di Balik Kerudung

Isnin, 20 Ogos 2012, 4.00 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Donita, Andhika Pratama, Ussy Sulistiawaty

Filem ini diangkat daripada novel karya Ma’mun Affany di bawah arahan Tya Subiakto Satrio. Syahdu adalah wanita yang berhati mulia namun keras hati. Dia tinggal bersama ibu serta adiknya, Ratih. Meskipun mereka hidup dalam kesederhanaan, Syahdu sangat mencintai keluarganya. Segalanya bermula dari niat Syahdu untuk mengunjungi datuknya di Pekalongan.

[Filem] Get Married 3

Selasa, 21 Ogos 2012, 4.00 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Nirina Zubir, Amink, Ringgo Agus

Kesinambungan kisah Get Married 1 & 2. Kali ini ia berkisar tentang Mae dan Rendy dalam menguruskan anak-anak mereka tanpa bantuan sesiapa. Mereka mahu berdikari namun pelbagai masalah timbul apabila Mae mengalami ‘baby blue’ yang membuatkan Mae murung dan penuh emosi. Ikuti kisah selanjutnya di Get Married 3.

[Filem] Malaikat Tanpa Sayap

Rabu, 22 Ogos 2012, 4.00 petang

Durasi: 2 jam x 1 episod

Barisan artis: Lukman Sardi, Zaskia Adya Mecca, Slamet Rahardjo, Giring Ganesha, Ihsan Taroreh

Sekembalinya dari Mekah, Darwis mengubah namanya menjadi Ahmad Dahlan. Dia menjadi keliru dengan ajaran syariat Islam dan menyebabkannya melencong ke arah Syirik dan Bid’ah. Dengan sebuah kompas, dia menunjukkan arah kiblat di Masjid Besar Kauman yang selama ini diyakini menghala ke barat iaitu Afrika bukan menghadap ke Ka’bah di Mekah. Kata-kayta beliau ini membuatkan para ahli ulama termasuk penghulu Masjid Agung Kauman, Kyai Penghulu Cholil Kamaludiningrat marah.

[Bual Bicara] Just Alvin

Setiap Ahad, 19, 26 Ogos & 2 September 2012, 1.00 petang

Durasi: 90 minit x 3 episod

Barisan artis: Alvin

Program bual bicara setiap minggu yang dihoskan Alvin, akan membincangkan mengenai isu dan peribadi artis terkenal Indonesia dalam 3 episod istimewa sempena Raya iaitu:

ü  Big Heart – Sammy Simorangkir (19 Ogos 2012)

ü  Remembering 5yrs Chrisye (26 Ogos 2012)

ü  Message of Love (2 September 2012)

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *