Huawei Mate 8 dilancarkan di Malaysia

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Huawei Technologies Malaysia telah mencabar landskap perniagaan tradisional di Malaysia menerusi tawaran produknya. Kini, Huawei menawarkan satu pilihan baharu kepada pengguna apabila mendefinisikan kembali kehidupan premium serta aspek pengurusan perniagaan melalui pelancaran telefon pintar Huawei Mate 8.

Dilancarkan bersama satu rangkaian produk baharu – MediaPad M2 10.0, Huawei Watch Jewel dan Elegant, serta pengenalan Nexus 6P Gold Edition – Huawei turut bekerjasama dengan beberapa buah syarikat seperti Swarovski AG dan syarikat-syarikat telekomunikasi utama di Malaysia.

DSC_2894

“Kami teruja untuk melancarkan Huawei Mate 8 kerana kami percaya bahawa Mate 8 sesuai dengan gaya hidup kebanyakan daripada kita pada hari ini. Malaysia merupakan antara negara terawal di rantau selatan Pasifik yang melancarkan produk ini,” kata Pengarah Negara, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Zhu Yong Gang dalam ucapannya sewaktu pelancaran Huawei Mate 8 pada pagi ini.

“Selari dengan komitmen kami untuk memenuhi keperluan pengguna yang kian berkembang, Huawei Mate 8 telah mendefinisikan semula aspek reka bentuk dan pengalaman. Sekali gus membawakan gaya baru kepada golongan usahawan elit muda. Ia diinspirasi bagi membantu para usahawan dan ahli perniagaan muda untuk menyeimbangkan tugas dengan hiburan. Sebab itu beberapa orang usahawan terkenal Malaysia ada bersama kita pada hari ini. Telefon pintar ini membuktikan komitmen kami. Bukan sahaja untuk segmen premium, malah buat semua kategori pengguna dengan menawarkan sentuhan, penampilan dan pengalaman yang premium,” katanya lagi.

DSC_3196

Huawei Mate 8 dikuasakan oleh chip Kirin 950 dan merupakan pemproses terbaik yang ada sekarang. Kirin 950 membolehkan Mate 8 mencapai prestasi yang tinggi tanpa menghabiskan tenaga bateri dengan pantas. Dengan sekali caj penuh, ia mampu bertahan selama dua hari. Dengan bateri berkapasiti 4000MaH dan teknologi pengecasan pantas, Mate 8 mampu menawarkan kegunaan sepanjang hari dengan tempoh caj hanya 30 minit. Ini menjadikannya cukup ideal untuk mereka yang kerap mengembara.

Huawei Mate 8 turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan melalui teknologi sentuhan cap jari generasi baru. Teknologi sentuhan cap jari itu mempunyai beberapa fungsi lain seperti memastikan keselamatan fail, menutup aplikasi, mematikan jam loceng, mengambil gambar dan menjawab panggilan. Dengan firewall yang ditawarkan oleh Kirin950s TrustZone dan secure OS, Mate 8 berupaya melindungi semua data daripada diceroboh, walaupun telefon pintar itu dicuri.

DSC_3277

Bukan itu sahaja, Huawei Mate 8 didatangkan dengan teknologi Super Hands-Free 3.0 yang membolehkan anda menggunakan operasi bebas tangan dari jarak sehingga 3 meter. Teknologi ini juga mampu mengenal pasti sumber bunyi dari arah yang spesifik. Ia membolehkan pengguna memainkan semula rakaman dan mendengar semua perbualan di sekeliling Mate 8 dengan jelas, sekali gus meningkatkan kecekapan dalam kalangan ahli perniagaan.

Memandangkan semakin ramai pengguna pada hari ini gemar merakamkan kehidupan seharian menerusi satu siri foto, Huawei Mate 8 mempunyai sudut penstabilan imej yang terbaik dalam industri. Ia akan menegakkan imej yang diambil dari satu sudut secara automatic, contohnya semasa mengambil gambar dengan keadaan bergoyah. Bagi ahli perniagaan, Mate 8 boleh mengesan dan menyimpan maklumat daripada kad-kad perniagaan yang telah diimbas ke dalam senarai hubungan di dalam telefon secara automatik.

DSC_3286

Mate 8 membenarkan penggun menggunakan buku jari sebagai satu input alternatif. Seterusnya membolehkan mereka memanfaatkan sepenuhnya skrin dan tidak terhad kepada hujung jari sahaja. Pengguna boleh mengambil screenshot penuh atau separuh dengan mengetuk satu buku jari sebanyak dua kali. Dengan menggunakan dua buku jari, anda boleh memulakan atau menghentikan rakaman skrin. Gestur buku jari juga boleh digunakan untuk membuka aplikasi.

“Pelancaran hari ini bukan sahaja menandakan kebolehdapatan Huawei Mate 8, malah kami juga berbangga untuk menawarkan portfolio dan produk terbaharu kami demi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan,” kata Zhu.

Huawei Mate 8 akan didatangjan dalam empat warna melalui dua varian. Varian Standard terdiri daripada warna perak (moonlight silver) dan kelabu (space grey). Manakala varian Premium pula tampil dengan warna emas (champagne gold) dan coklat (mocha brown). Huawei akan mengadakan satu promosi pada hari pembukaan jualan Huawei Mate 8 iaitu 11 Mac 2016. Seramai 88 orang pembeli terawal Mate 8 akan membawa pulang seutas Huawei TalkBand B2 bernilai RM668.

DSC_2504

Jam Tangan Pintar Huawei untuk Golongan Wanita

Dibina berasaskan kepada kejayaan pelancaran Huawei Watch pada tahun lalu, syarikat mengumumkan kehadiran jam tangan pintar Android Wear buat pengguna wanita yang dikenali sebagai Jewel dan Elegant. Kedua-dua jam tangan pintar ini tampil menyerlah dengan warna emas, tali yang nipis serta rekaan kemas dan beralun, di sebalik wajah Kristal Sapphire berbentuk bulat. Model Elegant tampil dengan saduran badan berwarna emas (rose-gold). Manakala Jewel pula hadir dengan badan berwarna emas dan ditatah dengan 68 Swarovski Zirconia. Jam tangan ini menawarkan rekaan yang lebih lembut dan feminin berbanding jam tangan pintar pertama Huawei. Kedua-dua jam tangan pintar ini mempunyai diameter 44mm, menjadikannya 2mm lebih lebar berbanding model terdahulu. Jam tangan Huawei Watch ini menawarkan pengguna kecantikan yang tidak ditelan zaman untuk apa jua kegunaan.

DSC_2481

MediaPad M2 10.0

Huawei MediaPad M2 10.0 ialah tablet premium yang fokus untuk berkongsi audio dan video buat seisi keluarga. Dilengkapi empat pembesar suara dan empat amplifier kuasa, selain dikonfigurasi atas khidmat nasihat pakar daripada syarikat audio terkemuka dunia Harman Kardon, tablet ini menawarkan kualiti bunyi terbaik berbanding mana-mana tablet di pasaran. M2 juga hadir dengan pen stylus canggih yang membolehkan pengguna menulis, melukis dan identifikasi formula untuk menyokong aspek hiburan, membuat kerja sekolah, serta tugasan asas di rumah atau pejabat. Ia merupakan tablet Android pertama di dunia yang menyokong identifikasi tekanan cap jari dan mampu menyimpan sehingga lima cap jari. Ini membuatkannya boleh dinikmati sepenuhnya oleh seluruh ahli keluarga. 

Gold Nexus_H2

Nexus 6P Gold Edition

Nexus 6P ialah salah satu telefon pintar utama yang dilancarkan pada tahun 2015. Huawei meneruskan kolaborasi dengan Google apabila melancarkan Nexus 6P Gold Edition yang baru. Nexus 6P edisi khas ini menawarkan pilihan bergaya kepada mereka yang mahukan peranti lebih mewah dan premium.

Huawei Mate 8 boleh didapati di kedai-kedai pada 11 Mac 2016. Ia turut ditawarkan oleh rakan telco seperti Maxis, Celcom, Digi dan RedOne. Telefon ini juga boleh dibeli menerusi VMall (www.vmall.my) dan rakan dalam talian Lazada (www.lazada.com.my) mulai 8 Mac. Nexus 6P Gold Edition hanya ditawarkan di VMall. MediaPad M2 10.0 dan jam tangan Huawei Watch Jewel dan Elegant akan dijual bermulai pengakhiran bulan April.

Harga runcit yang dicadangkan adalah seperti berikut:

  • Huawei Mate 8 varian Standard dalam warna Moonlight Silver dan Space Grey– RM2,099
  • Huawei Mate 8 varian Premium dalam warna Champagne Gold dan Mocha Brown – RM2,399
  • Nexus 6P Gold Edition – RM2,698
  • Huawei MediaPad M2 10.0
    • Warna Perak 2GB + 16GB , WiFi – RM1,299
    • Warna Perak 2GB + 16GB, LTE dengan pen stylus – RM1,599
    • Warna Emas 3GB + 64GB, WiFi dengan pen stylus dan sarung – RM1,699
    • Warna Emas 3GB + 64GB, LTE dengan pen stylus dan sarung – RM1,999
  • Huawei Watch Jewel – RM2,299
  • Huawei Watch Elegant –RM1,999

Maklumat lanjut mengenai Huawei Malaysia dan Huawei Mate 8, sila layari laman web: www.facebook.com/HuaweiDeviceMY.

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *