IBOOM Program Hiburan Terbaru Dari Indopek

IMG_7594 copy

Sebuah program carta muzik Indonesia terbaru di Indopek, yang dihoskan oleh pelawak terkenal Ajak (SHIRO). Program yang berkonsepkan carta lagu-lagu dari seberang ini bakal menampilkan barisan artis ternama dari indonesia seperti Kris Dayanti, Cakra Khan, Wali Band serta ramai lagi sebagai tetamu undangan untuk setiap episod.

IBOOM adalah sebuah program dimana peminat-peminat lagu dari seberang dapat mengikuti perkembangan terkini dan mengetahui tentang lagu terbaru artis pujaan mereka.

Berbeza dengan program hiburan yang sedia ada, program IBOOM yang  berdurasi 30 minit ini mempunyai 3 segmen utama iaitu Bual Santai bersama artis jemputan,Carta IBOOM dan segmen Speaker Pecah.

IMG_7621 copy

Carta muzik IBOOM bakal menampilkan 10 lagu dari Indonesia yang popular dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia mahupun Indonesia.  Setiap minggu juara carta IBOOM akan di pilih oleh penonton melalui undian di facebook, youtube serta instagram melalui www.facebook.com/indopek

Tonton IBOOM eksklusif di saluran Bintang (141) setiap hari Sabtu jam 12.00 tengah hari. “Bercanda Loe”. 

Check Also

CSA Academy Lantik Ziana Zain Sebagai Duta Rasmi Kerana Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam dunia hiburan tempatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *